BAHAGIAN PENGAKAP TUNAS
1. Pengakap Tunas ialah yang berumur dari 7 tahun sehingga 11 tahun (Bersekolah di peringkat sekolah rendah dari Tahun 2 hingga Tahun 6).
Tujuan
2. Bahagian Pengakap Tunas adalah salah satu daripada bahagian di dalam pergerakan Pengakap Sedunia. Bahagian ini adalah bahagian untuk mengenalkan alam berpengakap bagi meneruskan dan melengkapkan latihan kemajuan Bahagian Pengakap Tunas serta memastikan supaya ahli-ahlinya diberikan kesempatan dan galakan untuk mengambil tempat mereka dalam masyarakat sebagai belia yang mempunyai peranan dan berfaedah.
Kaedah
3. Bahagian ini berasaskan terutamanya merancang secara bersendirian dan pada kebanyakan Pek yang mentadbir sendiri berserta dengan rancangan latihan kemajuan yang dihubungkan kepada satu rancangan Anugerah.
Persetiaan Pengakap
4. “Dengan Sesungguhnya, Saya berjanji bahawa saya akan berusaha sedaya upaya saya taat kepada Allah dan setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, menolong orang lain dan mematuhi Undang-Undang Pengakap Tunas”
NOTA :
Perkataan dan sebutan bagi nama ALLAH boleh digantikan dengan perkataan dan sebutan TUHAN bagi orang-orang yang bukan beragama Islam.
Undang-Undang Pengakap Tunas
5. Seorang ahli Pengakap Tunas adalah sentiasa berusaha, memikirkan orang lain sebelum memikirkan dirinya dan berbuat baik pada setiap hari.
Moto Pengakap Tunas:
6. ‘Buat Habis Baik’

Lencana Keahlian Pengakap
a) Pengetahuan Ugama.
i. Bagi ahli Pengakap Tunas yang beragama Islam perlu mengetahui dan boleh melaungkan Azan dan Iqamat, menghafal dan membaca Doa-doa serta Surah-surah Ayat Lazim dan menunaikan sembahyang fardhu.
ii. Manakala bagi ahli Pengakap Tunas yang bukan beragama Islam perlulah mengetahui dan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.
b) Mengetahui sejarah Pengasas Pengakap Sedunia dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.
c) Mengetahui Istiadat Laung Agong.
d) Mengetahui tabik hormat, isyarat, berjabat tangan dan moto Pengakap.
e) Mengetahui Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap Tunas.
f) Mengetahui pakaian seragam Pengakap Tunas dan cara pemakaiannya yang betul.
Lencana Kemajuan Pengakap Tunas

a) Bendera
i. Mengetahui dan boleh menyanyikan lagu kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan tertib.
ii. Lukis dan warna bendera Negara Brunei Darussalam.
b) Kenegaraan
i. Mengetahui dan mengenal kerabat-kerabat Diraja Negara Brunei Darussalam.
ii. Mengetahui nama dan kedudukan daerah-daerah di Negara Brunei Darussalam.
c) Kerja Tangan
i. Membuat model yang mudah daripada barang terpakai (kitar semula).
d) Perkhidmatan
i. Mengetahui cara menjaga pakaian dan kasut.
ii. Mengemas katil (tempat tidur).
iii. Membuat minuman panas dan sejuk serta mencuci peralatan yang telah digunakan.
e) Mengenal Dan Mengetahui Alam Semula Jadi
i. Pilih SATU daripada berikut dan tuliskan seberapa banyak yang kamu tahu mengenainya:
a. Binatang berkaki empat
b. Tumbuh-tumbuhan
c. Ikan
d. Burung
f) Kegiatan Luar Rumah
i. Mengetahui dan boleh mengenal serta mengikuti tanda jejak Pengakap.
g) Menghiburkan
i. Bernyanyi, menari dan berlakun bersama ahli Pengakap Tunas yang lain.
h) Ikatan
i. Boleh mengikat Buku Sila dan Simpul Manuk serta tahu kegunaannya.
i) Keselamatan
i. Mengetahui bagaimana, bila dan di mana untuk menyeberang jalan.
ii. Mengetahui di mana tempat yang sesuai dan selamat untuk bermain.
iii. Mengetahui tatatertib ketika naik dan turun dari bas.
j) Pertolongan Cemas
i. Mengetahui mustahaknya penjagaan kebersihan di dalam pertolongan cemas.
ii. Mengetahui bagaimana cara merawat luka ringan.
iii. Mengetahui kepentingan cara mendapatkan bantuan dari orang dewasa dalam kejadian kecemasan.
k) Prestasi Kemahiran
i. Melontar bola ke dinding dari jarak 2 meter dan menyambut bola sekurang-kurangnya 8 dari 10 kali lontaran.
ii. Mengetahui asas berkawad (Statik):
Baris Sedia, Senang Diri, Rehatkan diri, Ke kanan Pusing, Ke Kiri Pusing, Ke Belakang pusing, ke hadapan pusing, keluar baris dan Bersurai.
l) Kesihatan
i. Mengetahui bagaimana cara menjaga kebersihan diri.
ii. Mengetahui pentingnya memakai alas kaki (kasut / selipar dan stoking).
m) Penjelajahan
i. Mengetahui kedudukan perkhidmatan yang mustahak di dalam kawasan yang berdekatan dengan kamu seperti Balai Bomba, Balai Polis, Pusat Kesihatan, Perhentian Bas dan Pejabat Pos.

