BAHAGIAN PENGAKAP MUDA
1. Pengakap Muda adalah salah satu komponen daripada beberapa bahagian di dalam Pengakap yang berpotensi akan meningkat naik menjadi Pengakap Remaja dan seterusnya.
2. Ahli Pengakap Muda merupakan kesinambungan daripada Bahagian Pengakap Tunas atau yang mula menceburi sebagai ahli baru. Umur Pengakap Muda dalam lingkungan bermula dari sebelas setengah (11 ½) tahun hingga lima belas (15) tahun.
3. Pengakap Muda ialah untuk meneruskan dan meningkatkan perkembangan rohani, jasmani, intelektual, sosial dan emosi. Ahli Pengakap yang berumur dari sebelas setengah (11 ½) hingga lima belas (15) tahun sebagai satu bahagian rancangan penuh latihan terus menerus bagi keseluruhan peringkat umur dalam Pergerakan Pengakap.
Tujuan
4. Tujuan Bahagian Pengakap Muda adalah untuk mengikuti latihan bagi meningkatkan perkembangan rohani, jasmani, intelektual, sosial dan emosi.
Persetiaan Pengakap Muda
5. Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji akan berusaha sedaya upaya saya taat kepada Allah dan Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menolong orang lain dan mematuhi undang-undang pengakap.
NOTA: Perkataan dan sebutan bagi nama ALLAH boleh digantikan dengan perkataan dan sebutan TUHAN bagi orang-orang yang bukan beragama Islam.
Undang-Undang Pengakap
i. Seorang Pengakap adalah boleh dipercayai.
ii. Seorang Pengakap adalah taat.
iii. Seorang Pengakap adalah ramah dan bertimbang rasa.
iv. Seorang Pengakap adalah bersaudara kepada semua ahli Pengakap lain.
v. Seorang Pengakap mempunyai keberanian di dalam menghadapi semua kesulitan.
vi. Seorang Pengakap menggunakan masanya dengan baik dan berhati-hati tentang milik dan harta benda.
vii. Seorang Pengakap menghormati dirinya dan orang lain.
Moto Pengakap
6. ‘Selalu Bersedia’
Skim Lencana Kemajuan Pengakap Muda
7. Seorang budak boleh menjadi ahli dengan mendapatkan Lencana Pengakap, yang mana kelayakannya memerlukan pengetahuan asas yang ringkas dan memberikan budak tadi satu pengalaman berpengakap.
8. Seorang ahli Pengakap Tunas yang mempunyai Lencana “Link” dengan sendirinya lulus dalam pengetahuan asas serta kemahiran-kemahiran dan hanya dikehendaki memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Pemimpin Pasukan Pengakap Muda akan memastikan kefahamannya apabila membincangkan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dengan ahli Pengakap Tunas. Pengakuan Penerimaan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap tidak seharusnya dijadikan satu sebab bagi kelewatan dalam penerimaan ahli Pengakap Tunas tersebut menjadi ahli pergerakan dalam Pasukan Pengakap Muda.
9. Kemahiran-kemahiran asas Pengakap yang mengandungi peraturan-peraturan asas berkhemah, memasak dan mengembara terkandung dalam Lencana Maju yang juga memperuntukkan bagi kegemaran-kegemaran luar dan ujian. Lencana Jaya meluaskan lagi kemahiran-kemahiran ini dan memperkenalkan unsur-unsur berdikari dan khidmat serta memberikan Pengakap satu unsur dalam pemilihan ujian.
10. Anugerah Ketua Pengakap dicipta untuk menguji ketabahan dan membuktikan kebolehannya dengan menunjukkan taraf dan tanggungjawab dan kepimpinanya.
11. Ujian-Ujian Lencana Maju, Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pengakap boleh diluluskan dalam mana-mana susunan yang mungkin sesuai bagi seseorang Pengakap. Ujian-ujian bagi Lencana Maju tidak perlu dipenuhi sebelum seorang Pengakap melayakkan diri dalam mana-mana bahagian ujian Lencana Jaya atau Anugerah Ketua Pengakap. Sebarang peluang haruslah diambil untuk melayakkan diri. Lencana Jaya tidak boleh diberikan sehingga keseluruhan ujian Lencana Maju ditamatkan dengan memuaskan.Seorang Pengakap boleh berusaha dan melayakkan diri bagi Lencana Keahlian untuk Bahagian Pengakap Remaja dalam masa tiga bulan, sebelum penukarannya dari Pasukan Pengakap.
Lencana Maju
Lencana Jaya
Anugerah Ketua Pengakap
Pemancing Ikan (Kegemaran)
Pemancing Ikan (Kegemaran)
Memancing ditempat air tawar atau masin sekurang-kurangnya 6 kali dalam 3 bulan.
Simpan sebuah buku rekod mengenai perjalanan memancing menunjukkan jenis dan ukuran ikan; ditempat didapati cara-cara dan jenis umpan yang digunakan; keadaan cuaca dan air.
Boleh mengenali nama 12 jenis ikan tempatan.
Mempunyai pengetahuan mengenai lubuk-lubuk ikan dan sifat pemakanan ikan yang dikenali; mengetahui umpan dan ukuran mata kail yang sesuai.
Tunjukkan cara membaling dan melabuhkan matakail di air yang berumbak dan bergelombang, 6 kali berturut-turut sejauh 9 meter.
Mengenali sekurang-kurang 6 jenis alat mengail seperti joran jenis-jenis tali kail, mata kail dan lain-lain.
Ahli Ilmu Kajian (Naturalis)
Ahli Ilmu Kajian (Naturalis)
i. Kawasan Hutan Atau Taman
ii. Pantai Atau Bukit Pasir
iii. Tepi Jalan
iv. Sungai, Sungai Atau Terusan
v. Kolam Kecil
vi. Tanah Lembap Atau Paya.
b) Beritahu pemimpin/penilai anda yang berpengetahuan tentang apa yang anda perolehi dengan menyertakan nota lapangan, lakaran, foto atau peta anda.
c) Ketahui lebih lanjut mengenai tumbuhan, haiwan atau hidupan liar tertentu dari lokasi pilihan anda.
d) Buat satu kajian dengan jelasnya berkenaan dengan sebarang tumbuhan atau binatang (seperti pakis, rumput, bunga-bunga liar, pokok-pokok dan belukar, kupu-kupu, rama-rama atau lain-lain serangga, binatang yang hidup di darat dan di air, binatang yang buas, burung-burung, ikan-ikan dan lain-lain.
e) Bincangkan apa yang anda dapati dengan memberikan sumber maklumat lapangan atau internet.
f) Bincangkan bagaimana aktiviti manusia atau pengurusan tanah dapat mempengaruhi hidupan liar.
Ahli Canoe (Kegemaran)
Ahli Canoe (Kegemaran)
b) Sediakan satu catatan aktiviti-aktiviti berkayuh dalam masa tiga bulan yang lalu.
c) Mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis canoe dan alat-alat kelengkapannya.
d) Tunjukkan kebolehan awak untuk melaksanakan pembaikan yang muda keatas canoe yang awak gunakan.
e) Tunjukkan penggunaan simpulan-simpulan yang berikut :-
i. Kemaskan hujung tali dengan whipping pilihan awak sendiri, atau kemaskan hujung tali nylon yang terurai.
f) Mempunyai pengetahuan am mengenai undang-undang keselamatan untuk berkayuh.
g) Mengetahui cara-cara yang betul untuk mengisikan dan memperkemaskan barang-barang dalam canoe, alat-alat kelengkapan dan persediaan simpanan bagi perjalanan yang singkat.
h) Tunjukkan dalam canoe yang khas untuk seorang, latihan-latihan yang berikut :-
i. Memasuki dan melancarkannya dari satu tembok yang tinggi, pantai atau tebing sungai.
ii. Berkayuh ke depan, belakang dan beberapa cara untuk berpusing.
i) Tunjukkan salah satu daripada cara-cara menyelamat yang berikut :-
Cara menyelamat ‘H’, satu cara menyelamat ‘T’, satu cara menyelamat Eskimo (bows) atau tunjukkan kebolehan kamu dalam melakukan Eskimo rolling.
j) Sama ada :-
Bersama-sama dengan dan mengambil bahagian dalam satu pengembaraan perkhemahan bercanoe hujung minggu sejauh kira-kira 48 kilometer (30 batu). Satu taraf, perkhemahan yang tinggi mestilah dicapai dengan menggunakan alat kelengkapan yang kamu bawa bersama.
Atau :
Mengambil bahagian dalam acara pertandingan canoe dan telah menguruskan atau menolong menguruskan satu acara pertandingan canoe.
Lencana Muzik (Kegemaran)
Lencana Muzik (Kegemaran)
PILIHAN A
a) Menyanyi sebuah lagu yang ada ‘chorus’.
b) Membaca dengan sendiri titinada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 lagu (melody).
c) Mengetahui erti ‘sonata’, ‘concerto’ dan ‘oratorio’ dan beri 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
d) Bincangkan dengan penguji pertunjukan-pertunjukan hiburan terbaru yang dilihat atau didengari melalui radio atau televisyen.
PILIHAN B
a) Menyanyi satu lagu secara bersendirian yang dipilihnya sendiri dan sebuah lagu yang sesuai untuk dinyanyikan dengan iringan muzik.
b) Mengetahui erti ‘sonata’, ‘concerto’ dan ‘oratorio’ dan beri 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
c) Bincangkan dengan penguji pertunjukan-pertunjukan hiburan terbaru yang dilihat atau didengar melalui radio dan televisyen.
PILIHAN C
Buat SAMA ADA:
a) Menyanyi dengan tidak diiringi oleh alat muzik, dua jenis lagu kebudayaan tanahair yang berlainan jenisnya :-
Seperti lagu dan nyanyiannya yang menceritakan perwira, keindahan kampong nelayan ditepi pantai, keindahan gunung-gunung dan lain-lain.
Ingatan : Sebagai tambahan, tepuk-tepukan tangan dan paluan-paluan tambor boleh digunakan.
ATAU
b) Menyanyi dengan alat muzik sendiri (seperti banjo, gitar, mandolin dan lain-lain alat) dua jenis lagu kebudayaan.
c) Mengetahui sedikit sebanyak prinsip-prinsip asasi muzik seperti menala alat-alat muzik, titinada, tali dan nada suara (bass).
