Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam merupakan pertubuhan yang tertua di Negara Brunei Darussalam iaitu pada awal tahun 1930an dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzadin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menjadi Penaung Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam sebaik saja Persekutuan ini diterima menjadi Ahli penuh yang ke-117 dalam Pertubuhan Pengakap Pengakap Sedunia pada 1 Julai 1981 di Dhakar, Senegal. Baginda juga berkenan menjawat watikah perlantikan selaku Penaung Kehormat Pertubuhan Pergerakkan Pengakap Sedunia/ Biro Pengakap Sedunia (WOSM/WSB) pada 1 November 1993 yang disembahkan oleh Dr Jacques Morellion, Setiausaha Agung (WOSM/WSB) di Istana Nurul Iman.

Pergerakkan belia beruniform, kesukarelawanan yang berkonsepkan ‘Pendidikan di luar bilik darjah’ (Non- formal education). Terbuka kepada semua peringkat umur, tanpa mengira bangsa sesuai dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang telah digariskan oleh Pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia dan kini tersebar ke 200 buah negara di seluruh dunia.

Bahagian Pengakap

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam terbuka kepada semua peringkat umur, tanpa mengira bangsa sesuai dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang telah digariskan oleh Pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia.

Pengakap Kelana

18 tahun sehingga 26 tahun

Pengakap Remaja

16 tahun sehingga 18 tahun

Pengakap Muda

11.5 tahun sehingga 15 tahun

Pengakap Tunas

7 tahun sehingga 11 tahun