a) Bendera Dan Lagu Kebangsaan
i. Menerangkan makna lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.
ii. Mengetahui penyusunan warna dan menerangkan makna Bendera Negara Brunei Darussalam.
iii. Boleh menaikkan, menurunkan dan mengibarkan bendera.
b) Kerja Tangan
i. Membuat satu model menggunakan kayu atau lain-lain bahan yang terpakai.
ii. Memasang alat-alat binaan permainan dan menyelesaikannya.
c) Perkhidmatan
i. Boleh menggunakan telefon dan mengetahui bagaimana membuat panggilan.
ii. Menyampaikan pesanan yang mengandungi tarikh, nombor telefon dan nama pemanggil.
d) Penerokaan Alam Semula Jadi
i. Mengenali tiga jenis tumbuhan yang boleh dimakan.
ii. Menanam salah satu tumbuhan di bawah ini:
iii. Tumbuhan dalam air, pasir, tanah atau mana-mana tumbuhan yang berbunga.
e) Kegiatan Di Luar Rumah
i. Mengetahui keselamatan menggunakan dapur gas dan bagaimana memadamkan api ketika meninggalkan tempat itu dalam keadaan bersih dan kemas.
ii. Berkebolehan menyalakan api dari dapur gas serta memasak air dan menyediakan makanan yang mudah dimasak.
f) Menghiburkan
i. Berlakun, menyanyi dan menari dalam satu persembahan bersama Enam Sekawan.
g) Ikatan
i. Boleh mengikat ikatan Tindih Kasih dan Bunga Geti serta mengetahui kegunaannya.
h) Keselamatan
i. Mengetahui bahaya bermain dengan benda-benda yang tajam.
ii. Mengetahui bahaya memasukkan apa sahaja benda ke dalam soket elektrik.
iii. Mengetahui mustahaknya memperolehi nasihat dalam pengendalian alat-alat elektrik.
i) Kecemasan
i. Menunjukkan cara mengendali bagaimana menolong individu yang mengalami pendarahan dari hidung.
ii. Mengetahui punca yang menyebabkan kebakaran dan luka terbakar.
iii. Menyediakan kotak pertolongan cemas peribadi.
j) Prestasi Kemahiran
i. Melompat dengan menggunakan tali ‘skipping’ dalam masa 30 saat.
ii. Memanjat tali ‘high rope’ setinggi 3 meter.
iii. Mengetahui dan boleh memberi arahan Isyarat kawad.
iv. Tinggi ke rendah, bulatan dan 2 barisan.
k) Kesihatan
i. Mengetahui mustahaknya mendapatkan masa tidur yang mencukupi.
ii. Menerangkan keburukan berludah di merata tempat.
l) Penjelajahan
i. Melawat satu tempat menarik di dalam negara dan menulis di dalam buku log serta menceritakan semula apa yang kamu alami mengenainya.