PILIHAN D
a) Menjadi salah seorang ahli pancaragam, sama ada di sekolah, dalam kumpulan Pengakap atau dalam lain-lain pertubuhan.
b) Menunjukkan kebolehan bermain mana satu alat muzik yang berikut :-
a) Gandang Iringan (Side Drum)
i. Mempastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.
ii. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya dengan betul.
iii. Memalu gendang dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan 3/4.
iv. Memalu gendang berhenti-henti (play off) dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan 3/4.
v. Memalu gendang dengan paluan bergulung-gulung (roll) dengan baik seperti berikut :-
3 langkah bergulung (roll)
5 langkah bergulung (roll)
7 langkah bergulung (roll)
b) Memastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.
i. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya dengan betul.
ii. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.
iii. Berjalan ‘march’ sejauh tidak kurang daripada 50 meter dengan memalu gendang 116 langkah pada satu minit.
c) Mempastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.
i. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya dengan betul.
ii. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.
iii. Berjalan sejauh tidak kurang daripada 50 meter dengan memalu gendang 166 langkah pada masa satu minit.
iv. Berjalan sejauh tidak kurang daripada 50 meter dengan memalu gendang 65 langkah pada masa satu minit.
v. Berjalan sejauh tidak kurang daripada 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan (slow time) 65 langkah pada satu minit.
d) Begol atau Terumpet (Bugle or Trumpet)
i .Mempastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.
ii. Berjalan dengan segak membawa begol atau terumpet ditangan kanan diapit dihadapan pinggang dengan mengayuhkan tangan kiri.
iii. Memainkan lagu Berkumpul (Fall In), Memasak (Cookhouse), Padam Api (Lights Out), Bangun Pagi (Reveille), Hormat (General Salute) dan Matahari Turun atau Undur (Sunset or Retreat).
Ahli Renang (Kegemaran)
Ahli Renang (Kegemaran)
i. Berenang sejauh 200 meter gaya bebas atau sebarang cara.
ii. Berenang dengan dua cara daripada yang berikut :
a) Berenang menyelinap kehadapan sejauh 50 meter (front crawl).
b) Berenang menyelinap kebelakang sejauh 50 meter (back crawl).
c) Berenang katak sejauh 50 meter (breast stroke).
d) Berenang gaya kupu-kupu sejauh 50 meter (butterfly stroke).
iii. Terjun dari tepi kolam renang.
iv. Masuk ke air yang tohor, berenang 25 meter dengan memakai pakaian yang ringan, mengapungkan selama satu minit dan menanggalkan pakaian dalam air.
v. Memahami dan terangkan bagaimana awa menyelamatkan dengan menggunakan cara-cara yang berikut :-
a) “reach, throw, wade an row”.
b) Menyelam dari permukaan air yang dalamnya 2 meter dan dapatkan dengan kedua tangan satu benda dari dalam air. Kembali ketepian kolam sambil memegang benda itu dengan kedua tangan.
Ahli Olahraga (Kegemaran)
Ahli Olahraga (Kegemaran)
Pilih empat daripada yang berikut (sekurang-kurangnya satu pilihan dari tiap-tiap kumpulan) : Berlari, Melompat, Melempar. Dapatkan standard yang minima.
Berlari |
Dibawah 14 tahun |
14 tahun |
100 Meter |
15 saat |
14 saat |
200 Meter |
34 saat |
31 saat |
400 Meter |
80 saat |
71 saat |
800 Meter |
3 minit 8 saat |
2 minit 45 saat |
1500 Meter |
6 minit 10 saat |
5 minit 50 saat |
Melompat |
||
Lompat Tinggi |
1.10 meter (3’ 7 1/4) |
1.23 meter (72’ 2”) |
Lompat Jauh |
3.65 meter (12’ 0”) |
4.26 meter (14’ 0”) |
Melempar |
||
Cakera (1 kg) |
16.50 meter (54’ 2”) |
22.0 meter (72’ 2”) |
Peluru (4 kg) |
7.30 meter (23’ 11 ½”) |
8.84 meter (29’ 0”) |
Bola Keriket |
135 gms atau 41.20 meter (134’ 2”) |
45.60 meter (149’ 7”) 4 ¾oz) |
Peringatan : Pemeriksa boleh bertolak-ansur sekiranya keadaan cuaca atau gelanggang buruk.
Lencana Ahli Perkhemahan (Kegemaran)
Lencana Ahli Perkhemahan (Kegemaran)
b) Pilih tempat dan dirikan kemah.
i. Arahkan pemilihan tempat dan membangunkan dan mengemaskan kemah Patrol.
ii. Mengetahui apa yang diperlukan, bila memilih kawasan perkhemahan.
iii. Tunjukkan fahaman perinsip-perinsip kesihatan dan kepentingan peraturan dan kebersihan dalam perkhemahan secara umum.
iv. Tunjukkan cara-cara menyimpan barang-barang makanan di kemah kelengkapan.
v. Dirikan secara bersendirian tempat-tempat menyimpan makanan, dapur dan dua alat lain pilihan kamu sendiri.
vi. Di kemah, masuk untuk awak sendiri dan sekurang-kurangnya untuk seorang lain tapi tidak melebihi dari satu Patrol biasa sama ada sarapan pagi atau masakan tengah hari yang mesti mengandungi dua sayur-sayuran.
vii. Mempunyai pengetahuan Perkhemahan Pengakap.
Tukang Gambar (Kegemaran)
Tukang Gambar (Kegemaran)
b) Bincangkan dengan penguji :-
i. Ciri-ciri yang penting mengenai kamera seperti menutup kederasan liang (aperatures), menepatkan lensa (lens focusing) dan bagaimana cara menggunakannya untuk mendapatkan hasil yang baik daripada pengembaran itu.
ii. Jenis-jenis kamera yang boleh didapati
iii. Bagaimana menggunakan alat-alat kamera seperti kaki tiga (tripod), meter pendedahan cuaca (expouser meters), penapis cahaya dan lensa pendekatan (close-up).
iv. Huraikan kepada Penguji Proses mencuci filem yang menggunakan alat kontak (Contact Printing). Nyatakan dengan ringkas proses membesarkan gambar.
v. Huraikan kesalahan-kesalahan yang didapati dari segi pengembalian dan memproses gambar pada contoh-contoh gambar yang diberikan oleh Penguji.
vi. Tunjukkan pengetahuan mengambil gambar dengan menggunakan cahaya api tiruan (flash atau photoflood) dengan mengatur alat-alat yang disediakan olehnya sendiri atau penguji untuk mengambil gambar benda-benda yang tidak bergerak atau seumpamanya.
Pembuat (Kegemaran)
Pembuat (Kegemaran)
a) PILIHAN A
i. Membuat sebuah model kapal terbang (penggunaan alat perkakas adalah dibenarkan), yang mana bila diterbangkan boleh mencapai minima penerbangan seperti yang dikehendaki :
a) Glider (dengan tangan) |
25 saat |
b) Glide (ditunda dengan 50 meter - panjang tali maksima) |
45 saat |
c) Tenaga Getah |
30 saat |
d) Tenaga Jentera (15 saat dari jentera maksima) |
45 saat |
e) Tali Kawalan :
Tunjukkan dengan membuat pelancarang yang sempurna, 3 lap penerbangan, tinggi lebih kurang 2 metre (6 kaki), naik dan menjunam dengan satu pendaratan yang sempurna. |
ii. Mempunyai pengetahuan asas mengenai prinsip-prinsip penerbangan termasuk the “three axes” dan kesannya terhadap ketetapan dan kawalan.
b) PILIHAN B
i. Buat satu model perahu atau perahu layar menggunakan tenaga letrik atau jentera tidak kurang daripada 45 cm (18 inci) panjang (alat perkakas boleh digunakan) dan tunjukkan yang ia boleh menjalani satu jalan lurus tidak kurang dari 23 meter (25 ela).
ii. Berikan satu penjelasan mengenai Perinsip Archimedes.
c) PILIHAN C
Sama ada :
i. Membuat sebuah kereta slot letrik (tidak dari perkakas, tetapi badan komersil dan lain-lain bahagian boleh digunakan) dan pandu kepada satu jarak minima sejauh 122 meter (400 kaki) pada mana-mana trek tanpa berhenti atau meninggalkan slot (lurah) dari 4 kali.
Atau:
ii. Buat sebuah kereta dari mana-mana jenis (penggunaan perkakas dibenarkan) dan tunjukkan yang ia boleh dijalankan sekurang-kurangnya 18 meter (20 ela). Air-screw drive dibenarkan.
iii. Mengetahui bagaimana trek dan wheelbase disukat dan lukiskan serta terangkan Ackerman steering.
d) PILIHAN D
Lakukan perkara berikut:
i. Buat sebuah kereta (doach) atau wagon dan tunjukkan yang ianya boleh bergerak dengan keadaan yang memuaskan di belakang lokomotif.
ii. Buatkan satu model pemandangan seperti sebuah stesen, rumah petani dan lain-lain, (perkakas dibenarkan) mengikut skel.
iii. Lukisan lintaran letrik untuk satu trek yang mudah.
iv. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil apabila memasang trek itu.
Tukang Masak Di Khemah (Kegemaran)
Tukang Masak Di Khemah (Kegemaran)
b) Masak dan hidangkan dengan sempurna mana satu daripada yang berikut :
i. Ikan Panggang
ii. Telor dadar
iii. Bubur
c) Masak dan hidangkan dengan sempurna mana satu daripada yang berikut :
i. Mee rebus atau mee goreng
ii. Ayam atau Daging masak panggang atau salai
iii. Satu masakan biasa pilihan sendiri
d) Masak dan hidangkan dengan sempurna mana satu daripada yang berikut :
i. Sejenis makanan pilihan sendiri
ii. Pulut panggang
iii. Agar-agar atau
iv. Cindul
e) Sediakan dua jenis menu (termasuk jumlah banyaknya bahan-bahan) untuk tiga kali hidangan tiap-tiap satu (tidak semesti nya semua perlu di masak) untuk satu Patrol seramai enam orang ahli.
Ingatan : Semua hidangan hendaklah di masak di bawah keadaan berkhemah.
Peladang (Kegemaran)
Peladang (Kegemaran)
PILIHAN A
a) Mengetahui akan cara-cara pengurusan sesuatu pusat ternakan di kawasan luar Bandar atau desa.
b) Tunjukkan cara pengelolan setiap hari bagi sesuatu pusat ternakan sama ada yang berhampiran dengan tempat kediamannya atau di suatu tempat ternakan yang dipilih sendiri dengan member penerangan berkenaan dengan ternakan, tanaman dan hasilnya dan alat-alat mesin serta tenaga buruh di ladang itu.
c) Bincangkan dengan Penguji dan berikan satu penjelasan mengenai perubahan pengelolan dalam kerja-kerja ladang yang baru terjadi di tempat kamu serta beri sebab-sebab tertentu atas perubahan itu. Mengambil latihan praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan dan dimulakan.
d) Mengadakan 12 keping gambar yang diambil oleh Pengakap itu sendiri dipusat ternakan pilihannya, menunjukkan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim dalam satu tahun serta member keterangan ringkas apa yang ditunjukkan dalam gambar-gambar itu.
PILIHAN B
a) Bincangkan dengan Penguji kerja-kerja yang telah dijalankan dalam kebun dan hasil-hasil yang telah tercapai.
Perhatian : Penguji harus melawat kebun itu sekurang-kurangnya 4 kali dalam tempoh setahun itu.
