BAHAGIAN PENGAKAP REMAJA
1. Bahagian Pengakap Remaja adalah merupakan bahagian ketiga dalam siri latihan berpengakap selepas Bahagian Pengakap Tunas dan Bahagian Pengakap Muda. Bahagian ini terdiri daripada anak muda yang berumur dari 16 tahun hingga 18 tahun.
2. Bagi menjalankan bahagian ini kaedah yang digunakan adalah Majlis Jawatankuasa. Setiap satu Unit mengandungi seramai tidak lebih daripada 10 orang dan satu Troop mengandungi sebanyak 3 Unit iaitu tidak lebih daripada 30 orang.
3. Setiap Unit akan melantik seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Kuatermaster dan Ahli-Ahli.
Tujuan
4. Menggalak dan memantapkan perkembangan, pembentukan penggunaan mental, fizikal, sosial dan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokan dan mencabar; yang ditawarkan bagi mewujudkan kemahiran-kemahiran yang berkualiti tinggi untuk melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat dan negara melalui Program Remaja seperti berikut:
a) Kenegaraan,
b) Kemahiran,
c) Kegemaran,
d) Pengembaraan
e) Perkhidmatan
Prinsip
5. Prinsip serta amalan Pengakap Remaja berdasarkan PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat menjadi ahli. Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan: dalam erti kata, bersesuaian dengan prinsip dan pegangan yang diutarakan oleh pengasasnya, Lord Baden Powell.
Kaedah
6. Semua kaedah yang diguna pakai dalam pendekatan adalah berpandukan kepada Dasar dan Aturan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Moto Pengakap
7. Pengakap Remaja mengamalkan motto pengakap iaitu “SELALU SEDIA”.
Persetiaan Pengakap
8. “Dengan sesungguhnya saya berjanji akan berusaha sedaya upaya saya Taat kepada Allah dan Setia Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, menolong orang lain dan mematuhi Undang-Undang Pengakap.”
Peringatan:
Bagi orang yang bukan beragama Islam perkataan Allah boleh digantikan dengan Tuhan.
Undang-Undang Pengakap
i. Seorang Pengakap adalah boleh dipercayai.
ii. Seorang Pengakap adalah taat.
iii. Seorang Pengakap adalah peramah dan bertimbang rasa.
iv. Seorang Pengakap adalah bersaudara kepada semua pengakap.
v. Seorang Pengkap berani menghadapi segala kesulitan.
vi. Seorang Pengakap menggunakan masanya dengan baik dan berhati-hati tentang milik dan harta benda.
vii. Seorang Pengakap menghormati dirinya dan orang lain.
Dasar/Polisi Keagamaan
9. Sentiasa mengamalkan ajaran agama yang dianuti masing-masing; di samping menghormati kepercayaan orang lain seperti yang dijelaskan dalam Dasar Pertubuhan dan Aturan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
HURAIAN
Setiap ahli Pengakap Remaja mestilah berusaha sedaya upayanya mempelajari dan mengamalkan ajaran agamanya.
Tabik Hormat
10. Pengakap Remaja menggunakan “TABIK HORMAT PENGAKAP”. Tabik umumnya diamalkan; ketika istiadat-istiadat tertentu.
HURAIAN:
Setiap ahli Pengakap Remaja dapat menggunakan TABIK HORMAT dengan baik.
Disiplin
11. Setiap ahli Pengakap Remaja lebih mengutamakan disiplin yang tinggi sebagai model dalam semua keadaan.
Kawad
12. Kawad yang lazim digunakan dalam perbarisan yang lazim digunakan oleh Pasukan-Pasukan beruniform.
Pakaian Seragam
13. Ahli Pengakap Remaja menggunakan pakaian seragam yang diluluskan.
Skim Latihan Lencana Pengakap Remaja
14. Dalam bahagian ini Skim Latihan Lencana Pengakap Remaja mengandungi 2 jenis lencana iaitu Lencana Kemajuan Pengakap dan Lencana Kecekapan Pengakap.
