BAHAGIAN PENGAKAP KELANA
1. Belia; berumur antara 18 hingga 26 tahun. Pengakap Kelana merupakan kesinambungan daripada Pengakap Remaja. Ahli Pengakap Kelana berpotensi untuk menjadi pemimpin.
2. Setiap pasukan atau kumpulan Pengakap Kelana mengandungi sekurang-kurangnya 8 orang dan tidak melebihi 32 orang, dikenali sebagai “KREW PENGAKAP KELANA” manakala ahlinya pula dikenali sebagai “AHLI KREW”.
Tujuan
3. Menggalak dan memantapkan perkembangan, pembentukan penggunaan mental, fizikal, sosial dan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokan dan mencabar; yang ditawarkan bagi mewujudkan kemahiran-kemahiran yang berkualiti tinggi untuk melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat dan negara melalui Program Kelana seperti berikut:
a) Perkhidmatan
b) Sosial
c) Cabaran luar
d) Aktiviti mental
e) Kerja berpasukan
Prinsip
4. Prinsip serta amalan Pengakap Kelana berdasarkan PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat menjadi ahli. Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan: dalam erti kata, bersesuaian dengan prinsip dan pegangan yang diutarakan oleh pengasasnya, Lord Baden Powell.
Kaedah
5. Semua kaedah yang diguna pakai dalam pendekatan KELANA adalah berpandukan kepada DASAR dan Aturan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam serta bersesuaian dengan kaedah yang digariskan oleh Lord Baden Powell.
Persetiaan
Dengan sesungguhnya saya berjanji akan berusaha sedaya upaya saya Taat kepada Allah dan Setia Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, menolong orang lain dan mematuhi Undang-Undang Pengakap.
HURAIAN:
Ahli Krew Pengakap Kelana hendaklah sentiasa berusaha untuk memantapkan diri bagi melaksanakan maksud persetiaan sama ada ketika beruniform atau tidak.
Ahli Pengakap Kelana boleh menerangkan maksud isi persetiaan dengan baik sesuai dengan konteks Negara Brunei Darussalam.
Undang-Undang Pengakap
i. Seorang Pengakap adalah boleh dipercayai.
ii. Seorang Pengakap adalah taat.
iii. Seorang Pengakap adalah peramah dan bertimbang rasa.
iv. Seorang Pengakap adalah bersaudara kepada semua pengakap.
v. Seorang Pengkap berani menghadapi segala kesulitan.
vi. Seorang Pengakap menggunakan masanya dengan baik dan berhati-hati tentang milik dan harta benda.
vii.Seorang Pengakap menghormati dirinya dan orang lain.
HURAIAN:
Seorang pengakap kelana sedaya upayanya berusaha menjadi “role model” dan dapat menjelaskan maksud undang-undang di atas dengan baik.
Moto Pengakap
7. Pengakap Kelana mengamalkan motto pengakap iaitu “SELALU SEDIA”.
Moto Pengakap Kelana
8. Moto Pengakap Kelana adalah “BERKHIDMAT”. Seorang Pengakap Kelana selalu bersedia dan berkhidmat kepada Masyarakat, Bangsa, Agama dan Negara.
Tabik Hormat
9. Pengakap Kelana menggunakan “TABIK HORMAT PENGAKAP”. Tabik umumnya diamalkan; ketika istiadat-istiadat tertentu.
HURAIAN:
Setiap ahli Pengakap Kelana dapat menggunakan TABIK HORMAT dengan baik serta boleh menjelaskan pengertiaan dan maksudnya dengan prinsip pergerakan pengakap dengan baik.
Dasar/Polisi Keagamaan
10. Sentiasa mengamalkan ajaran agama yang dianuti masing-masing; di samping menghormati kepercayaan orang lain seperti yang dijelaskan dalam Dasar Pertubuhan dan Aturan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
HURAIAN:
Setiap ahli Pengakap Kelana mestilah berusaha sedaya upayanya mempelajari dan mengamalkan ajaran agamanya.
Disiplin
11. Setiap Krew Pengakap Kelana lebih mengutamakan disiplin yang tinggi sebagai model dalam semua keadaan.
Kawad
12. Krew Pengakap Kelana perlu mengetahui dengan baik (boleh melakukan dan memberi hukuman.
a) Kawad senyap (isyarat tangan)
b) Kawad yang lazim digunakan dalam perbarisan yang lazim digunakan oleh Pasukan-Pasukan beruniform.