a) Bendera Dan Lagu Kebangsaan
i. Mengajar seorang ahli Pengakap Tunas yang bersedia untuk mendapatkan lencana Anak Panah Perak mengenai makna lagu ‘Allah Peliharakan Sultan’.
ii. Menaikkan bendera kebangsaan sambil menyanyikan lagu ‘Allah Peliharakan Sultan’ serta boleh menurunkannya semula.
iii. Menerangkan makna Persetiaan Pengakap Tunas dan Undang-Undang Pengakap Tunas.
iv. Mengetahui 3 buah negara lain dan melukis benderanya.
b) Kerja Tangan
i. Buat SATU daripada yang berikut dari bahan terpakai;
ii. Peti surat, tabung wang atau kotak pertolongan cemas.
iii. Satu jenis model menggunakan samada kertas, bekas kotak minuman, tutup botol dan botol plastik, sabun, ‘plasticine’ atau tanah liat.
c) Perkhidmatan
i. Dengan bantuan Akela, rancang dan laksanakan satu perkhidmatan tertentu kepada orang lain, samada bersama ahli Pengakap Tunas atau kamu sendiri.
d) Penerokaan Alam Semula Jadi
i. Menunjukkan hasil kegemaran dan kefahaman dalam sebahagian aspek alam semula jadi melalui buku log seperti di tepi pantai mengumpul kulit kerang, serangga kehidupan dalam kolam dan lain-lain.
e) Kegiatan Di Luar Rumah
i. Mengetahui lapan mata kompas.
ii. Mengetahui cara menggunakan kompas (‘Pioneering’).
f) Hiburan
i. Pilih SATU daripada yang berikut;
a. Rancang dan buat satu lakonan dengan ahli Pengakap Tunas yang lain.
b. Berkebolehan untuk mengelolakan persembahan nyanyian atau tarian.
c. Menceritakan satu cerita dengan aksi yang menarik.
g) Ikatan
i. Mengetahui dan menunjukkan simpulan Lilit Balak dan Simpul Pulih serta menerangkan kegunaannya.
ii. Menggulung dan mengemaskan tali panjang.
iii. Membuat ikatan dan simpulan di dalam skim lencana Anak Panah Gangsa dan Anak Panah Perak.
h) Keselamatan
i. Mengetahui tanda-tanda isyarat keselamatan jalan raya.
ii. Menerangkan peraturan dan membuat simulasi keselamatan di jalan raya kepada Pengakap Tunas yang lebih muda.
iii. Menerangkan perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum meninggalkan rumah.
i) Pertolongan Cemas
i. Mengetahui cara menggunakan kain pembalut dan kain segi tiga.
ii. Membalut lengan dan membuat anduh.
iii. Mengetahui bagaimana merawat kaki yang terseliuh atau kekejangan (cramp).
j) Prestasi Kemahiran
i. Mengetahui peraturan keselamatan berjalan kaki dan berbasikal.
ii. Membuat simulasi bagi memberitahu orang lain untuk mengetahui situasi bahaya di hadapan.
iii. Mengajar asas kawad kaki kepada ahli PEK kamu.
k) Kesihatan
i. Menerangkan tentang mustahaknya berjumpa doktor apabila kamu sakit.
ii. Kepentingan bagi mendapat udara yang segar semasa tidur.
iii. Merancang dan menjalankan bersama Enam Sekawan kamu untuk menjaga kebersihan sekolah kamu atau tempat-tempat awam.
l) Penjelajahan
i. Mengetahui dan faham penggunaan jam 24 jam (24 – hour clock).
ii. Merancang satu lawatan untuk PEK atau Enam Sekawan bersama-sama AKELA termasuk perjalanan dan perbelanjaannya.