Lencana Kemajuan Pengakap Remaja
15. Lencana Kemajuan Pengakap menyediakan 2 peringkat lencana iaitu Lencana Anugerah Pengakap Remaja dan Lencana Anugerah Pengakap Sultan.
Lencana Kecekapan Pengakap Remaja
16. Lencana Kecekapan Pengakap menyediakan 5 jenis lencana iaitu Lencana Kenegaraan, Lencana Kemahiran, Lencana Kegemaran, Lencana Pengembaraan dan Lencana Perkhidmatan yang mesti dilaksanakan sebelum dianugerahkan Lencana Anugerah Pengakap Remaja manakala Lencana Anugerah Pengakap Sultan terdapat kehendak-kehendak yang mesti dilakasanakan.
Lencana-lencana dan Sijil-sijil Kelayakan
17. Lencana-lencana dan sijil-sijil kelayakan dianugerahkan setelah Ahli Pengakap Remaja selesai melaksanakan dan memenuhi kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang diperlukan terkandung dalam program latihan lencana-lencana berkenaan setelah menghasilkan pencapaian yang memuaskan.
18. Bagi Ahli Pengakap Remaja yang sudah mencapai usia 19 tahun hendaklah meningkat naik dan menjadi Ahli Pengakap Kelana.
Lencana Keahlian Pengakap Dunia
19. Setiap Ahli Pengakap yang baharu memasuki Pergerakan Pengakap pada semua peringkat Bahagian Pengakap sebelum dilantik dengan rasmi menjadi Ahli Pergerakan Pengakap adalah dikehendaki untuk mendapatkan Lencana Keahlian Pengakap Dunia setelah mendaftar menjadi Ahli Pengakap. Lencana ini bagi menandakan sebagai seorang Ahli Pengakap yang telah layak diakui dan diterima menjadi Ahli Pengakap yang sah dalam persaudaraan Pengakap sedunia.
20. Lencana Keahlian Pengakap Dunia dan sijil kelayakan dianugerahkan setelah Ahli Pengakap selesai melaksanakan dan memenuhi kehendak-kehendak yang diperlukan dengan pencapaian yang memuaskan.
21. Penganugerahan Lencana Keahlian Pengakap Dunia dan sijil kelayakan disampaikan oleh Pemimpin Pengakap dalam Istiadat Melantik setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Eksekutif Bahagian yang berkenaan.
22. Bagi Ahli Pengakap yang meningkat naik ke peringkat Bahagian Pengakap selanjutnya iaitu Ahli Pengakap Tunas meningkat naik ke Ahli Pengakap Muda, Ahli Pengakap Muda meningkat naik ke Ahli Pengakap Remaja dan Ahli Pengakap Remaja meningkat naik ke Ahli Pengakap Kelana tidak perlu lagi untuk mendapatkan Lencana Keahlian Pengakap Dunia tetapi dikehendaki untuk membaharui Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap sahaja semasa dalam Istiadat Meningkat Naik pada Bahagian-Bahagian Pengakap yang berkenaan.
23. Bagi mendapatkan Lencana Keahlian Pengakap Sedunia, ahli Pengakap perlu mengetahui dan memahami perkara-perkara berikut:
a) Persetiaan Pengakap Dan Undang-Undang Pengakap
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap. Memahami akan maksud dan berkebolehan untuk menghuraikan pengertiannya.
b) Tabik Pengakap
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Tabik Pengakap. Mengetahui bila masanya dilakukan, tatacara melakukan dengan betul dan tatatertib semasa melakukan.
c) Pakaian Seragam Pengakap
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Pakaian Seragam Pengakap. Mengetahui bila masanya digunakan, tatacara memakai dan pemakaian lencana dengan betul.
d) Istiadat-Istiadat Pengakap
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Istiadat-Istiadat Pengakap. Mengetahui bila masanya dilakukan, tatacara melakukan dengan betul dan tatatertib semasa melakukan.
e) Ilmu Pengetahuan Mengenai Pergerakan Pengakap
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Pergerakan Pengakap Dunia dan Negara Brunei Darussalam.