Pakaian Seragam
13. Krew Pengakap Kelana menggunakan pakaian seragam yang diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik.
Pengetahuan Am Pengakap
14. Ahli Krew Kelana hendaklah mengetahui atau mengulangkaji pengetahuan sebagai:
a) Pengakap Tunas
b)Pengakap Muda
c) Pengakap Remaja
15. Ahli Krew dari masa ke semasa sentiasa berusaha mengetahui dasar dan perkembangan semasa.
16. Ahli Krew perlu mengetahui dan memahami tentang Falsafah Negara /Konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
Skim Latihan Pengakap Kelana
17. Pengakap Kelana merupakan bahagian terakhir di dalam Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Latihan Pengakap Kelana diwujudkan bagi meningkatkan pelbagai kemahiran individu dan pasukan. Latihan Pengakap Kelana menumpukan aspek perkhidmatan, kepimpinan, kemahiran, spiritual, sosial, fizikal, intelektual dan emosi.
18. Apabila Pengakap Remaja berumur 18 tahun, Pengakap Remaja mestilah melalui Istiadat Melantik Bakal Pengakap Kelana bagi meneruskan latihan Pengakap mereka. Bagi ahli yang baru masuk mereka mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian Pengakap Sedunia dan setelah itu barulah mereka dilantik menjadi bakal Pengakap Kelana. Setelah melalui Latihan Bakal Pengakap Kelana mereka akan dianugerahkan Epulet Pengakap Kelana di Majlis Perlantikan untuk menjadi Pengakap Kelana.
19. Skim Latihan Pengakap Kelana bermula dari :
a) Pentauliahan Pengakap Kelana
b) Diikuti dengan mendapatkan Empat (4) LENCANA Pengakap Kelana diantaranya ialah:
i. Lencana Kenegaraan
ii. Lencana Perkhidmatan
iii. Lencana Kemahiran
iv. Lencana Rambler
v. Lencana Kepimpinan
vi. Lencana Cabaran
vii. Lencana Antarabangsa
viii. Lencana ICT
ix. Lencana Keusahawanan
x. Scout of the World Award
c) Pengakap Kelana boleh mendapatkan Anugerah Baden Powell melalui Kombinasi Lencana
i. A (Kemasyarakatan)
ii. B (Kemahiran)
iii. C (Fizikal)
iv. D (Pengkhususan)
Setelah Krew Kelana memenuhi keperluan di atas Krew Kelana akan ditauliahkan dengan Anugerah Baden Powell.
20. Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.
21. Sebelum seorang diterima menjadi Ahli Krew, syarat-syarat di bawah mesti dipatuhi:
a) Melengkap borang keahlian.
b) Permohonan dipersetujui oleh Ketua dan Ahli Eksekutif Krew.
c) Mengetahui dan mengamalkan ajaran agamanya setaraf dengan usianya.
d) Jika mantan Pengakap atau Pengakap Remaja, perakuan daripada pemimpin Pengakapnya yang terdahulu ditunjukkan. Sekiranya tidak, ia dikehendaki melalui penilaian atau latihan untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan yang mudah dalam kepengakapan seperti di bawah:
i. Memahami dan menerima Persetiaan dan undang-undang Pengakap.
ii. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari apakah yang diharapkan daripada dirinya sebagai Pengakap Kelana.
iii. Mengetahui Sejarah Pergerakan Pengakap Negara Brunei Darussalam, penubuhan awal dan pergerakan Pengakap Antarabangsa.
iv. Menjalankan kerja-kerja awal kepada masyarakat setempat bersama pasukan sekurang-kurangnya enam 6 jam.
v. Tahu mengikat dan menggunakan simpulan dengan ikatan berikut:
a. Buku Sila
b. Bunga Keti
c. Simpul Manok
d. Tindih Kasih
e. Lilit Dua Simpul
f. Ikatan Pemati Biasa
g. Ikatan Seraya
h. Ikatan Serong.
Seseorang bakal Pengakap Kelana yang telah lulus ujian boleh dilantik sebagai Pengakap Kelana selepas tamat tempoh percubaan tidak lebih (3) bulan atau mengikut ketetapan Ketua dan Ahli Eksekutifnya.