PILIHAN C
a) Memelihara sebarang jenis ternakan dalam tempoh setahun.
i. Jika binatang itu kecil (seperti Anjing, Kucing, Arnab, Tikus, Kura-Kura dan lain-lain), mesti mengetahui sifat-sifat dan tabiat peliharaan dan cara member makan, menyedia tempat tinggalnya dan melatihnya.
ii.Jika binatang itu binatang ternakan (seperti Kuda, Lembu, Kambing Biri-Biri atau Kambing) mestilah mengetahui cara-cara member makan dan menempatkannya, cara pemeliharaan dan tahu kegunaanya dari segi ekonomi. Tunjukkan kamu tahu menggunakan binatang itu (seperti Menunggang Kuda, Mendapatkan Susu).
iii. Jika binatang itu unggas:
Burung belaan sangkar – tahu menjaga dan member makan burung itu.
Ternakan (Ayam, Punai dan Merpati) – tahu menjaga, memberi makan serta mengetahui kegunaan burung-burung itu.
iv. Jika binatang itu lebah:
Memelihara dan usahakan sebuah sarang lebah untuk setahun mengetahui kegunaanya dan tunjukkan hasilnya.
v. Jika binatang itu ikan:
Buatkan dan menjaga sebuah akuarium ikan air tawar lengkap dengan rumput-rumput yang mengandungi 3 jenis ikan.
Bincangkan dengan Penguji cara menjaga akuarium sepanjang tahun itu dengan rujukan kepada penghasilan yang diperolehi.
Perhatian:
i. Penguji haruslah dipilih pada permulaan jangka waktu 12 bulan pemeliharaan.
ii. Ibu Pejabat atas permintaan boleh menyediakan syarat bagi lencana ini untuk Pengakap yang mengusulkan kehendak-kehendaknya yang tidak terkandung dengan syarat-syarat di atas.
Pelukis (Kegemaran)
Pelukis (Kegemaran)
Warnakan atau lukiskan seorang manusia yang hidup atau satu benda yang diatur di hadapannya.
Warnakan atau lukiskan satu pemandangan keindahan alam semula jadi disediakan oleh penguji.
Simpan lukisan-lukisan dalam sebuah buku untuk jangka waktu selama enam bulan.
Permainan Tradisi (Kegemaran)
Permainan Tradisi (Kegemaran)
Pasang, Congkak, Gasing, Kikik, Simban, Tarik Kalat, Guli, Tinting, Kayu Tiga, Majin Ajung atau seumpamanya.
b) Boleh memainkan tidak lebih daripada DUA jenis permainan yang telah disediakan.
c) Memperlihatkan sikap jujur dan semangat kesukanan semasa bermain permainan tersebut.
d) Mengetahui cara menjaga serta menyimpan alat-alat permainan tersebut setelah selesai bermain.
Penghibur (Kegemaran)
Penghibur (Kegemaran)
PILIHAN A
a) Tulis dan rancangkan hiburan. Ia mungkin melibatkan persembahan kebudayaan atau yang melibatkan drama, muzik, bercerita atau seumpamanya. Sebagai alternatif, ini boleh berbentuk persembahan yang menampilkan lakaran, filem, slaid, kaset, fotografi atau rakaman suara.
b) Membuat latihan dan pastikan semua orang mempunyai tugas yang harus dilakukan. Anda mungkin memerlukan pelakon, penerbit, pengurus pentas dan sebagainya.
c) Membuat persembahan kepada penonton di sekolah, untuk Pasukan anda atau pada malam kebudayaan perkhemahan.
PILIHAN B
Ikut serta dalam pertunjukan Pengakap atau produksi lain. Anda perlu membuat latihan biasa.
Perhatian:
Persembahan yang berbentuk nyanyian lagu-lagu pengakap adalah diutamakan.
Penunggang Basikal (Kegemaran)
Penunggang Basikal (Kegemaran)
b) Berkebolehan membaiki kerosakan yang kecil seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub yang bocor, menggantikan alat berek, membetulkan tinggi tempat duduk dan handel untuk membolehkan penunggang yang kecil menunggangnya.
c) Tunjukkan yang kamu mengerti dan mengetahui peraturan lalu-lintas, tanda-tanda lalu-lintas, isyarat-isyarat lampu, tanda-tanda jalan, sistem, mengenal nombor jalan dan hala dan juga boleh membaca peta jalan raya.
d) Mengambil bahagian kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal.
Pengumpul (Kegemaran)
Pengumpul (Kegemaran)
Perhatian :
Bahan atau perkara pengumpulan akan dipilih oleh Pengakap sendiri.
b) Cadangan-cadangan adalah seperti berikut :
Setem, Kotak-Kotak Mancis, Duit Siling dan Kulit-Kulit Siput.
c) Benda yang dikumpulkan itu mestilah banyak dan berpatutan, tetapi kualiti adalah factor yang utama.
d) Bincangkan dengan Penguji sebab barang-barang itu dipilih. Mengetahui serba sedikit tentang benda-benda yang menjadi pilihan kamu dan tunjukkan ketekunan kamu padanya.
Juru Perpustakaan (Kegemaran)
Juru Perpustakaan (Kegemaran)
a) Berikan kepada Penguji satu senarai mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan. Terangkan sebab-sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatan kamu mengenai buku-buku itu dan jawab soalan mengenai isi buku-buku itu.
Perhatian:
Senarai itu hendaklah mengandungi cerita-cerita fiction dan non-fiction, dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.
Atau
b) Berikan kepada Penguji satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab-sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan-soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku tersebut.
c) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan. Apakah maklumat-maklumat yang boleh diperolehi daripada buku itu.
d) Terangkan dengan ringkas cara-cara mengatur dan menyusun buku-buku supaya mudah dicari.
LENCANA UJIAN BAHAGIAN PENGAKAP MUDA PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Penghubung (Signalier / Communicator) (Ujian)
Penghubung (Signalier / Communicator) (Ujian)
i. BAHAGIAN A
a) Samada menghantar dan menerima berita yang tidak kurang daripada 150 huruf dengan kadar 9 (45 huruf seminit) dengan menggunakan bendera ‘semaphore’, dan dengan kadar 5 (25 huruf seminit) dengan ‘buzzer’ atau lampu dengan menggunakan ‘morse’.
b) Atau menghantar dan menerima berita yang tidak kurang daripada 150 huruf dengan kadar 8 (40 huruf seminit) dengan ‘buzzer’ dan kadar 6 (30 huruf seminit) dengan lampu dengan menggunakan ‘morse’.
c) Mengadakan sekurang-kurangnya dua cara yang lalu untuk menghantar berita dengan menggunakan ‘morse’ atau ‘semaphore’ sekurang-kurangnya jarak ½ kilometer dengan kadar 4 (20 huruf seminit).
Peringatan : Dalam semua ujian, kebetulan hendaklah sekurang-kurangnya 80 peratus. Jika ujian itu dijalankan di luar rumah jarak diantara satu pasukan dengan pasukan yang lain mestilah 120 meter. Jika menggunakan ‘buzzer’ hendaklah di dalam bilik-bilik yang berlainan.
ii. BAHAGIAN B
a) Dalam tempoh 3 bulan, menyimpan buku log berkenaan dengan penerimaan 20 stesyen amateur yang berlainan menunjukkan butir-butir seperti tarikh, masa, gelaran, panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
b) Bincangkan dengan Penguji pengalaman Pengakap itu sendiri berkenaan dengan menyimpan log itu misalnya : alat-alat yang digunakan dua stesyen yang jauh sekali dihubungi.
c) Bincangkan dengan Penguji kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands).
d) Mengetahui manasatu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungi beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
e) Terangkan sekurang-kurangnya 12 jenis semboyan “Q”, antarabangsa.
f) Mengetahui peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Telekom berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio “walkie-talkie”.
Elektronik (Ujian)
Elektronik (Ujian)
b) Tunjukkan sekurang-kurangnya 4 elektronik circuit yang telah kamu pasang, satu daripadanya mestilah sebuah radio yang mudah. Terangkan dengan istilah yang mudah bagaimana benda-benda itu bertindak.
c) Senaraikan sekurang-kurangnya 4 kegunaan elektronik untuk kegunaan di rumah dan empat untuk kegunaan kilang, dan terangkan prinsip-prinsip salah satu daripadanya yang digunakan.
Perintis Jalan(Ujian)
Perintis Jalan(Ujian)
Perhatian:
Pengembaraan boleh dijalankan dengan berjalan kaki, berkuda, berkayak, berbasikal atau perahu. Segala kelengkapan dan makanan bagi pengembaraan hendaklah dibawa oleh mereka yang mengambil bahagian.
b) Rancangkan satu projek dan berikan kepada pemeriksa untuk persetujuan; jalankan dengan bersendirian atau dengan seorang teman, hingga pemeriksa merasa puas hati. Jenis projek hendaklah satu pengembaran mudah seperti mengenali dan menandakan semua lorong-lorong kecil atau jalan-jalan kecil atau jalan-jalan sungai dalam jarak satu batu radius dari tempat yang diberikan.
c) Habiskan satu perjalanan dengan seorang teman, 5 kilometer (3 batu) dengan hanya menggunakan kompas bearing. 6 bearing berlainan dengan darjah hendaklah digunakan. Peta boleh digunakan.
Master At Arms (Ujian)
Master At Arms (Ujian)
a) Tunjukkan kecekapan dalam salah satu yang berikut : Bermain pedang,memanah, paintball, menembak senapang angin.
b) Sentiasa menghadiri latihan-latihan dalam aktiviti yang dipilih bagi jangka waktu yang tidak kurang dari 3 bulan.
c) Mengambil bahagian dalam aktiviti yang dipilih dalam peraduan yang diawasi dengan sempurna dan berkebolehan untuk menunjukkan cara-cara yang betul dalam menyerang dan mempertahankan diri.
Mekanik(Ujian)
Mekanik(Ujian)
PILIHAN A
a) Mengetahui prinsip-prinsip menjalankan enjin pembakaran dalam dan memahami fungsi clutch, gear box dan axle differential bagi sebuah kereta.
b) Buka, cuci dan periksa jarak (gap) sebiji spark plug dan tunjukkan yang plug itu mengeluarkan api.
c) Cuci dan pasang distributor. Memahami rangakaian pengapian dan sambungkan keseluruhan plug dengan betul.
d) Mengenali circuit-circuit letrik bagi sebuah kereta dikawali oleh tiap-tiap fuse dan cuci dan top up bateri sebuah kereta.
e) Periksa dan top up paras minyak dalam enjin sebuah kereta.
f) Buka dan gantikan sebuah roda; mengetahui langkah-langkah keselamatan, periksa tekanan roda dan dalam fungsi roda (tread).