Lencana Anugerah Pengakap Remaja


Lencana Anugerah Pengakap Remaja
a) Telah lulus dan dianugerahkan Lencana Keahlian Pengakap Dunia dan berumur tidak kurang daripada 17 tahun.
b) Bersedia untuk mengikuti kehendak-kehendak dan ujian-ujian yang disediakan.
c) Memiliki Buku Log Pengakap yang digunakan sepanjang memasuki Pergerakan Pengakap.
d) Pendaftaran keahlian masih sah dengan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
e) Lencana Anugerah Pengakap Remaja dan sijil kelayakan dianugerahkan setelah Ahli Pengakap Remaja selesai melaksanakan dan memenuhi kehendak-kehendak yang diperlukan dalam semua 5 jenis Lencana Kecekapan Pengakap dengan pencapaian yang memuaskan.
f) Penganugerahan Lencana Anugerah Pengakap Remaja dan sijil kelayakan disampaikan oleh Pemimpin Pengakap Remaja dalam Istiadat Menyampaikan Lencana setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Eksekutif Bahagian yang berkenaan.


Lencana Kenegaraan
a) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang hal ehwal Negara Brunei Darussalam seperti sejarah, kerasmian agama islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik.
b) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
c) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam seperti sejarah, pencipta lirik, pengubah muzik, masa menyanyikan dan tatatertib ketika menyanyikan.
d) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam seperti sejarah, warna, panji-panji, ukuran, tatacara melipat, mengikat pada tiang bendera, mengibarkan, menaikkan sambil menyanyikan Lagu Kebangsaan, menurunkan, masa menggunakan dan tatatertib ketika upacara bendera.
e) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang peta Negara Brunei Darussalam seperti kedudukan, keluasan dan sebagainya dan berkebolehan melukisnya.
f) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang hal ehwal Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam keseluruhannya seperti sejarah, pentadbiran, organisasi, pengurusan dan sebagainya.


Lencana Kemahiran
a) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang perbarisan atau kawad. Mencapai darjah yang tinggi dalam ilmu asas perbarisan termasuk kawad tongkat dan tatacara semasa membawa bendera dan berkebolehan mengajar dan melatih ilmu perbarisan dengan baik dan sempurna.
b) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang simpulan dan ikatan dan penggunaannya dan berkebolehan cara mengikat dan berkemahiran menggunakannya.
i. Simpul Tapak Kucing (Cats Paw Knot).
ii. Simpul Raga (Carrick Bend).
iii. Simpul Serban (Turk’s Head).
iv. Simpul Buaian (Scaffold Hitch).
v. Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend).
vi. Genggam Monyet (Monkey Fist Knot).
vii. Sambat Pendek (Short Splice).
viii. Ikat Jepun (Japanese Lashing).
ix. Ikat Filipina (Filipino Lashing).
x. Takal Tali (Rope Tackle / Harvester’s Hitch).
c) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang projek perintis (pioneering project) dan berkebolehan membuat satu model projek perintis.
d) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang projek perintis (pioneering project) dan berkebolehan membina satu projek perintis secara berpasukan seperti menara atau jambatan tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
e) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang asas orienteering dan berkebolehan membuat cross-bearing bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
f) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang asas perkhemahan dan bermalam pada tempat-tempat yang sesuai dengan mendirikan khemah dalam tempoh masa tidak kurang daripada 10 malam dan menyediakan makanan memasak cara rimba (backwoods cooking) atau seumpamanya seperti nasi, ikan, daging, telur dan sebagainya.
g) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara membuat penganggaran (estimation) dan berkebolehan membuat anggaran tinggi dan lebar.
h) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang beberapa simpulan dan ikatan untuk kegunaan menyelamat dan berkebolehan cara menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi tidak kurang daripada 5 meter tinggi seperti pokok, bangunan, gaung curam dan sebagainya.
i) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang sistem takal dan pancang dogang (anchorage) dan berkebolehan cara membuat dan menggunakannya.
i. Sistem 3-2-1.
ii. Sistem batang kayu dan pancang (Log and picket).
iii. Sistem Deadman.


Lencana Kegemaran
a) Kegiatan-kegiatan di luar rumah.