22. Setelah memperolehi lencana keahlian, Epulet Pengakap Kelana dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kelana yang lulus ujian berikut:
23. Latihan Bakal Pengakap Kelana ‘Squire’ dibahagikan kepada 4 bahagian;
a) Latihan Kesusilaan (Ethical Training).
i. Sepanjang latihan ini, awda akan menjadi peka terhadap kepercayaan orang lain melalui interaksi dengan Squire lain mahupun dengan Pengakap Kelana. Ini dijalankan melalui sesi perbincangan demi perbincangan yang selalunya dikendalikan jauh dari pejabat Kelana dan dibimbing oleh Penasihat Kelana atau orang yang bertanggung jawab untuk melatih Squire.
ii. Perbincangan yang dijalankan berkiaskan mengenai Persetiaan dan Undang-undang Pengakap. Sesi-sesi ini akan mempunyai hubungkait dengan setiap individu dan akan diambil dari sumber-sumber yang lain seperti penyelenggaraan individu, bahan-bahan baru dan lain-lain.
iii. Adalah diharapkan melalui perbincangan ini, awda akan dapat memajukan diri dengan lebih luas, bersikap toleransi dan mempunyai pengetahuan tentang hidup.
b) Latihan Praktikal (Practical Training).
i. Bahagian ini akan mengajar, melatih atau mengukuhkan lagi beberapa kemahirann yang dianggap paling penting dalam Kelana. Kemahiran-kemahiran ini tertumpu kepada asas-asas pengakap dan asas-asas pertolongan cemas. Melalui latihan praktikal yang dijalankan, ia juga menggalakkan krew menyertai sepenuhnya aktiviti yang dijalankan.
c) Proses Ujian bersendirian (Vigil).
i) Proses ini adalah satu tempoh di mana ianya dijalankan untuk menguju diri awda sendiri sebelum diberi kuasa. Apa yang diutamakan pada peringkat ini ialah supaya sebelum menjadi Kelana, bakal Pengakap Kelana akan disoal dengan beberapa soalan. Dalam proses ini, awda sendiri akan memikirkan apa yang telah awda lakukan sepanjang hidup awda dan samaada awda telah bersedia untuk diberi kuasa menjalankan Persetiaan Pengakap dari peringkat yang lebih matang dan dewasa.
d) Upacara Pelantikan (Investiture).
i. Perlantikan kepada seorang ahli Kelana adalah sebagai tanda keahlian dan juga sebagai tanda bahawa komitmen yang akan diberikan bukan sahaja setakat upacara malah juga kepada diri sendiri. Peranan Squire dalam upacara ini akan diterangkan sepenuhnya oleh Penasihat Kelana atau Ketua Krew.
24. Setiap pergerakan Pasukan Pengakap Kelana adalah bertanggungjawab terhadap segala program yang dijalankan, menarik perhatian dan menggalakkan penyertaan ahli-ahli. Pelbagai aktiviti boleh disenaraikan dan aktiviti tersebut tidak lebih dari daya imaginasi krew tersebut dan tidak mengenepikan perasaan, moraliti ahli dan undang-undang setempat.
25. Elemen yang paling penting dalam mana-mana program ialah keseimbangan kepada semua ahli yang memperkenalkan kemahiran baru, cabaran baru dan idea-idea baru. Tujuan bagi setiap aktiviti perlulah seiring dengan objektif berpengakap itu sendiri.
26. Stuktur Perancangan
a) Merancang struktur perancangan hendaklah ditentukan dalam mesyuarat.
27. Cadangan-Cadangan Program
b) Berikut disenaraikan beberapa cadangan untuk menjalankan program-program di dalam krew.
- Memasak luar rumah.
- Orienteering
- Projek perintis
- Berkhemah.
- Sky Diving
- Abseiling.
- Meneroka gua.
- Pertolongan cemas.
- Kerja-kerja sukarela dengan masyarakat.
- Perkhidmatan kepada bahagian-bahagian lain.
- Berkhidmat pada hari-hari kebesaran.
- Aktiviti-aktiviti berkumpulan.
- Kursus ketua bahagian.
- Acara-acara sosial (contoh JOTA-JOTI, perkhemahan, sukan dan sebagainya.
- Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana/ Remaja.
- Ski dan luncur air.
- Malam kebudayaan
- Kuiz
- Aktiviti-aktiviti belia.
- Latihan menyelamat nyawa.
- Merentas desa.
- Memancing.
- Berkayak.
- Berakit.
- Mendaki gunung.
- Belayar.
- Penerbangan.
- Melibatkan diri dengan persekitaran.
- Berkhidmat secara aktif dalam aktiviti daerah dan negara
- Pembimbing latihan abseiling.
- pimpinan belia.
- Penceramah jemputan.
- Sukan memanah dan polo
- Forum.