PILIHAN B:
a) Buat satu penerima radio menggunakan sekurang-kurangnya 2 valve atau transistor. Satu susunan sementara diatas papan adalah mencukupi dan headphones boleh digunakan tetapi alat-alat binaan (construction kit) tidak boleh digunakan. Lukis satu rajah circuit set ini untuk pemeriksa dan terangkan kepadanya tugas-tugas setiap satu bahagian yang utama.
b) Tunjukkan kebolehan menggunakan soldering iron kecil dengan betul serta mengetahui langkah-langkah keselamatan yang perlu bila menggunakan soldering iron dan transistor-transistor serta printed circuits.
c) Memahami langkah pengawasan yang perlu bila bekerja dengan radio set yang menggunakan tenaga letrik terutama jenis AC/DC (seperti bila memasang pembesar suara luar atau membuat pembetulan-pembetulan bahagian dalam).
d) Berkebolehan membetulkan kerosakan bagi domestic radio set (seperti kerosakan swis atau lead, alat-alat pengawal yang bising dan bateri yang punya tenaga tinggi).
e) Huraikan dengan ringkas syarat-syarat utama bagi pemberian lesen untuk model-model yang dikawal oleh radio dan penyiaran amatur.
PILIHAN C:
a) Tunjukkan bahawa menjalankan enjin sebuah perahu jentera, awda boleh bertindak segea bila diberikan arahan oleh jurumudi.
b) Samada:
Boleh membincangkan prinsip-prinsip dan perjalanan beberapa jenis enjin motobot (selain daripada 2 stroke) dan tunjukkan pengetahuan mengenai pemeliharaan yang dikehendaki oleh sejenis enjin laut pembakaran dalam yang kecil yang awda biasa (selain daripada 2 stroke).
Atau
Mempunyai pengetahuan enjin motobot kecil 4 stroke secara am dan lihatkan pengetahuan mengenai rawatan (servicing) yang dikehendaki oleh unit jentera diesel kecil.
Atau
Dengan bantuan-bantuan kecil, leraikan serta rawat (service) keseluruhannya dan pasang semula sebuah enjin outboard dan tunjukkan pemasangan pada palang sebuah perahu. Berkebolehan menerangkan cara-cara untuk mendapatkan kerosakan-kerosakan kecil ketika menghidupkan dan menjalankan semasa terapung.
c) Samada :
i. Sebagai ahli pemandu / mekanik sebuah bot laju, bantu dalam persediaan bot untuk pelayaran dengan memeriksa enjin untuk kemungkinan kerosakan kecil, memeriksa bekalan minyak dan pam serta memeriksa alat-alat pemadam api. Bertindak atas arahan kendalikan enjin ketika bertolak dari tambatan. Sambil itu tunjukkan bagaimana membetulkan kesalahan kecil dalam penampatan (compression), pengapian (ignition), letrik, tapisan penerimaan dan pengeluaran dan dalam over ciling. Kendalikan enjin untuk merapatkan kapal pada tambatan dan kemudian matikan enjin. Turunkan sauh kecil.
ii. Bertindak semula untuk satu ‘panggilan kecemasan’ dan dibawah arahan, hidupkan enjin sambil bergerak menuju kearah ‘kapal yang terkandas’. Bahagian ujian ini termasuk penggunaan semua gears dikawasan perairan yang ditentukan dan pelayaran pulang ke pengkalan, datang merapat bersama arus. Mengetahui bagaimana meninggalkan enjin dengan cara yang betul dan bagaimana menurunkan enjin dalam waktu kecemasan.
ATAU :
i. Berlagak sebagai mekanik dalam sekurang-kurangnya satu pelayaran pendek atau pengembaraan yang dikehendaki oleh syarat 3 lencana kecekapan Pemandu (Pilot) dan hendaklah bertanggungjawab bagi perjalanan enjin dalam sepanjang pelayaran atau perjalanan.
ii. Memeriksa keseluruhan dan rawat enjin sebuah motor bot dalam persediaan bagi pelayaran pengembaraan yang dikehendaki oleh syarat 4 lencana kecekapan Pemandu, termasuk bekalan minyak, dan penyimpanan yang selamat alat-alat pembaikan (tools) yang mencukupi dan alat-alat pencegah kebakaran. Turut serta dalam pengembaraan samada sebagai mekanik atau pembantu mekanik dan bertanggungjawab (atau sama-sama bertanggungjawab) bagi mengendalikan, menjaga dan memelihara enjin dalam sepanjang perjalanan.
Meteorologis (Ujian)
Meteorologis (Ujian)
i. Kekuatan dan arah angin
ii. Jenis awan dan jumlah
iii. Cuaca – menggunakan huruf-huruf Beaufort
iv. Suhu
v. Jumlah hujan
b) Memahami prinsip-prinsip kerja bagi alat-alat yang berikut dan buatkan versi yang mudah bagi salah satu daripadanya :
i. Thermometer
ii. Barometer
iii. Sunshine Recorder
iv. Anenometer
v. Rain Gauge
c) Memahami sekurang-kurangnya tiga cara yang berbeza dalam pembentukan awan.
d) Mengetahui keadaan cuaca yang biasa terdapat di tempat awda yang disebabkan hawa ‘panas dan sejuk’, mencatatkan perbezaan efek-efek pada angin darat dan laut. Memahami cuaca yang berkaitan dengan satu pertukaran hawa di bahagian pantai.
e) Mengetahui bagaimana peta-peta yang mengishtiharkan cuaca di buat dan berkebolehan untuk memahami peta yang mudah, dengan fronts dan isobars sama dengan yang ditunjukkan dalam televisyen dan dicetak di beberapa surat khabar. Huraikan pengawasan awda dalam syarat 1 di atas kepada peta-peta ini.
f) Memahami efek-efek suhu, angin dan air kepada bahan manusia dalam perkara pembedahan dan keletihan.
Pemerhati (Ujian)
Pemerhati (Ujian)
b) Mendengarkan sendiri dan mengenali 8 daripada 10 bunyi-bunyi yang mudah.
c) Berikan satu laporan yang tepat mengenai satu kejadian tidak kurang dari 1 minit dan melibatkan 3 orang. Laporan ini, secara lisan atau bertulis, mesti mengandungi satu penghuraian lengkap, mengenai salah seorang yang terlibat itu, dipilih oleh pemeriksa.
d) Buatkan 6 acuan plastik tapak burung-burung, binatang, kereta atau basikal. Semua acuan hendaklah diambil tanpa sebarang bantuan dan ditandakan dengan betul dengan memberikan tarikh dan tempat dibuat. Sekurang-kurangnya dua adalah daripada burung-burung liar atau binatang.
e) Ikuti satu jejak sejauh satu kilometer mengandungi kira-kira 40 tanda-tanda yang dibuat daripada bahan-bahan semulajadi. Jalan mestilah pada tempat yang asing. Jalan-jalan boleh diseberangi tetapi tidak boleh diikuti.
Tukang Masak (Cook) (Ujian)
Tukang Masak (Cook) (Ujian)
Tumis, cincang, parut dan sebagainya.
b) Menyediakan bahan-bahan dan memasak dua jenis makanan daripada yang berikut :- Telur Goreng Pisang Goreng Bubur Kacang Sambal Tumis Sayur masak lemak
c) Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk 2 hingga 4 orang tetamu masakan seperti di bawah ini:- Nasi Putih Kari Daging Sejenis masakan daripada sayur Kopi dan the
d) Mengetahui prinsip-prinsip memotong dan menghiris daging dan daging ayam, sebelum dan selepas dimasak.
Pioneer (Ujian)
Pioneer (Ujian)
b) Berkebolehan menentukan keselamatan dalam masa menggunakan tali-tali dan faham akan bahaya-bahaya yang boleh berlaku daripada kecuaian memimpin, tidak disiplin, salah gunakan perkakas-perkakas, salah gunakan tali-tali termasuk salah simpulan dan ikatan. Mengetahui betapa bahaya menggunakan tali sabut yang diperbuat oleh manusia apabila ia berbelit dan rosak.
c) Mengerti serta tunjukkan kegunaan sauh-sauh untuk peneroka yang boleh digunakan kepada berbagai-bagai projek, tempat dan tanah termasuk tanah yang gembur dan basah.
d) Tunjukkan kegunaan semua simpulan, ikatan dan mematikan tali yang digunakan dalam kegiatan peneroka.
e) Memainkan peranan yang tegas sebagai ketua pada menjayakan satu projek patrol yang dipilih oleh Penguji daripada satu lukisan atau model.
f) Membuat satu projek direkanya sendiri. Sebelum memulakan projek itu hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan penguji tentang rangka, model, cara-cara membuatkannya, alat-alat yang digunakan dan masa yang akan diambil pada menyiapkan projek itu.
Ingatan: Projek-projek yang dibuat bagi tiap-tiap bahagian hendaklah berlainan diantara satu sama lain.
Ahli Sukan(Ujian)
Ahli Sukan(Ujian)
b) Mengambil bahagian yang aktif dalam satu permainan dan tunjukkan kecekapan yang berpatutan seperti seorang ahli sukan.
c) Berkebolehan untuk membincangkan dengan pemeriksa kebaikan yang boleh didapati dengan mengambil bahagian dalam sukan dan tunjukkan yang awda mempunyai pengetahuan yang baik mengenai sejarah 2 permainan yang awak pilih sendiri.
d) Mengetahui 2 ahli sukan antarabangsa, kebangsaan dan tempatan. Bincangkan dan tunjukkan dengan pemeriksa yang awda telah membuat satu penelitian atau telah membuat beberapa penyelidikan yang berkaitan dengan ahli sukan pilihan awda.
Persahabatan Antarabangsa (Ujian)
Persahabatan Antarabangsa (Ujian)
b) Jalankan satu kajian tentang sebuah negara pilihan awda dan bincangkan dengan pemeriksa perbezaan dalam cara hidup negara itu dengan negara awda sendiri.
c) Samada :
i. Simpan sebuah album atau scrapbook untuk kira-kira 6 bulan memberikan keterangan bergambar (diperolehi melalui perhubungan dibawah 1 di atas) mengenai kegiatan-kegiatan pengakap, sukan, penghidupan dan hal-hal kebangsaan negeri lain.
atau
ii. Kumpulkan 20 keping gambar-gambar atau slide-slide berwarna yang awak ambil sendiri menggambarkan dan menerangkan hal-hal Pengakap, kehidupan, adat dan pemandangan negara lain.
d) Buat 2 daripada berikut:
i. Berkhemah atau mengadakan perjalanan untuk kira-kira 7 hari dengan seorang Pengakap dari negara lain (samada dinegeri awda atau negeri mereka) dan buat sebuah buku harian yang meliputi pandangan-pandangan dan pengetahuan yang didapati mengenainya.
ii. Berikan layanan di rumah awda selama 3 hari, seorang Pengakap atau Pengakap-Pengakap dari sebarang laut.
iii. Beritahu Pemeriksa cara-cara awda menyambut tetamu atau pelawat-pelawat dari negeri lain yang awda temui dan apa yang harus awda lakukan untuk membuatkan mereka tidak merasa terasing.
iv. Berikan ceramah yang berupa penerangan yang berasingan kepada Pasukan Pengakap (Scout Troop) dan Pasukan Pengakap Tunas (Cub Scout) (setiap sekurang-kurangnya ceramah memakan masa 5 minit) atas perkara yang menarik dan pengetahuan yang didapati dari pengalaman-pengalaman antarabangsa.
v. Buat satu rakaman lagu-lagu perkhemahan unggun api dari negeri lain atau wawancara seorang Pengakap dalam bahasa lain, dengan erti tiap-tiap ayat dalam bahasa Inggeris.
vi. Rancangkan dan jalankan satu aktiviti Troop atau Patrol berdasarkan penerangan yang didapati dari seorang Pengakap seberang laut dengan siapa awda berhubung atau dari pengetahuan awda sendiri mengenai negara atau lain-lain negeri.