Mengambil bahagian dalam salah SATU daripada kegiatan di luar rumah. Pilihan ini tidak semestinya dihadkan tetapi senarai berikut telah diluluskan:
Astronomi, berperahu, berkano (bukan untuk berlawan), pemeliharaan, belayar untuk bersenang-senang (menggunakan layar atau kuasa angin), berbasikal, penyelidikan luar, memancing, kehutanan, berkebun, berkebun sayur, bermotor, kaji cuaca, belayar (bukan untuk berlawan), menyelam, menyelidik, berski di air.
b) Kegiatan-kegiatan di dalam rumah.
Mengambil bahagian dalam salah SATU daripada kegiatan di dalam rumah. Pilihan ini tidak semestinya dihadkan tetapi senarai berikut telah diluluskan:
Berlakun, mengenal kapal terbang, radio amatur, badminton, pengurusan makanan, ilmu kemasyarakatan, menari, menyelam, main pedang, menghias rumah, hal-ehwal antarabangsa, judo, bahasa, membuat model, muzik, seni lukis, menggambar, mengumpulkan setem, bersyarah di khalayak ramai, membuat radio, membuat lukisan kasar, bermain skuasy, pingpong, pita rakaman, boling, karate, taekwando.


Lencana Pengembaraan
a) Latihan Pengembaraan.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang kegiatan pengembaraan dan keperluan untuk mengadakan seperti membuat perancangan awal, menyediakan langkah-langkah keselamatan, persiapan alat-alat keperluan untuk peribadi dan kumpulan, pengurusan barang-barang makanan yang lengkap dan mencukupi, menggunakan kaedah membungkus yang sempurna, menyusun barang-barang keperluan peribadi yang akan dibawa ke dalam beg sandang (haversack) dengan kemas dan rapi dan hendaklah seberat tidak lebih daripada 15 kg termasuk 10 kg barang makanan.
b) Pengembaraan.
i. Mengambil bahagian dalam satu pengembaraan berpasukan mengandungi seramai 4 hingga 7 orang dengan berjalan kaki sejauh tidak kurang daripada 15 km dalam tempoh masa 12 jam.
ii. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang disediakan.
c) Tugasan.
i. Setelah selesai melaksanakan pengembaraan hendaklah menyediakan laporan bertulis sepanjang pengembaraan dalam buku log.
ii. Laporan pengembaraan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman video dan sebagainya.


Lencana Perkhidmatan
a) Petolongan Cemas dan Latihan Kecemasan.
i. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara menghadapi kemalangan-kemalangan seperti kebakaran rumah, bangunan, kereta dan pakaian terbakar.
ii. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara merawat kecederaan-kecederaan ringan dan kecil seperti luka, hidung berdarah, terkena sengat, terbakar, melecur, pitam dan pengsan.
iii. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara mengelakkan strok haba (heat stroke) dan menggunakan krim pelindung matahari dengan betul.
iv. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang kedudukan urat-urat nadi yang besar dan cara-cara bagaimana memberhentikan darah yang keluar.
v. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara bagaimana memulihkan seseorang yang dalam keadaan terkejut (shock) termasuk terkena renjatan karan elektrik.
vi. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara bagaimana menggunakan kain pembalut segi tiga pada kecederaan-kecederaan seperti kepala, tangan, siku, lutut, kaki, sebagai anduh tangan dan sebagai balutan bergulung.
vii. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara bagaimana mengendalikan tulang leher patah (collar bone), memahami mustahaknya tidak menggerakkan anggota yang patah atau disyaki patah.
viii. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara bagaimana membuat usungan yang betul.
ix. Mengambil bahagian sebagai seorang ahli (tidak semestinya sebagai seorang ketua) bagi satu pasukan tiga atau empat orang Pengakap Remaja dan hadapi satu kejadian yang disusun oleh Pemeriksa. Kejadian itu hendaklah berasaskan kepada perkara-perkara di atas dan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Semua tindakan sesuai kepada keadaan itu semestinya diambil dan Pemeriksa akan menguji dari segi ketenangan, kebijakan, tindakan betul (berita kepada doktor, polis, Pemimpin Pengakap, ibu bapa dan lain-lain) dan rawatan betul kepada pesakit di setiap peringkat.
x. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang cara-cara bagaimana menghantar berita semasa berlaku kemalangan dengan betul sama ada menggunakan lisan, bertulis atau telefon.
b) Perkhidmatan dalam Berpengakap.
i. Membantu dalam menjalankan Pasukan Pengakap Tunas atau Pengakap Muda dengan teratur sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 3 bulan termasuk melatih dan mengajar dalam perjumpaan pasukan.
ii. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam kegiatan atau projek Pengakap dengan memberi khidmat bantuan seperti perkhemahan, jambori, kempen, kebajikan, amal dan sebagainya yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam pada peringkat daerah, Negara atau antarabangsa sama ada dilantik sebagai ahli jawatankuasa atau menjadi sukarelawan. Perkhidmatan ini hendaklah selama 24 jam jumlah masa dikumpul dalam tempoh masa 12 bulan.


Lencana Anugerah Pengakap Sultan
a) Telah lulus dan dianugerahkan Lencana Anugerah Pengakap Remaja dan berumur tidak kurang daripada 17 tahun.
b) Bersedia untuk mengikuti kehendak-kehendak dan ujian-ujian yang disediakan.
c) Memiliki Buku Log Pengakap yang digunakan sepanjang memasuki Pergerakan Pengakap.
d) Menunjukkan sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi.
e) Diakui mempunyai kemahiran Pengakap yang mencukupi dan bersedia mengamalkan untuk masyarakat.
f) Diakui sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik dan berkeperibadian yang boleh dijadikan teladan.
g) Pendaftaran keahlian masih sah dengan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Tanggungjawab
a) Mengambil bahagian dalam kegiatan berikut:
i. Mengikuti Kursus Pertolongan Cemas yang dikendalikan oleh pihak-pihak berkenaan yang mempunyai tauliah dan diiktiraf. Hendaklah lulus dalam ujian teori dan praktikal.
ii. Berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap dalam pertolongan cemas pada peringkat Kursus Asas Pertolongan Cemas sama ada sebagai pengajar atau pembantu pengajar.
b) Latihan kepimpinan.
Mengikuti Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja.
c) Perkhidmatan dalam masyarakat.
Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam kegiatan atau projek kemasyarakatan dengan memberi khidmat bantuan dan membuat kerja amal seperti bencana alam, rumah ibadat, rumah kebajikan, menuai padi dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan pada peringkat Negara, daerah, kampung, kerajaan, swasta, persatuan dan sebagainya sama ada dilantik sebagai ahli jawatankuasa atau menjadi sukarelawan. Perkhidmatan ini hendaklah selama 48 jam jumlah masa dikumpul dalam tempoh masa 12 bulan. Perkhidmatan hendaklah berlainan dengan yang sudah dilakukan sebelum ini.
Percaya Kepada Diri Sendiri
Mencapai standard yang diakui sah dalam inisiatif perseorangan dan ujian percaya diri sendiri. Ujian ini adalah berasaskan kepada satu rangkaian keadaan yang melibatkan Pengakap Remaja dalam membuat keputusan dan masalah- masalah yang luar biasa, sedikit keadaan-keadaan fizikal dan sedikit keadaan-keadaan kepimpinan. (Seorang Pengakap Remaja yang telah mengikuti dengan jayanya Kursus Outward Bound School adalah dikecualikan daripada bahagian ini).
Kegiatan
a) Mengambil bahagian dalam TIGA daripada kegiatan berikut:
i. Pementasan.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang pementasan dan berkebolehan melakukannya seperti bidang pengarahan, seni lakon dan skrip lakonan. Mengambil bahagian pada mana-mana peringkat anjuran adalah diiktiraf.
ii. Pertukangan kayu / logam.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang pertukangan kayu / logam dan berkebolehan membuat perabot salah satu seperti meja, kerusi, almari, tempat simpan buku, tempat simpan kasut, tempat sangkut tuala dan sebagainya. Sebagai mata pelajaran yang diambil di sekolah adalah diiktiraf.