- Permainan berhalangan
- Melawat ke organisasi lain.
Lencana Kenegaraan
a) Bahagian A (Pengetahuan Agama Islam)
i. Pilih dua antara berikut:
a. Membaca Al-Quran membaca Al-Quran secara Muratal Sekurang-kurangnya dapat menghabiskan Juz 1 dan 2.
b. Solat
i. Mengetahui dengan jelasnya hikmah sembahyang
ii. Boleh mengetuai kumpulan Pengakap Kelananya bersembahyang
c. Fardu Kifayah
i. Mempunyai Pengetahuan tentang menguruskan Jenazah.
d. Nikah Kahwin
i. Menjelaskan tentang persediaan diri sebagai suami/isteri
ii. Mengetahui akan tanggungjawab terhadap suami/isteri
iii. Mengetahui tatacara perkahwinan
iv. Mengetahui adat resam perkahwinan mengikut budaya dan kehendak agama.
Nota: bagi yang bukan beragama Islam, cukuplah mengetahui ajaran Agama masing-masing.
b) Bahagian B (Konsep Negara)
i. Pengakap Kelana hendaklah mengetahui mengenai perkara berikut:
a. Perlembagaan Negara Brunei Darussalam
b. Adat Istiadat
c. Sejarah Kesultanan Brunei.
d. Falsafah Negara (MIB)
e. Pentadbiran Agensi-agensi kerajaan
f. Badan-badan berkanun
g. Pentadbiran Daerah
h. Perusahaan, Perdagangan dan Pertanian
i. Kebajikan Am
j. dan Lain-Lain yang perlu
Bagi ahli Pengakap Kelana mengikuti kursus Melayu Islam Beraja di Institusi Tinggi atau sebanding secara automatik telah menyelesaikan Bahagian B (Konsep Negara).
Lencana Perkhidmatan
a) Pertolongan Cemas
i. Dikehendaki mengikuti Latihan Pertolongan Cemas yang diiktiraf
ii. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan dan kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan.
b) Perkhidmatan
a) Memberikan khidmat sukarela kepada agensi-agensi kerajaan, Swasta, NGO dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Minima perkhidmatan adalah selama 100 jam. Di antara perkhidmatan yang dapat dibuat adalah seperti berikut:
i. Menterjermah
ii. Mengikuti kursus mencegah kebakaran
iii. Membantu dalam kursus-kursus/pertandingan dan sebagainya
iv. Membersihkan surau/masjid
v. Membantu mangsa kebakaran.
vi. Membuat projek-projek yang berkebajikan
vii. dan lain-lain yang difikirkan bersesuai.
Lencana Kemahiran
a) Berkhemah
i. Perpengalaman dan berkebolehan berkhemah secara Teori dan Praktikal diantara seperti berikut:
a. Persediaan, semasa dan selepas perkhemahan
b. Pemilihan tapak perkhemahan
c. Jenis khemah dan cara mendirikan khemah
ii. Berkhemah seminima 10 malam.
b) Kawad
a) Mengetahui perintah kawad secara teori dan amali
b) Mengetahui Kawad Kaki
c) Kawad Tongkat
d) Kawad Pengakap
e) Mempunyai kemahiran berkawad dan mengajar kawad (pasukannya/pengakap)
c) Projek Perintis
i. Membuat salah SATU daripada projek berikut:
a. Jambatan
b. Menara
c. Lain-lain (Selain daripada di atas).
d) Orientering
i. Mengetahui asas orientering dan dapat mengaplikasikannya dalam latihan Krew
e) Penganggaran
i. Mengetahui sistem pengangaran dan mengaplikasikannya latihan krew.
Lencana Pengembaraan
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kelana setelah lulus ujian pengembaraan.
Pengembaraan
a) Menjalankan salah SATU daripada pilihan berikut:
*Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil dan berbeza keadaan geografinya. Krew hendaklah bermalam di khemah.
Persediaan Perjalanan
a) Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
b) Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampong, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukan ke dalam program pengembaraan.
c) Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
d) Mesti mengetahui cara menyediakan buku Log Pengembaraan. Buku Log yang lengkap sekurang-kurangnya mengandungi:-
i. Tarikh, masa, tempat, waktu tiba dan waktu berlepas;
ii. Peta perjalanan, gambaran keadaan alam sekitar;
iii. Rekod temuramah, kajian, pendapat;
iv. Projek (jika dikehendaki), lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, pencapaian dan seumpanya;
Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi dan sebagainya.