Komputer (Ujian)
Komputer (Ujian)
b) Mengetahui kepentingan “internet Security” dan bagaimana melayari internet secara selamat.
c) Boleh melayari internet dengan menggunakan “search engine” bagi mencari maklumat.
d) Penguji hendaklah menguji pengakap dengan menyuruh mencari maklumat yang bersesuaian. Misalnya maklumat Sejarah Baden Powell, sejarah Pengkaap Negara Brunei Darussalam dan lain-lain.
e) Telah menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint membuat Pembentangan / laporan dengan menggunakan salah satu daripada aplikasi di atas.
Seni Mempertahankan Diri (Ujian)
Seni Mempertahankan Diri (Ujian)
b) Mengikuti pertandingan atau demonstrasi dan bincangkan prestasi anda dengan penilai.
Pertukangan Tangan (Ujian)
Pertukangan Tangan (Ujian)
PILIHAN A:
Membuat Bakul
a) Siapkan satu benda untuk kegunaan praktik dalam kerja-kerja bakul, rotan, rumput purun atau jerami dibuat keseluruhannya oleh kamu sendiri.
b) Tunjukkan pengetahuan mengenai bahan-bahan yang digunakan, tempat didapati dan bagaimana untuk kerja.
PILIHAN B:
Menjilid Buku
a) Sediakan bahagian-bahagian untuk jahitan dan jahit atas jalur kain.
b) Lipat dan lekat pada hujung kertas, gam dan lapik dengan “mull”, bulatkan belakang dan tambahkan pelapis kedua.
c) Potong kertas tebal dan lapis dengan kain atau kertas dan masukkan buku ke dalam pelapis.
PILIHAN C:
Penyambungan
a) Tekankan screw hingga 38 milimeter (1 ½ inci) tanpa merosakkan kayu atau screw.
b) Tukulkan paku pada tutup tong (kotak) dengan betul dan menggunakan kayu papan setebal 13 milimeter ( ½ inci) dan 38 milimeter (1 ½ inci) paku.
c) Potong memanjang dengan gergaji biasa 25 milimeter (1 inci) papan 60 cm (2 kaki) panjang, potongan tidak melencong dari garisan lebih dari 1.6 milimeter (1/1 inci).
d) Tajamkan pahat dan mata ketam, buat satu “housing, tenon dan mortise dan hauled joint”.
e) Sama ada tanggamkan (dovetail) 2 keping papan bersama dengan tidak kurang dari 5 tanggam, atau membuat sebuah bangku rangka, kerusi atau lain-lain kelengkapan rumah.
f) Bezakan kayu-kayu dalam kegunaan tempatan dan tahu kejadian semula jadi dan kegunaanya tiap-tiap satu.
PILIHAN D:
Kerja Kulit
Samada
a) Gantikan tapak atau tumit bot, jahitkan atau pakukan.
Atau
b) Sediakan satu benda yang awak buat sendiri seperti tas tangan, dompet atau pundi-pundi di atas mana lorekan mesti dibentuk dan diwarnakan. Tahu bagaimana mencapur dan menggunakan warna.
c) Tunjukkan pengetahuan mengenai alat-alat yang di kehendaki.
d) Tahu jenis-jenis kulit yang digunakan dan tahu bagaimana memilihnya.
PILIHAN E:
Kerja Logam
a) Tunjukkan kerja tembaga, copper atau logam, keping, atau tempa besi engan tempuan panas atau sejuk, atau metal turning, filing, drilling atau welding.
b) Pamerkan alat-alat yang digunakan dan tunjukkan guna tiap-tiap satu.
c) Terangkan gubahan dan guna solders dan fluxws.
d) Buat dan lekatkan (solder) satu tin dengan tudungnya.
PILIHAN F:
Kerja Cetak
a) Buat satu surat sebaran atau (page of type) dan berikan cetakan-cetakan mesin.
b) Memahami sistem jenis “point” (huruf) dan mengetahui nama-nama enam jenis huruf cetak biasa.
c) Memahami tanda-tanda pembetulan pencetak dan mengetahui nama-nama ukuran kertas yang berlainan dan sukatannya.
Perhatian :
Ibu Pejabat akan menyediakan, atas permintaan, syarat-syarat bagi lencana ini untuk pengakap, kehendak-kehendak siapa yang tidak dikaitkan dengan syarat-syarat di atas.
Ahli Kaji Hutan (Ujian)
Ahli Kaji Hutan (Ujian)
b) Mempunyai pengetahuan memelihara hutan dan ladang kebun, rangkaian pengendalian dan sebab-sebab bagi pengendalian ini. Tahu beberapa bahaya yang mungkin mengancam hutan seperti api dan binatang-binatang.
c) Siapkan tanah dan pindah tanam sepohon pokok muda.
d) Tahu bagaimana memilih dan menggunakan kapak, cara memeliharanya dan peraturan-peraturan keselamatan dalam menggunakannya.
e) Tahu bagaimana menebang dan membersihkan pokok.
Navigasi (Ujian)
Navigasi (Ujian)
PILIHAN A:
a) Menggunakan contoh-contoh yang disediakan oleh pemeriksa, tunjukkan yang kamu memahami tujuan sifat yang berikut bagi 1:50000 dan skel dalam peta Ordance, Survey, skel dan 2 ½ inci National Grid Reference, True Grid dan Magnetic North, garisan-garisan kontor dan isyarat-isyarat yang lazim.
b) Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai isyarat-isyarat lalu lintas dan isyarat-isyarat yang digambarkan dalam buku Undang-Undang Lalu Lintas.
c) Sediakan sebuah peta strip route jenis A.A dan R.A.C untuk digunakan oleh pemandu kereta atau motosikal bagi perjalanan sejauh 80 kilometer (50 batu) yang diaturkan oleh pemeriksa.
d) Menemani seorang pemandu kereta selaku penumpang dan bertindak sebagai malim bagi perjalanan sejauh 160 kilometer (100 batu).
Perhatian :
i. Jalan-jalan selain dari jalan kelas ‘A’ harus digunakan sekurang-kurangnya setengah daripada perjalanan dan jalan-jalan besar (motor way) tidak boleh digunakan dari jumlah 32 kilometer (20 batu).
ii. Dengan persetujuan pemeriksa perjalanan ini boleh lakukan dengan motosikal atau lain-lain kenderaan pilihan.
e) Mengambil bahagian dalam acara atau pertandingan orienteering.
PILIHAN B:
a) Mempunyai pengetahuan kerja mengenai charts, termasuk projection, datum dan lambang-lambang yang digunakan dan penerangan mengenai arus yang diberikan.
b) Membaca mariner’s kompas yang ditandakan dengan points dan darjah dan mempunyai satu pengetahuan mengenai kompas-kompas, termasuk pertukaran dan perubahan.
c) Boleh menggunakan variation dan deviation kepada haluan kompas atau bearing untuk mendapatkan haluan tepat; diberikan haluan tepat untuk mendapatkan satu haluan kompas.
d) Memahami bagaimana kesalahan kompas boleh didapati daripada transit bearing.
f) Faham akan teori bagaimana cara menentukan satu kedudukan daripada dua baris kedudukan (position lines).
g) Plot satu kedudukan daripada tiga ‘cross bearings’. Faham apa yang dimaksudkan dengan ‘crockedhat’ dan bagaimana menggunakannya dengan selamat.
h) Plot satu kedudukan dengan menggunakan ‘running fix’ method.
Plot satu kedudukan menggunakan satu kombinasi kompas bearing dengan salah satu atau lebih dari yang berikut :
i. Radio direction beacons
ii. Vertical sextant angle
iii. Horizontal sextant angle
iv. Line of soundings
v. Transits
i) Mempunyai pengetahuan tentang jadual arus dan peta-peta arus sungai.
j) Memahami penggunaan buku catatan Marine untuk mendapatkan jarak perjalanan dan had laju.
k) Memahami sistem pelampong (buoyage system) bagi perairan pantai Brunei Darussalam dan lain-lain cara mengenai penanda bahaya-bahaya dan terusan-terusan.
l) Mengikuti satu pelayaran menyusur pantai sekurang-kurangnya 6 jam bertindak sebagai jurumudi. Satu buku log mesti disimpan yang menunjukkan haluan-haluan dituju, jarak jauh perjalanan, tanda-tanda keselamatan perairan yang dilalui dan keadaan cuaca yang dialami ketika dalam perjalanan.
Ketika dalam perjalanan:
i. Plot kedudukan perjalanan yang dianggarkan setiap jam dengan mematuhi perhitungan yang betul.
ii. Bilamana patut, dan tidak kurang sekali dalam satu jam, plot kedudukan cerap (Observed) menggunakan bearings atau lain-lain cara mendapatkan satu ‘fix’. Pelayaran yang tidak mempunyai destinasi tertentu hendaklah dirancang dalam chart lebih awal, menggunakan arus-arus pasang surut setakat yang boleh dan member haluan-haluan setiap jam dengan mengemudikan had kelajuan yang dikehendaki.
PILIHAN C:
Tunjukkan bahawa anda mengetahui mengenai Sistem Penentududukan Global (GPS) dengan menerangkan:
i. Bagaimana ia berfungsi
ii. Pemilikan dan kawalan sistem
iii. Faedahnya kepada masyarakat
iv. Faktor apa yang mempengaruhi ketepatannya.
b) Programkan penerima GPS mudahalih untuk:
i. Cari lokasi anda (rujukan grid, garis lintang dan garis bujur) dan catatkannya
ii. Masukkan rujukan grid mercu tanda (landmark) dan arahkan ke titik perjalanan (waypoint).
iii. Masukkan koordinat garis lintang dan garis bujur bagi titik yang berdekatan dan arahkan ke titik perjalanan. Pastikan anda memeriksa ketepatannya.
iv. Berjalan menggunakan bearing GPS dan peta.
c) Tunjukkan bahawa anda tahu perbezaan antara Ordinance Survey, dan koordinat garis lintang dan garis bujur.
d) Menggunakan peta Ordinance Survey (skala 1: 25000 atau 1: 50000) untuk merancang laluan sekurang-kurangnya 4km yang mengandungi minimum 10 titik perjalanan. Terangkan mengenai ciri dan cabaran sepanjang laluan. Programkan laluan ke GPS mudahalih dan lakukan perjalanan.