a) Pemimpin Pengakap Tunas adalah bertanggungjawab bagi anugerah lencana ini dan mengalakkan setiap ahli Pengakap Tunas untuk memperolehinya.
b) Pelajar Tahun 6.
c) Memperolehi ketiga-tiga anugerah Lencana Anak Panah.
d) Mempunyai pengetahuan tentang pergerakan Pengakap dan perkembangannya di dunia berpengakapan.
e) Mengetahui Persetiaan dan Undang-undang Pengakap dan membincangkan maknanya bersama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Tunas.
f) Berjumpa Pemimpin Pengakap Muda dan mendaftar diri untuk masuk ke dalam Pasukan Pengakap Muda sebelum meningkat naik.
11. Lencana Kecekapan Pengakap Tunas
a) Lencana Kecekapan Pengakap Tunas bertujuan memberi latihan yang meliputi tiga belas kegiatan dalam program latihan Pengakap Tunas dan latihan khas tidak termasuk dalam Lencana Anak Panah.
i. Lencana Pembaca Buku dan Lencana Pelukis hendaklah diperolehi selepas ahli Pengakap Tunas melalui Istiadat Perlantikan Keahlian Pengakap.
ii. Sebagai tambahan, dua lencana lain (peringkat lencana kebolehan dan lencana kemahiran) boleh diperolehi sambil berusaha bagi memperolehi Lencana Anak Panah Gangsa.
iii. Bagi melayakkan menerima Lencana Anak Panah Perak, setiap ahli Pengakap Tunas hendaklah terlebih dahulu lulus di dalam 7 lencana (3 + 3 + 1 lencana perkhidmatan)
iv. Bagi melayakkan menerima Lencana Anak Panah Emas, setiap ahli Pengakap Tunas hendaklah terlebih dahulu lulus di dalam 11 lencana (5 + 5 + 1 lencana perkhidmatan)
v. Seorang ahli Pengakap Tunas yang memegang lencana Anak Panah Emas hendaklah memperolehi seberapa banyak lencana atau peringkat lencana.
vi. Semua lencana kemahiran, kegemaran dan kemajuan / perkhidmatan yang diperolehi hendaklah dipasang pada kain sesandang warna biru tua (dark blue) dipakai secara selimpang di hadapan badan.

Lencana Pelukis

Lencana Pelukis
i. Melukis di hadapan Pemeriksa dengan menggunakan pensil, berus, pen atau lilin warna (‘crayon’), satu gambar asal mengenai sebarang peristiwa atau aksara (‘character’) atau pemandangan di atas kertas A3.
ii. Merekabentuk dan membuat satu kad ucapan.
iii. Membuat satu model daripada bahan terpakai.
iv. Buat satu benda berhias daripada rotan, tali raffia, tali dari tumbuh-tumbuhan (daun mengkuang, kulit batang pisang, daun kelapa, daun pandan), benang, kulit, buluh, kayu atau mana-mana bahan lain yang sesuai yang dibenarkan terlebih dahulu oleh Pemeriksa.
v. Buat satu rekabentuk dan cetak di atas kertas atau kain (Ubi kentang, pelepah pisang, bendi, akar teratai, daun betik dan lain-lain).
vi. Membuat model permainan (papan dam, kikik dan lain-lain) yang mempunyai ukuran yang bersesuaian.

Lencana Atlet

Lencana Atlet
a) Tiga Peringkat Lencana:
Terdapat tiga peringkat di dalam lencana ini. Apabila ahli Pengakap Tunas yang telah mencapai standard antara tiga peringkat, Pengakap Tunas tersebut hendaklah memakai lencana seperti yang berikut:
i. Peringkat 1 - Warna gangsa pada nombor 1.
ii. Peringkat 2 - Warna perak pada nombor 2.
iii. Peringkat 3 - Warna emas pada nombor 3.
b) Pengakap Tunas mestilah memperolehi jumlah 20 mata bagi Peringkat 1, jumlah 30 mata bagi Peringkat 2 dan jumlah 35 mata bagi Peringkat 3.
i. 50 meter Sprint (lumba deras jarak dekat).
9 mata 10 saat |
7 mata 11 saat |
5 mata 12 saat |
ii. Melempar bola kriket dengan menggunakan bola kriket seberat 4¾ oz (135 gram)
10 mata 30 meter (100 kaki) |
7 mata 24 meter (80 kaki) |
5 mata 18 meter (60 kaki) |
iii. Lompat Tinggi
10 mata
|
7 mata 0.86 meter (2 kaki 10 inci) |
5 mata 0.76 metre (2’6”) |
iv. Lompat Jauh
10 mata 3 meter (10 kaki) |
7 mata 2.5 meter (8 kaki) |
5 mata 2 meter (6 kaki 6 inci) |

Lencana Pembaca Buku

Lencana Pembaca Buku
PERINGATAN:
i. Ketiga-tiga buku ini mestilah mempunyai mutu yang baik dengan mengira umur dan kemajuan ahli Pengakap Tunas.
ii. Menunjukkan cara bagaimana menjaga buku-buku.
iii. Menunjukkan cara menggunakan kamus, ensaiklopedia dan atlas.
iv. Menunjukkan kepada Pemeriksa bagaimana buku-buku di perpustakaan disusun dan bagaimana mencari buku fiksyen yang spesifik.