Laporan Perjalanan
a) Menyediakan buku Log Pengembaraan yang Lengkap dan dikemaskini yang diserahkan kepada penilai dalam tempoh 15 hari selepas tamatnya pengambaraan.
b) Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
Peringatan
Para Pengakap Kelana hendaklah sentiasa menggunakan kaedah-kaedah berpengakap dengan sentiasa menjaga MARUAH dan IMEJ PENGAKAP dan dapat pula menunjukan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat setempat.
Lencana Kepimpinan
a) Menghadiri salah SATU daripada perkara-perkara berikut:
i. Kursus Kepimpinan Manikayu
a. Menghadiri Kursus Penerangan Am dan Kursus Asas Manikayu.
ii. Pengurusan Acara
a. Mengetuai atau menjadi ahli dalam Jawatankuasa penganjuran sesuatu acara seperti forum, seminar, bengkel, kursus, perkhemahan dan lain-lain yang bersesuaian.
iii. Pentadbiran
a. Menjawat jawatan dalam mana-mana persatuan atau organisasi. Ahli Pengakap Kelana perlu menyertakan bukti-bukti jika menyertai persatuan atau organisasi tersebut.
Lencana Antarabangsa
a) Pengakap Kelana yang memilih untuk mendapatkan lencana ini hendaklah memilih salah SATU bahagian iaitu Ehwal Dunia, Persahabatan Sedunia atau Program Antarabangsa.
i. Ehwal Dunia
a. Mengetahui sebab Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (United Nations) diwujudkan. Menerangkan fungsi, tugas, peranan dan pentadbiranya.
b. Mengetahui sebab Association of South East Asian Nations (ASEAN) di wujudkan.
c. Menerangkan fungsi, tugas, peranan dan pentadbirannya.
d. Mengetahui keadaan perhubungan antara Negara Brunei Darussalam dengan:
i. Negara-negara Komanwel
ii. Negara-negara ASEAN
iii. Negara-negara Lain
e. Mengetahui dasar luar Negara Brunei Darussalam.
f. Memberikan pendapat tentang bentuk sumbangan yang dapat/boleh diberikan kepada Negara lain.
Krew Kelana yang mengikuti kursus tentang Perhubungan Antarabangsa diperingkat universiti atau yang sebanding secara automatik menerima lencana ini.
ATAU
ii. Persahabatan Sedunia
a. Mengetahui sebab pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu diwujudkan. Menerangkan Fungsi, tugas, peranan dan pentadbiranya.
b. Jalankan satu kajian tentang sebuah negara, dalam kajian tersebut hendaklah dibincangkan tentang keadaan politik, ekonomi dan sosial negara tersebut.
c. Dapat menerangkan tujuan utama pentadbiran dan peranan salah satu daripada pertubuhan kebajikan atau sukarela berikut:
i. World Organization of Scout Movement (WOSM)
ii. Persatuan Palang Merah Antarabangsa
iii. World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGS)
iv. dan lain-lain.
d. Mempunyai sahabat Pengakap daripada negara lain. Krew Kelana hendaklah berhubung melalui media sosial ataupun melalui surat.
ATAU
iii. Program Antarabangsa
a. Para Kelana yang mengikuti program yang dibuat di luar negara boleh memohon untuk mendapatkan Lencana Antarabangsa diantara contoh program-program adalah seperti mengikuti Program serantau/antarabangsa, menghadiri seminar/ forum antarabangsa dan sebagainya. Calon yang memilih bahagian ini hendaklah menyertakan bukti-bukti penyertaan seperti laporan, video, gambar dan sebagainya.
Lencana Cabaran
a) Ahli Pengakap Kelana hendaklah melibatkan diri di dalam salah SATU daripada kegiatan lasak di bawah ini:
i. Mendaki gunung, minima 2 kali - Krew Kelana mestilah menunjukan laporan dan bukti sijil mendaki gunung.
ii. Menyelam scuba - Krew Kelana mestilah mempunyai lesen menyelam setelah lulus dan diiktiraf oleh “Professional Association of Diving Instructor” (PADI) atau “School of Scuba International” (SSI) atau mana-mana badan pengiktiraf professional.
iii. Berkayak di laut/ sungai atau Berakit di Air Deras (White Water Rafting - Calon mestilah menghadiri kursus yang diiktiraf dan berkayak sejauh 60 km (calon boleh melakukan secara berperingkat sebanyak 3 kali).
iv. Wall/Rock Climbing- Krew Kelana mestilah menghadiri kursus yang diiktiraf dan melibatkan diri dalam aktiviti minima 3 kali.