Pengetahuan Isu Global (Ujian)
Pengetahuan Isu Global (Ujian)
b) Selidiki bencana alam baru-baru ini dengan melihat foto, artikel berita atau video dalam talian. Tentukan dalam kumpulan kecil apa lima perkara yang diperlukan untuk menolong orang selepas bencana. Dalam kumpulan kecil bincangkan cara terbaik yang dapat anda bantu apabila bencana alam berlaku.
c) Ketahui mengenai acara sukan antarabangsa dan bincangkan dengan Pasukan anda bagaimana acara sukan dapat menyumbang kepada keamanan dan persefahaman antarabangsa.
d) Dalam kumpulan kecil, bincangkan isu-isu masyarakat disekeliling anda dan bagaimanakah anda dapat mengambil peranan dalam mengurangkan atau mengelakan isu-isu berkenaan.
e) Dalam kumpulan kecil, buat kajian untuk mengetahui tentang cabaran dan isu kesihatan antarabangsa dan gunakan cara kreatif untuk berkongsi apa yang telah anda pelajari dengan Pasukan anda. Masalahnya boleh merangkumi Covid-19, Malaria, Ebola, HIV dan Aids.
LENCANA PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENGAKAP MUDA PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jurubahasa (Perkhidmatan)
Jurubahasa (Perkhidmatan)
a) Berceramah atas tajuk berkenaan dengan Pengakap tidak kurang daripada 10 minit.
b) Menulis satu karangan atas tajuk berkenaan dengan Pengakap tidak kurang daripada 150 perkataan.
c) Setelah membaca dan meneliti selama beberapa minit, berikan satu terjemahan kira-kira satu perenggan dari sebuah suratkhabar atau majalah.
d) Samada:
i. menolong menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
ii. Atau menulis surat-surat kepada satu Kumpulan Pengakap, Sekolah atau Badan bagi lawatan atau bertukar lawatan pelawat-pelawat dari luar negeri.
iii. Atau selalu kirim-mengirim surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada satu tahun dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang seumur dengannya.
Ahli Pemulihara (Perkhidmatan)
Ahli Pemulihara (Perkhidmatan)
b) Mengetahui apa yang dikatakan batu-batu yang terjadi daripada tindakan gunung berapi (igneous), batu-batu yang menjelema dan berubah-ubah rupa (metamorphic) dan batu-batu yang terjadi oleh sebab mendak keladak (sedimentary). Beri contoh bagi tiap-tiap satu jenis dan kegunaannya.
c) Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab-sebab utama tanah-tanah itu boleh dihanyutkan.
d) Berhubung dengan peredaran air, bandingkan akibat-akibat terlampau banyak hujan dan akibat-akibat keadaan kemarau.
e) Mengetahui sebab-sebab utama dan akibat-akibatnya jika udara dan air itu sudah cemar dan terangkan bagaimana caranya hendak mengawal kecemaran itu.
f) Mengetahui bagaimana tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan manusia ada hubungan dan bergantung di antara satu sama lain.
g) Beri 4 contoh, dua daripadanya hendaklah dalam kawasan Pengakap itu sendiri, bagaimana alam semula jadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana dengan cara pemeliharaan boleh mencegah kerosakan dan kemusnahan itu.
h) Buat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan satu daripadanya hendaklah kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklah mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan dan boleh dibuat pada hujung minggu.
i) Dengan menggunakan lukisan, terangkan dan bincangkan hasil-hasil kajian itu dengan Penguji di bawah tajuk-tajuk seperti berikut :
i. Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.
ii. Nilaian penggunaan tanah itu dari segi kemudahan dan hiburan.
iii. Pemeliharaan kehidupan liar.
iv. Pertelingkahan di antara berbagai bagi penguna.
Ingatan : Kajian ini boleh dibuat bersama Pengakap-Pengakap yang lain yang juga mengambil ujian yang serupa tetapi melapurkan berasingan.
j) Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharan bagi tempoh selama sekurang-kurangnya 24 jam. Projek itu hendaklah di bawah kawalan seorang pakar pemeliharaan.
Pemadam Kebakaran (Perkhidmatan)
Pemadam Kebakaran (Perkhidmatan)
b) Mengetahui akan bahaya-bahaya dan memahami tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat; wire letrik, fuse, alat letrik; bahan-bahan pembakar khasnya mancis, penggunaan alat gas, minyak petrol, bunga api, lilin, unggun api alat-alat perhiasan, pintu dan tingkap dan menyimpan barang-barang umumnya.
c) Pancangkan persediaan tentang mencegah kebakaran bagi sesuatu keramaian Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab-sebab persediaan itu perlu.
d) Mengetahui bahaya-bahaya api dalam perkhemahan dan apa persediaan mencegah kebakaran mesti diambil, mengetahui punca-punca kebakaran belukar, lalang dan tahu bagaimana mengendali kejadian itu.
e) Terangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui berbagai-bagai cara memanggil pihak Bomba dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui jua apa yang berlaku dari masa memanggil pihak bomba itu sehingga mereka menerima panggilan itu dan sebab-sebab tindakan itu diambil.
f) Mengetahui bagaimana menjalankan kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi-baldi berderet-deret. Tahu menggunakan berbagai jenis pemadam api, serta tahu apa jenis api yang alat-alat itu boleh digunakan. Tahu mengendali seseorang yang terbakar pakaiannya.
g) Berkebolehan dalam membuat ikatan “chair knot” dan “bowline” pada gelong (tali). Terangkan cara-cara menyelamatkan yang digunakan. Terangkan dan tunjukkan cara merangkak membawa seorang yang tidak siuman.
h) Berikan penerangan ringkas proses pembakaran dan mengetahui akibat asap dan bahang dan bagaimana bertindak menentangi asap.
Pemandu (Perkhidmatan)
Pemandu (Perkhidmatan)
b) Mengetahui tempat-tempat berikut:-
i. Hospital, Klinik, Pusat-pusat Kesihatan dan ambulan.
ii. Balai Bomba dan Penyelamat, Balai Polis, Bengkel Kereta dan sebagainya.
iii. Perhentian Bas, jalan-jalan bas ke tempat-tempat yang berhampiran.
iv. Ibu Pejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan orang ramai, Kebun Bunga, Panggung Wayang, Masjid, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah.
v. Rumah-rumah kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Pemimpin Pasukan, Pemimpin Kumpulan dan ahli-ahli pasukannya.
c) Boleh menggunakan peta di Daerahnya untuk pergi ke sesuatu tempat yang diarahkan oleh Penguji atau menunjukkan sekurang-kurangnya 6 tempat seperti disebut diperenggan 2 diatas dan memandu Penguji itu bersama dengan cara yang paling singkat.
d) Boleh mengarahkan dengan jelas seorang pelawat pergi ke tapak perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan kenderaan awam atau berbasikal atau kereta.
Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan)
Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan)
b) Tunjukkan dua cara penyelamatan bagi melepaskan diri, pertama di darat dan kedua dalam air.
c) Berenang 50 meter, dan dengan mendekati sesuatu benda dari belakang dan menariknya dengan menggunakan cara menyelamat pegangan badan sejauh 15 meter. Ulang semula tetapi dengan cara menyelamat pegangan di kepala.
d) Terjun di air tuhur dalamnya 1 hingga 3 kaki, berenang 20 meter ke suatu benda dan mendukungnya selama 2 minit.
e) Melempar tali penyelamat sepanjang 20 meter supaya sampai di antara 2 pancang jaraknya 1.2 meter dengan kejayaan 2 kali daripada tiap-tiap 3 kali lemparan. Jarak pancang dari lemparan ialah 12 meter.
f) Tunjukkan cara menyelamat dalam kisah rumah terbakar, terkena racun gas, kemalangan kereta dan terkena karan letrik.
g) Dengan menggunakan patung, tunjukkan cara pemulehan pernafasan dengan menggunakan kaedah mulut-ke-mulut. Tunjukkan juga kaedah pemulehan pernafasan Silvester yang terbaharu.
Ingatan : Seorang Pengakap yang telah memperolehi Sijil ‘Intermediate’ Penyelamat Nyawa daripada Pertubuhan Penyelamat Nyawa Diraja dengan sendirinya diiktiraf lulus bahagian 1, 2, 3 dan 4 diatas ini.
Kuartermaster (Perkhidmatan)
Kuartermaster (Perkhidmatan)
PILIHAN A:
a) Telah membantu Kuartermaster kumpulan atau pasukan dengan baiknya dalam jangkawaktu selama enam bulan.
b) Mengetahui dan bersedia menunjukkan :-
i. Bagaimana menjaga tali-tali; membuat pemecut, memati hujung tali, menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpan tali-tali.
ii. Bagaimana menjaga kanvas khemah; memperbaiki tali penarik, koyak-koyak yang kecil, menebalkan supaya menahan hujan, memeriksa dan menyimpan kanvas khemah dengan baik dan teratur.
iii. Bagaimana menjaga alat-alat: mengasah, membaiki, memasang ulu, membersih, memeriksa dan menyimpan dengan baik dan teratur.
iv. Bagaimana menjaga alat-alat dapur: membaiki, mencuci, memeriksa dan menyimpan dengan baik dan teratur.
c) Mengetahui dan tunjukkan bagaimana menyimpan rekod yang mudah dan berkesan catitan keluar dan masuk alat-alat kumpulan atau pasukan.
d) Mengetahui dan bersedia menunjukkan :-
i. Cara menyimpan alat-alat kegunaan Pengakap.
ii. Cara menyimpan alat-alat pertukangan tangan.
iii. Cara menyimpan dengan menggunakan system warna, numbur atau lain-lain kod berkenaan dengan bahan-bahan pekerjaan tangan.
e) Mengetahui bagaimana menjaga dan menyimpan alat-alat pandang-dengar kumpulan seperti projector, carta-carta dinding, bahan-bahan lukisan, kertas lukisan dan alat-alat pandang dengar khas.
f) Mengetahui bagaimana hendak menilaikan secara praktis atas kesusutan harga semua.
g) Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Terangkan bagaimana ini dapat dicapai dalam pasukan atau kumpulan kamu.