Lencana Berkhemah

Lencana Berkhemah
i. Berkhemah secara bermalam dengan menggunakan khemah jenis dome di dalam dua kegiatan yang berasingan.
ii. Menyediakan peralatan untuk satu perkhemahan hujung minggu.
iii. Membantu mendirikan khemah.
iv. Mengetahui cara-cara memelihara khemah di dalam perkhemahan.
v. Membuat sekurang-kurangnya tiga gajet perkhemahan yang mudah.
vi. Di dalam perkhemahan, memberi bantuan di dalam menyediakan, memasak, menghidang dan membersih satu makanan yang mudah.
vii. Mengetahui peraturan-peraturan penjagaan kesihatan dan keselamatan asas dalam perkhemahan.
viii.Membantu membersihkan kawasan perkhemahan sebelum meninggalkannya.

Lencana Pengumpul

Lencana Pengumpul
b) Menyusun pengumpulan yang dibuat dengan baik dan bersistem dengan menandakan barang-barang itu dengan betul dan jelas.
c) Menerangkan mengenai barang-barang dalam pengumpulan yang dibuat terutamanya yang menarik perhatian.
d) Melawat satu pameran dari pengumpul lain dan memberikan maklumbalas mengenai pameran tersebut.

Lencana Penghubung

Lencana Penghubung
b) Menulis satu surat rasmi (sebagai contoh, mengucapkan terima kasih kepada seorang pelawat yang telah melawat ke Pasukan Pengakap Tunas kamu).
c) Pilih TIGA daripada yang berikut:
i. Membuat satu laporan secara lisan mengenai satu kegiatan tempatan samada yang telah berlaku atau yang berlaku pada masa ini.
ii. Boleh bercakap di dalam satu bahasa yang lain.
iii. Mengadakan satu perhubungan persahabatan yang berterusan dengan seorang ahli Pengakap Tunas daripada PEK yang lain melalui media elektronik, surat dan lain-lain lagi.
iv. Mengingati satu pesanan dan menyampaikannya semula selepas dua puluh minit.

Lencana Memasak

Lencana Memasak
b) Mengetahui cara menyediakan dan menggoreng telur.
c) Membuat samada cup cake, sandwich, biskut atau tart.
d) Menyediakan dan menghidangkan minuman panas.
e) Mengetahui peraturan keselamatan dan penjagaan kesihatan asas di dalam dapur dan sebab-sebab mengenainya.

Lencana Penunggang Basikal

Lencana Penunggang Basikal
b) Boleh menaiki dan turun dari basikal dengan betul.
c) Mengetahui peraturan pemakaian peralatan keselamatan ‘safety gear’ bagi penunggang basikal (topi keledar, elbow and knee gart)
d) Boleh membersihkan dan meminyaki rantai basikal serta mengepam tayar.
e) Mengetahui bagaimana cara penjagaan basikal dalam keadaan yang baik (brek, lampu, loceng, rantai dan tayar).
f) Mengetahui akan mustahaknya mengunci basikal apabila tidak dipakai.
g) Mengetahui bagaimana dan menolong membaiki tayar yang bocor.
h) Dengan pengawasan, ahli Pengakap Tunas membuat satu perjalanan jarak dekat dengan menunggang basikal mengikut jalan yang telah ditentukan dan menunjukkan pengetahuan bagaimana cara menggunakan isyarat tangan dengan betul dan mengetahui serta mematuhi undang-undang jalan raya (‘rules’) yang berkaitan dengan penunggang-penunggang basikal seperti yang dipaparkan di dalam Undang-Undang Jalanraya (‘Highway Code’). Laluan perjalanan, hendaklah termasuk jalan persimpangan bagi pejalan kaki, belok ke kanan dan ke kiri serta jalan pusing keliling (‘roundabout’).