v. Paintball - Krew Kelana hendaklah sekurang-kurangnya melibatkan diri dalam permainan ini minima tiga kali.
vi. Mengikuti Kursus Outward Bound atau menghadiri kursus lembah cabaran selama 5 hari dan ke atas yang dikendalikan oleh agensi-agensi yang diiktiraf.
vii. dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
Lencana Teknologi Maklumat (Information, Communication and Technology)
a) Teknologi Maklumat
Calon-calon hendaklah menjalankan aktiviti berikut:
a. Pengendalian komputer dan aplikasinya.
b. Melayari internet menggunakan enjin pencarian (search engine) untuk proses pencarian maklumat.
c. Dapat menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point dan menghasilkan serta menyampaikan dengan menggunakan salah satu perisian atau membuat persembahan multimedia.
d. Dapat menggunakan multimedia (photoshop, video dan lain-lain aplikasi multimedia) serta menyertakan contoh dari aplikasi yang digunakan.
e. Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman sesawang (website) dalam tempoh 3-6 bulan.
Calon yang mengikuti kursus-kursus ICT di peringkat Pengajian Tinggi (Diploma hingga peringkat ijazah) secara automatik layak menerima lencana
ATAU
b) Komunikasi
a) Lulus ujian Radio Amatur (standard) yang diiktiraf.
Lencana Keusahawanan
a) Penternakan
b) Perikanan
c) Pertanian/ Perladangan
d) Perniagaan
Krew Kelana hendaklah menghadapkan laporan serta bahan sokongan kertas kerja, gambar, penyata kewangan dan lain-lain yang dikehendaki oleh Pemimpin (Ketua Kelana).
Scout of The World Award
Scout of The World Award terdiri daripada dua bahagian:
a) Scout of the World Discovery
i. Scout of the World Discovery adalah bengkel atau kursus selama beberapa hari yang perlu dihadiri oleh Krew Kelana. Bengkel atau kursus ini merupakan penerokaan buat krew kelana dengan memberi tumpuan dengan menfokuskan kepada alam sekitar, pembangunan atau keamanan. Penerokaan ini akan membolehkan para peserta untuk mendapatkan pengetahuan yang mendalam tentang isu-isu yang terlibat di dalam bidang yang akan mereka pilih, untuk mengenal pasti penyelesaian kepada masalah yang diberikan dan seterusnya merancang dan melaksanakan projek yang berkaitan dengan masalah tersebut.
ii. Scouts of the World Voluntary Service
a. Pada bahagian ini Krew Kelana akan memberikan komitmen peribadi untuk membangunkan satu projek komuniti, yang sepadan dengan tema semasa Scout of the World Discovery. Perkhidmatan Sukarela mestilah dilaksanakan selama 14 hari berturut-turut atau dibahagikan 14 hari tersebut mengikut fasa.
b. Scout of The World Award dikendalikan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (sebagai pengendali peringkat nasional). Anugerah ini diberikan kepada Krew-krew Pengakap Kelana dan juga kepada belia-belia setelah berjaya dan menamatkan Scout of the World Discovery dan Scouts of the World Voluntary Service.
Anugerah Baden Powell
Sokongan untuk mendapatkan anugerah B-P hendaklah diakui oleh Pemimpin Krew dan disokong oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk pengesahan. Setelah itu calon-calon hendaklah dinilai oleh panel penilaian yang terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Daerah atau wakil yang dilantik bagi mewakili Pesuruhjaya Daerah. Penilaian hendaklah dibuat dengan cara presentasi. Setelah penilaian presentasi, temuduga hendaklah dijalankan. ahli panel pemuduga terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Daerah atau wakil yang dilantik bagi mewakili Pesuruhjaya Daerah. Setelah ditemuduga dan disahkan ahli-ahli yang lulus, penyampaian Anugerah B-P disempurnakan oleh Ketua Pengakap atau Ketua Pesuruhjaya.
Semua dokumen, catatan buku log, gambar foto, rajah dan lain-lain keterangan hendaklah ditunjukkan kepada pemeriksa/penilai sebelum temuduga sebagai bukti kerja telah dibuat bagi mendapatkan lencana-lencana di atas semasa mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sokongan pihak berkenaan.
Lencana Anugerah Baden Powell Bagi Pemimpin
Lencana ini hanya dipakai bagi ahli yang berumur 26 tahun ke atas. lencana ini diletakkan pada atas poket sebelah kiri pakaian seragam.