PILIHAN B:
a) Telah membantu Kuartermaster dalam satu Perkhemahan Pasukan Pengakap dengan baiknya dalam tempoh selama lima hari.
b) Mengetahui dan bersedia menunjukkan cara bagaimana menjaga semua alat dalam perkhemahan:
i. Tali-tali : melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
ii. Khemah : memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah koyak dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah-khemah.
iii. Alat-alat : mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.
iv. Alat Masak : membersih, memeriksa dan menyimpan.
c) Mengetahui dan bersedia menunjukkan bagaimana menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alat-alat dalam perkhemahan.
d) Mengetahui dan bersedia menunjukkan bagaimana menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alat mengambara, alat mendaki gunung dan perahu-perahu.
e) Tunjukkan kepada Penguji satu senarai makanan dalam perkhemahan bagi tempoh selama 48 jam dan bersedia membincangkan senarai makanan itu dengan Penguji.
f) Terangkan bagaimana mengendali berkenaan dengan menyimpan barang-barang makanan dalam perkhemahan.
g) Tunjukkan kepada Penguji satu senarai alat-alat yang periu dibawa kepada satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alat-alat itu dengan segara dalam masa kecemasan. Buktikan sebab-sebab alat-alat itu perlu dibawa.
h) Mengetahui bagaimana kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Terangkan bagaimana ini dapat dicapai dalam perkhemahan yang Pengakap itu membantunya.
Pentadbiran (Perkhidmatan)
Pentadbiran (Perkhidmatan)
b) Dihadapan Penguji :-
i. Samada menulis dengan tangannya sendiri dengan baik dan terang sebuah karangan sebanyak 250 perkataan.
ii. Atau menaip 100 perkataan dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan serta boleh menunjukkan cara membersihkan mesin taip dan menggantikan pitanya.
c) Mengetahui akan peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan agenda dan minit mesyuarat itu.
d) Mengetahui berkenaan dengan pengurusan kewangan dalam kumpulan Pengakap, boleh menyedia dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan perbelanjaan bagi satu kumpulan atau patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam bank.
e) Menulis sepucuk surat atas tajuk dipilih oleh penguji; membuat satu deraf kad jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan diadakan dalam kumpulan, pasukan atau petrol.
f) Mengetahui berkenaan dengan mendapatkan senarai bayaran kiriman pos di Brunei Darussalam dan dimana boleh dapat maklumat-maklumat berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, perkhidmatan pengiriman dan surat-surat keluar negeri.
g) Menyediakan satu keluaran berita berkenaan dengan satu upacara kumpulan atau menulis satu berita untuk Majalah Pengakap melapurkan sesuatu peristiwa pasukan kumpulan atau daerah.
h) Menjalankan tugas-tugas Setiausaha dalam patrol, majlis ketua-patrol atau lain-lain jawatankuasa yang tidak semestinya ada kaitan dengan Pengakap selama 3 bulan dengan memberi puashati kepada pemimpin Pengakapnya dan Majlis Ketua Patrol atau Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan.
Ahli Penukang (Perkhidmatan)
Ahli Penukang (Perkhidmatan)
i. Perbaharui atau gantikan satu frame jendela dan pasangkan.
ii. Kilatkan sebuah jendela, frame kayu atau besi.
iii. Mencat sebuah bilik dan menampal kertas dinding.
iv. Ambil langkah untuk mencegah saluran paip yang beku (blocked) dalam rumah tempat kediaman.
v. Membaiki plaster cement yang rosak.
vi. Pasangkan semula sebuah pintu dan baiki alat kelengakapan pintu, termasuk tangkai-tangkai kunci dan lain-lain.
vii. Jalankan pembetulan-pembetulan ringan alat perabot seperti roda kecil yang pacah dan pembetulan ringan alas kerusi meja.
viii. Menolong memasang batu slab tempat berjalan.
ix. Jahitkan tempalan pada kain pakaian.
x. Cuci dan kilatkan sebuah kereta.
xi. Baiki sebuah pintu pagar atau pagar.
xii. Campurkan semen kongkret dan buatkan pembetulan yang mudah dengannya.
xiii. Baiki barang-barang mainan kanak-kanak.
xiv. Memasang tikar getah lino pada lantai.
xv. Gantikan sebuah pili pencuci (tap washer).
xvi. Minyakkan dan ‘adjust’ sebuah mesin rumput.
xvii. Langkah-langkah serta merta yang harus di ambil jika terdapat paip air yang pecah.
xviii. Cuci dan betulkan api gas atau dapur gas.
Pertolongan Cemas (Perkhidmatan)
Pertolongan Cemas (Perkhidmatan)
a) Memahami prinsip dan amalan Pertolongan Cemas.
b) Boleh menerangkan susunan anggota-anggota tubuh badan dan fungsi tiap-tiap satunya.
c) Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memberhentikan keluaran darah daripada urat-urat nadi itu.
d) Tunjukkan cara bagaimana hendak memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk terkejut kena karan letrik.
e) Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan segi tiga kepada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku dan balutan bergulung kepada semua anggota badan.
f) Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendali tulang-tulang patah dan mengetahui mustahaknya anggota-anggota yang patuh dan yang disyakkan patah itu dijaga daripada bergerak-gerak.
g) Tunjukkan cara permuliharan pernafasan ‘Holger Nielsen’.
h) Memahami peraturan-peraturan rawatan bagi terkena racun.
i) Memahami kaedah mengawasi dan mengangkat orang-orang cedera.
j) Tunjukkan cara bagaimana hendak menghantar berita dengan betul samada dengan lisan, bertulis atau talifon.
Pencegahan Jenayah (Perkhidmatan)
Pencegahan Jenayah (Perkhidmatan)
b) Bincangkan peranan dan nilai undang-undang dalam masyarakat berkaitan dengan jenayah dan pencegahan jenayah. Sertakan dalam perbincangan anda definisi 'jenayah' dan 'pencegahan jenayah'.
c) Siapkan jurnal dari pelbagai sumber berkaitan dengan cara menangani jenayah dan pencegahan jenayah dalam komuniti anda.
d) Bincangkan perkara berikut dengan penilai anda:
i. Peranan warganegara, termasuk remaja, dalam pencegahan jenayah.
ii. Jenayah Buli dan kesannya terhadap masyarakat.
iii. Cara melaporkan perbuatan jenayah kepada pihak Polis dan pihak penguatkuasa undang-undang yang lain termasuk mengetahui nombor telefon kecemasan.
e) Mengetahui bagaimana melindungi diri dari kejahatan di rumah, di sekolah, di komuniti anda, dan semasa dalam perjalanan.
f) Membantu meningkatkan kesedaran mengenai satu jenayah yang terjadi di sekolah yang dihadapi oleh pelajar dengan melakukan SATU perkara berikut:
i. Buat poster untuk dipamerkan di papan buletin sekolah.
ii. Buat pembentangan dan perkongsian mengenainya bersama dengan ahli-ahli Pengakap Tunas.
g) Bincangkan perkara berikut dengan penilai anda:
i. Bagaimana program kesedaran penyalahgunaan dadah membantu mencegah jenayah
ii. Bincangkan kesan penyalahgunaan dadah pada keluarga, masyarakat dan negara
iii. Bagaimana penjualan dan penyalahgunaan dadah membawa kepada jenayah lain.
h) Pilih kerjaya dalam sektor pencegahan jenayah atau keselamatan yang menarik minat anda. Huraikan tahap pendidikan yang diperlukan dan tanggungjawab seseorang dalam kedudukan itu. Beritahu mengapa kedudukan ini menarik minat anda.
Kesedaran Kelainan Upaya (Perkhidmatan)
Kesedaran Kelainan Upaya (Perkhidmatan)
a) Bincangkan dengan penilai anda tentang kesedaran terhadap orang yang kelainan upaya.
b) Membuat lawatan ke agensi yang bekerjasama dengan individu kelainan upaya fizikal, mental, emosi, atau pendidikan. Kumpulkan dan baca maklumat mengenai aktiviti agensi tersebut.
i. Pelajari mengenai peluang yang dimiliki anggotanya untuk latihan, pekerjaan, dan pendidikan.
ii. Bincangkan apa yang telah anda pelajari dengan penilai anda.
c) Mengetahui Bahasa-bahasa Isyarat.
d) Lakukan DUA perkara berikut:
i. Berinteraksi dengan Pengakap yang mempunyai kelainan upaya dan pelajari pengalaman Pengakap berkenaan dalam menjalani aktiviti Pengakap. Bincangkan apa yang telah anda pelajari dengan penilai anda.
ii. Berinteraksi dengan individu yang mempunyai kelainan upaya dan pelajari tentang pengalaman dan aktiviti individu berkenaan. Bincangkan apa yang telah anda pelajari dengan penilai anda.
iii. Mengetahui bagaimana individu berkelainan upaya mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi tertentu. Bincangkan apa yang telah anda pelajari dengan penilai anda.
iv. Mengetahui mengenai alat bantu bagi individu berkelainan upaya seperti, tongkat, dan alat komunikasi tambahan seperti telefon bimbit dan videofon dan seumpamanya. Bincangkan dengan penilai anda bagaimana individu tersebut menggunakan alat bantuan tersebut.
v. Rancang atau sertai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran terhadap individu kelainan upaya kepada orang ramai. Bincangkan apa yang telah anda pelajari dengan penilai anda.
e) Lawati DUA lokasi berikut dan catat sambil memerhatikan ciri dan kemudahan yang disediakan untuk menampung individu kelainan upaya. Semasa berada di sana, jelaskan apakah tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menambahbaik kemudahan bagi individu yang berkelainan upaya. Bincangkan pemerhatian anda dengan penilai anda.
i. Sekolah kamu
ii. Tempat beribadat
iii. Acara pengakap atau perkhemahan
iv. Pameran atau tarikan awam (seperti pawagam, muzium, pusat membelibelah dan sebagainya)
f) Lakukan SATU daripada aktiviti berikut:
i. Rancang dan laksanakan program kesedaran terhadap individu berkelainan upaya yang diluluskan oleh penilai kepada pek pengakap tunas atau pengakap lain.
ii. Melibatkan diri secara sukarela bagi membantu individu berkelainan upaya selama 6 jam.
Pengawal Perkhemahan (Camp Warden) (Perkhidmatan)
Pengawal Perkhemahan (Camp Warden) (Perkhidmatan)
b) Telah membantu Pengawal Perkhemahan dan bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah atau negeri) dengan memuaskan.
c) Menunjukkan tiga perkara seperti dibawah ini:
i. Menggunakan kayu arang untuk memasak.
ii. Membuat unggun api.
iii. Memasang khemah patrol.
iv. Menyidai kain-kain basah dan menganginkan alat-alat tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan.
v. Mencegah kebakaran di perkhemahan.
d) Terangkan jika boleh tunjukkan cara-cara bagaimana perkara di bawah digunakan dalam perkhemahan untuk :
i. Tempat membuang sampah sarap.
ii. Membuat dan menjaga kebersihan tandas.
iii. Menjaga alat-alat memasak.
iv. Menjaga air minum dan makanan.
e) Mengetahui menjaga darjah perkhemahan yang tinggi dan baik.
f) Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas kerana kegunaan satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
g) Tunjukkan kebolehan menggunakan 3 daripada perkakas-perkakas yang berikut:
i. Kepada penebang kayu
ii. Gergaji
iii. Tukul
iv. Kapak beliung
v. Alat-alat menutuh
vi. Sebarang alat mesin seperti mesin potong rumput, gergaji letrik, pengorek tanah dan seumpamanya.
h) Bincangkan dengan Penguji perkembangan-perkembangan dan kemajuan-kemajuan yang awda suka majukan ke atas kawasan perkhemahan yang tetap.
