Download Our App

Coming Soon

Bahagian Pengakap

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam terbuka kepada semua peringkat umur, tanpa mengira bangsa sesuai dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang telah digariskan oleh Pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia.

Pengakap Kelana

18 tahun sehingga 26 tahun

Pengakap Remaja

16 tahun sehingga 18 tahun

Pengakap Muda

11.5 tahun sehingga 15 tahun

Pengakap Tunas

7 tahun sehingga 11 tahun

VISI

Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam menjelang 2024 dengan 5000 ahli, akan menjadi sebuah pergerakan belia yang innovative, celik teknologi, mesra alam, sebuah pergerakan belia yang utama dan stabil dari segi kewangan, menyediakan program belia yang menarik melalui pemimpin yang komited dan berwibawa dibantu dengan kemudahan yang lengkap dengan mendapat sokongan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.

MISI

Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada generasi muda melalui satu sistem nilai yang brasaskan kepada undang-undang pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.

Terkini

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
1 week ago
Brunei Scout Association (PPNBD)

... See MoreSee Less

1 week ago
Brunei Scout Association (PPNBD)

BELAIT, 10 MEI – Kira-kira 300 ahli pengakap dari seluruh negara berkumpul dalam sambutan rumah terbuka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Persatuan Pengakap Daerah Belait (PPDB) dan telah diadakan di Dewan Serbaguna Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, hari ini.

Hadir selalu tetamu kehormat majlis ialah Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

Turut hadir dalam sambutan tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi, serta ahli Majlis Pengakap Negara, ahli Majlis Daerah, pesuruhjaya pengakap, penolong pesuruhjaya daerah, pemimpin pengakap, ahli Persatuan Baden Powell (BP), dan ahli keluarga pengakap.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai sebahagian daripada acara sambutan itu, termasuk lawatan ke gerai-gerai yang didirikan di sekitar kawasan berkenaan yang menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman.

Sambutan itu bertujuan untuk membantu mengeratkan lagi silaturahim dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan ahli persatuan tersebut.

#ppnbd #pengakapBrunei #bruneiscout

#ppnbd #pengakapbrunei #bruneiscoutImage attachmentImage attachment+5Image attachment
Load more

TikTok