iii. Tarian kebudayaan.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang tarian kebudayaan kebangsaan dan berkebolehan menari dengan baik tarian kebudayaan kebangsaan iaitu tarian tradisional suku-suku kaum bangsa seperti melayu, dusun, iban, cina dan sebagainya dan tarian-tarian asli. Mengambil bahagian pada mana-mana peringkat anjuran adalah diiktiraf.
iv. Kraf tangan / kerja tangan.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang kraf tangan / kerja tangan dan berkebolehan membuat salah satu seperti ukiran, anyaman, sulaman, tenunan, lukisan, gubahan dan sebagainya. Sebagai mata pelajaran yang diambil di sekolah atau mengambil bahagian pada mana-mana peringkat anjuran adalah diiktiraf.
v. Seni mempertahankan diri.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang seni mempertahankan diri dan berkebolehan melakukan salah satu seperti silat, karate, taekwando, judo dan sebagainya. Mengambil bahagian pada mana-mana peringkat anjuran adalah diiktiraf.
vi. Muzik.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang seni muzik dan berkebolehan memainkan salah satu jenis alat muzik moden atau tradisional dan berkebolehan membaca nota muzik dan mencipta lirik lagu adalah satu kelebihan. Sebagai mata pelajaran yang diambil di sekolah atau mengambil bahagian pada mana-mana peringkat anjuran adalah diiktiraf.
vii. Urus setia.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang hal ehwal urus setia dan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa dan berkebolehan mengelolakan salah satu perjumpaan seperti seminar, bengkel, kursus, forum, perkhemahan dan sebagainya. Mengambil bahagian pada mana-mana peringkat anjuran adalah diiktiraf.
viii.Pertanian.
Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang pertanian dan berkebolehan membuat seperti batas tanaman, cantuman, campuran tanah, memberi baja dan sebagainya sama ada pada tanaman pokok buah, bunga dan sebagainya. Sebagai mata pelajaran yang diambil di sekolah adalah diiktiraf.
ix. Komputer.
a. Mengetahui jenis komputer dan bahagian pada sebuah komputer.
b. Mengetahui cara mengendali sebuah mikrokomputer dan faham apa dia sistem pengoperasian (operating system - OS).
c. Mengetahui kegunaan komputer di pejabat dan industry.
d. Mengetahui jenis perisian yang terkini dari segi penggunaan.
e. Menyediakan dengan memuaskan satu pengaturcaraan computer (windows) dan sebagainya atau dalam kemahiran seperti berikut:
i. Pemprosesan perkataan (seperti Ms Office, Ms Word).
ii. Sistem pengurusan pangkalan data (seperti Ms Access).
iii. Persembahan multimedia (seperti Ms Powerpoint).
b) Mengambil bahagian dalam TIGA daripada kegiatan berikut:
i. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang isyarat menggunakan bendera kod semaphore dan berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap.
ii. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang isyarat menggunakan kod morse dan berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap.
iii. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang isyarat menggunakan wisel dan berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap.
iv. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang isyarat sulit Pengakap dan berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap.
v. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang isyarat-isyarat dan tanda-tanda lalu lintas dan berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap.
vi. Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang radio amatur dan berkebolehan mengajar dan melatih Ahli Pengakap.
Penjelajahan
a) Mempunyai pengetahuan dan memahami tentang keperluan untuk menjalankan kegiatan penjelajahan seperti makluman kepada dan mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, ketua kampung, polis, ibu bapa dan penjaga. Mengambil bahagian dalam salah SATU daripada penjelajahan berikut:
Penjelajahan A.
a. Mengambil bahagian dalam satu penjelajahan berpasukan mengandungi seramai 4 hingga 7 orang dengan berjalan kaki sejauh tidak kurang daripada 80 km dalam tempoh masa 4 hari 3 malam.
b. Perjalanan hendaklah menghadapi cabaran yang meliputi jalan raya, jalan kampung dan jalan hutan yang berbukit-bukau.
c. Bermalam pada tempat-tempat yang sesuai dengan mendirikan khemah dan menyediakan makanan memasak cara rimba (backwoods cooking) atau seumpamanya.