Perhubungan Awam dan Pemasaran (Perkhidmatan)
Perhubungan Awam dan Pemasaran (Perkhidmatan)
a) Menghasilkan dan memberi persembahan mengenai Pengakap. Gunakan media audio dan visual dan fikirkan bagaimana anda dapat menjadikannya relevan dengan orang yang tidak terlibat dalam Pengakap.
b) Tulis siaran akhbar mengenai acara Pengakap yang telah berlaku. Dan kirimkan kepada pihak Media untuk menerbitkannya di akhbar tempatan, stesen radio atau laman web/jaringan sosial.
c) Dapatkan maklumat mengenai media tempatan seperti radio, TV, surat khabar dan dalam talian. Ketahui sasaran audiens mereka dan buat jalan cerita yang mungkin mereka minati.
d) Siapkan dan tunjukkan pakej audio atau video mengenai acara atau aktiviti Pengakap. Laporan harus tepat, bermaklumat dan mencerminkan pengembaraan Pengakap.
e) Siapkan paparan kreatif mengenai Pasukan atau Kumpulan anda yang dapat dipamerkan di perpustakaan tempatan, pusat maklumat atau tempat awam anda.
f) Temu ramah tokoh masyarakat atau individu yang berkaliber dan kongsikan wawancara itu kepada Pasukan anda. Dapatkan nasihat daripada Pemimpin anda sebelum menghubungi individu tersebut.
g) Menghasilkan beberapa media yang dapat digunakan dalam Pengakap, seperti kisah buletin daerah atau isi kandungan laman web.
LENCANA PENGAKAP LAUT BAHAGIAN PENGAKAP MUDA PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Kemahiran Maritim Tahap 1
Kemahiran Maritim Tahap 1
i. Sukan Berdayung
ii. Berakit
iii. Sailing
b) Kenali dengan betul pelbagai peralatan yang digunakan untuk aktiviti yang anda pilih.
c) Dapatkan pemahaman mengenai peralatan keselamatan yang digunakan.
d) Lukiskan sebuah kapal dan ketahui bahagian-bahagian berikut:
i. Hull,
ii. Bow,
iii. Starboard,
iv. Stern,
v. Anchor
vi. Propeller
e) Mempunyai pemahaman mengenai punca arus dan pasang surut air termasuk bagaimana air pasang dan surut boleh berlaku.
f) Mengetahui bagaimana kitaran air pasang dan kaitannya dengan arus.
g) Jelaskan peranan karier/perkerjaan yang berkaitan dengan maritim.
h) Buat model bagi salah satu dari berikut:
i. Rumah Api (Lighthouse)
ii. Kapal (Vessel)
PERINGATAN:
Bagi memenuhi sebahagian kehendak dalam lencana ini, Pengakap perlu mendapatkan khidmat nasihat melalui pemimpin daripada pihak yang berautoriti dan berkemahiran dalam bidang maritim dan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Kemahiran Maritim Tahap 2
Kemahiran Maritim Tahap 2
b) Ikuti sesi aktiviti air pilihan anda sekurang-kurangnya satu jam.
c) Tunjukkan bahawa anda memahami apa yang harus dilakukan sekiranya berlaku keadaan terbalik dalam aktiviti yang anda pilih.
d) Namakan peralatan asas yang anda gunakan semasa aktiviti yang anda pilih.
e) Senaraikan beberapa pakaian yang tidak sesuai untuk aktiviti yang anda pilih, dan terangkan sebabnya.
f) Tunjukkan bahawa anda boleh mengikat simpul lapan (Figure of Eight) dan simpul Buku Sila. Terangkan bagaimana anda menggunakannya dalam aktiviti air.
g) Tunjukkan bahawa anda mengetahui peralatan keselamatan yang anda gunakan dan mengapa ia diperlukan.
h) Mempunyai pengetahuan umum mengenai peta laut Brunei Darussalam dan dapat membaca dan membuat plot Carta Laut Brunei Darussalam (Tunjukkan kemampuan anda menggunakan jadual pasang surut dan mengenal pasti ciri laut pelayaran sebenar).
i) Dapat mengenal pasti dan memberitahu perbezaan antara pelampung (Buoys), suar (Beacons) dan rumah api (Lighthouses).
j) Mengetahui bagaimana mengenal pasti dan menerangkan maksud warna dan jenis (Buoys) dan suar (Beacons).
k) Dapat mengenalpasti jenis kapal dan pengkhususannya.
l) Buat lawatan ke mana-mana agensi maritim di Negara Brunei Darussalam.
PERINGATAN:
Bagi memenuhi sebahagian kehendak dalam lencana ini, Pengakap perlu mendapatkan khidmat nasihat melalui pemimpin daripada pihak yang berautoriti dan berkemahiran dalam bidang maritim dan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Kemahiran Maritim Tahap 3
Kemahiran Maritim Tahap 3
b) Ikuti sekurang-kurangnya dua sesi selama satu jam dalam dua aktiviti air yang berbeza pilihan anda.
c) Tunjukkan bahawa anda tahu bagaimana bertindak dengan selamat dalam aktiviti yang anda pilih sekiranya anda terlibat dalam keadaan terbalik.
d) Tunjukkan cara memeriksa kedalaman air menggunakan kaedah yang sesuai dengan aktiviti anda.
e) Tunjukkan cara mengikat simpul manuk, simpul tindih kasih, round turn and two half-hitches dan terangkan bila ini akan digunakan.
f) Tunjukkan dan terangkan pakaian apa yang sesuai untuk aktiviti yang digunakan dalam aktiviti yang anda pilih.
g) Terangkan peraturan keselamatan asas yang berlaku untuk aktiviti pilihan anda.
h) Terangkan perbezaan antara alat pelampung dan jaket pelampung, bilakah ianya harus digunakan dan bagaimana ia berfungsi dan tunjukkan bagaimana ia dipakai.
i) Terangkan cara mengetahui/mengukur kelajuan dan arah angin dan bagaimana cuaca dapat mempengaruhi kegiatan-kegiatan di air.
j) Tunjukkan cara mendapatkan maklumat ramalan cuaca sebelum memulakan kegiatan di air.
k) Ketahui Peraturan Lalu Lintas Laut yang ditetapkan oleh Antarabangsa
l) Peraturan untuk Mencegah Perlanggaran di Laut:
i. Peraturan Pelayaran
ii. Lampu & Bentuk
iii. Isyarat Bunyi dan Cahaya
PERINGATAN:
Bagi memenuhi sebahagian kehendak dalam lencana ini, Pengakap perlu mendapatkan khidmat nasihat melalui pemimpin daripada pihak yang berautoriti dan berkemahiran dalam bidang maritim dan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Lencana Coxwain
Lencana Coxwain
b) Pilih perairan yang akan anda lawati
c) Kenal pasti ciri dan bahaya perairan tersebut.
d) Ketahui peraturan untuk berperahu di atas air yang anda gunakan.
e) Pakai pakaian yang betul dan pastikan anda mempunyai peralatan yang betul semasa berperahu.
f) Selesaikan langkah-langkah berikut di bawah pengawasan yang betul:
i. Mengenalpasti tempat enjin dan ketahui cara menghidupkannya dan menghentikannya dengan selamat.
ii. Ikutilah latihan Man Over Board.
iii. Lancarkan dan tambat perahu anda.
iv. Pandu dan kawal kelajuan dan arah perahu anda.
PERINGATAN:
Bagi memenuhi sebahagian kehendak dalam lencana ini, Pengakap perlu mendapatkan khidmat nasihat melalui pemimpin daripada pihak yang berautoriti dan berkemahiran dalam bidang maritim dan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Lencana Penyelam Skuba Tahap 1 (Discover Scuba Diving)
Lencana Penyelam Skuba Tahap 1 (Discover Scuba Diving)
Lencana Penyelam Skuba Tahap 2 (Open Water Diving)
Lencana Penyelam Skuba Tahap 2 (Open Water Diving)
b) Telah melengkapkan log penyelaman sekurang-kurangnya 4 kali penyelaman.
Lencana Penyelam Skuba Tahap 3 (Advanced Open Water Diving)
Lencana Penyelam Skuba Tahap 3 (Advanced Open Water Diving)
b) Telah melengkapkan log penyelaman sekurang-kurangnya 6 kali penyelaman.
LENCANA PENGAKAP UDARA BAHAGIAN PENGAKAP MUDA PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Lencana Pemerhati Pesawat
Lencana Pemerhati Pesawat
b) Mengenalpasti dan mengkategorikan mengikut jenis.
c) Mampu mengenal pasti dan menerangkan jenis pesawat lain.
Lencana Penyelidik Udara
Lencana Penyelidik Udara
b) Mengetahui sejarah Penerbangan di Negara Brunei Darussalam
c) Dapat menerangkan pelbagai jenis penggerak (Propulsion)
Lencana UAV/Dron
Lencana UAV/Dron
b) Menunjukkan teknik pengendalian dron
c) Menerangkan penggunaan penerbangan drone secara berhemah
d) Membantu juruterbang untuk menerbangkan dron.
Lencana Marshal Pesawat
Lencana Marshal Pesawat
b) Dapat menunjukkan isyarat marshalling yang digunakan ketika pesawat sedang begerak.
c) Mengenal pasti bahagian pesawat dan menerangkan fungsinya dalam mengawal pesawat.
d) Membantu pengendalian darat dan piket pesawat ringan
e) Menunjukkan pemeriksaan darat (ground handling) yang harus dilakukan sebelum menerbangkan pesawat ringan.
PERINGATAN:
Bagi memenuhi sebahagian kehendak dalam lencana ini, Pengakap perlu mendapatkan khidmat nasihat melalui pemimpin daripada pihak yang berautoriti dan berkemahiran dalam bidang penerbangan dan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Lencana Kemahiran Udara
Lencana Kemahiran Udara
b) Menerangkan kegunaan kemudi, aileron dan sayap
c) Menerangkan ciri dan kelebihan pesawat
d) Menerangkan bahagian-bahagian lain dalam pesawat.
Lencana Simulator Pesawat
Lencana Simulator Pesawat
b) Jalankan prosedur permulaan dan lakukan "Take-off", penerbangan dan mendarat.
c) Lakukan penerbangan dan lakukan 2 penerbangan dan mendarat di lapangan terbang yang sama atau berbeza.
d) Buat penerbangan dan lakukan manuver berikut:
i. Belok terkawal ke kiri dan kanan, naik ke ketinggian yang ditentukan dan turun ke ketinggian lain yang ditentukan
ii. Terbang gelung, gulung dan gerai berpusing.