d. Perjalanan hendaklah meliputi pada waktu malam tidak kurang daripada 3 jam.
e. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang disediakan.
ii. Penjelajahan B.
a. Mengambil bahagian dalam satu penjelajahan berpasukan mengandungi seramai 4 hingga 7 orang dengan menggunakan basikal sejauh tidak kurang daripada 150 km dalam tempoh masa 24 jam.
b. Perjalanan hendaklah meliputi jalan bandar, jalan penggiran bandar, jalan luar bandar atau jalan kampung.
c. Masa untuk berehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan memasak cara rimba (backwoods cooking) atau seumpamanya.
d. Perjalanan hendaklah diakhiri pada waktu malam tidak kurang daripada 10 jam.
e. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang disediakan.
iii. Penjelajahan C.
a. Mengambil bahagian dalam satu penjelajahan dengan menggunakan sampan, rakit atau kayak sejauh tidak kurang daripada 50 km dalam tempoh masa 4 hari 3 malam.
b. Perjalanan hendaklah melalui sama ada sungai atau persisiran pantai.
c. Bermalam pada tempat-tempat yang sesuai dengan mendirikan khemah dan menyediakan makanan memasak cara rimba (backwoods cooking) atau seumpamanya.
d. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang disediakan.
iv. Penjelajahan D.
a. Mengambil bahagian dalam satu penjelajahan dengan mendaki gunung setinggi tidak kurang daripada 1,372 meter dari aras laut dalam tempoh masa 3 hari 2 malam.
b. Bermalam pada tempat-tempat yang sesuai dengan mendirikan khemah dan menyediakan makanan memasak cara rimba (backwoods cooking) atau seumpamanya.
c. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang disediakan.
b) Tugasan.
Setelah selesai melaksanakan penjelajahan hendaklah menyediakan laporan bertulis sepanjang penjelajahan dalam buku log.
Laporan penjelajahan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman video dan sebagainya.
PERINGATAN:
i. Memastikan Ahli Pengakap Remaja mempunyai kemampuan untuk melakukan penjelajahan dan kesihatan fizikal dan mental dalam keadaan yang memuaskan.
ii. Mengambil perhatian dan mematuhi syarat-syarat yang disediakan dan mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.
iii. Mengetahui dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis penjelajahan yang dipilih.
Temuduga
a) Setelah Ahli Pengakap Remaja selesai melaksanakan dan memenuhi kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang diperlukan dengan pencapaian yang memuaskan maka hendaklah menyerahkan Buku Log Pengakap, laporan-laporan dan sijil-sijil kepada Pasukan Latihan Kebangsaan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam untuk diperiksa bagi memastikan Ahli Pengakap Remaja berkenaan layak untuk dipanggil temuduga.
b) Sesi temuduga dilaksanakan oleh panel-panel yang terdiri daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan seorang wakil daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap.
Penilaian Pentarafan
Ahli Pengakap Remaja yang telah berjaya terpilih dan berkelayakan untuk menerima Lencana Anugerah Pengakap Sultan dikehendaki mengikuti Penilaian Pentarafan yang dikendalikan oleh Pasukan Latihan Kebangsaan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Penganugerahan
a) Lencana Anugerah Pengakap Sultan dan sijil kelayakan ditauliahkan setelah Ahli Pengakap Remaja berkenaan telah disokong dan diakui layak oleh Jawatankuasa Penganugerahan Lencana Anugerah Pengakap Sultan setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap.
b) Penganugerahan Lencana Anugerah Pengakap Sultan dan sijil kelayakan disempurnakan oleh Ketua Pengakap atau wakilnya atau oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap atau wakilnya. Bila-bila masa yang bersesuaian, penerima Anugerah Pengakap Sultan hendaklah juga menghadiri satu majlis khas untuk menerima Sijil Pengakap Sultan mereka daripada Ketua Pengakap. Sekiranya majlis tersebut tidak dapat diadakan, Sijil Pengakap Sultan itu hendaklah disampaikan oleh orang kenamaan yang bersesuaian;