Lencana Penghibur

Lencana Penghibur
A.
i. Merancang dan mempersembahkan satu lakonan.
ii. Berlakun sebagai “Pengurus Pentas” untuk menghiburkan PEK.
B.
i. Mengelolakan satu kumpulan Pengakap Tunas untuk menyanyikan sebuah lagu.
ii. Mengetuai PEK dalam mempersembahkan beberapa bentuk tarian tradisional.
iii. Membuat satu alat muzik atau irama yang sederhana dan gunakan sebagai iringan kepada satu lagu tu.
C.
i. Menyanyikan dua lagu tradisional.
ii. Melakukan tiga jenis silap mata.
iii. Menceritakan satu cerita sekurang-kurangnya selama 5 minit.
iv. Memainkan satu irama lagu dengan menggunakan satu alat muzik.
v. Melakukan satu aksi gimnastik secara berulang-ulang.
Peringatan:
Lain-lain bentuk hiburan yang mempunyai mutu yang sebanding dengan perkara di atas boleh juga diterima sekiranya dipersetujui oleh Pemeriksa.

Lencana Pembantu Pertolongan Cemas

Lencana Pembantu Pertolongan Cemas
b) Mengetahui bagaimana mengawal pendarahan dengan memberikan tekanan langsung (‘direct pressure’) keatas luka.
c) Mengetahui akan mustahaknya penjagaan kebersihan dan menunjukkan cara membalut luka kecil dan meletakkan kain kasa (‘gauze’) serta pembalut bergulung (‘roller bandage’) atau mengetahui cara penggunaan plaster.
d) Menunjukkan penggunaan pembalut segi tiga (‘triangular bandage’) sebagai anduh tangan (‘arm sling’) yang besar dan pembalut lutut.
e) Menunjukkan bagaimana menenangkan seorang pesakit.
f) Mengetahui punca kebakaran di rumah dan pencegahannya; bagaimana cara memadamkan pakaian yang terbakar; cara mudah merawat anggota badan yang terbakar.
g) Mempunyai pengetahuan cara menyelamat menggunakan kaedah pernafasan (‘respiratory resuscitation’) dari mulut ke mulut dengan menggunakan peralatan ‘mannequin’.

Lencana Pemancing Ikan

Lencana Pemancing Ikan
b) Mengetahui nama ikan yang boleh diperolehi di kawasan tempat kamu memancing.
c) Memancing ikan.
i. Mengetahui bagaimana menanggalkan mata kail dari mulut ikan dengan tidak merosakkan mulut ikan.
ii. Mengenali enam ekor jenis ikan yang berlainan dari gambar. Mengetahui umpan yang paling bagus untuk memancing sekurang-kurangnya empat ekor ikan yang berlainan jenis, mengetahui kawasan memancing ikan dan cara yang terbaik untuk memancing ikan.
iii. Mencatat di dalam buku log mengenai kegiatan memancing yang dilakukan. Di dalam buku log ini mengandungi nota dan lukisan atau gambar mengenai jenis umpan yang digunakan, jenis ikan yang ditangkap dan tempat kawasan memancing.

Lencana Penjelajah

Lencana Penjelajah
b) Mengambil bahagian di dalam dua ekspedisi Pengakap Tunas. Salah satunya mestilah dilakukan di luar rumah secara keseluruhannya.
c) Membina sebuah tempat perlindungan yang mudah dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
d) Membuat dan menyalakan api di luar rumah dan kemudian menyediakan minuman panas.
e) Mencari jalan ke suatu tempat di pekan atau di luar bandar sejauh 1 kilometer (setengah batu) jauhnya, dengan mengikuti haluan yang diberikan oleh Pemeriksa (sama ada haluan kompas atau tanda-tanda yang dibuat di atas tanah, atau pancang sempadan (‘landmark’) atau gabungan dari ke semua ini.

Lencana Pekebun

Lencana Pekebun
b) Pilih dua daripada yang berikut:
i. Menanam sayur-sayuran atau bunga daripada biji, tahu bagaimana menyemai anak benih.
ii. Mengetahui tentang bahaya kepada tumbuhan-tumbuhan atau bunga-bungaan (sebagai contoh penyakit atau serangga) dan memahami langkah-langkah pencegahan dan cara-cara untuk membantu pertumbuhan.
iii. Mengetahui mengenai satu daripada yang berikut;
a. Pokok-pokok dan pokok-pokok renek; bunga-bunga hutan, sahabat-sahabat dan musuh kebun, pakis-pakis dan rumput-rumput atau lain-lain tumbuhan.
b. Samada tahu bagaimana menyimpan sayur-sayuran dan berapa lama ia boleh disimpan atau tunjukkan bagaimana menyediakan gubahan bunga untuk dipamerkan.

Lencana Ahli Kerja Tangan

Lencana Ahli Kerja Tangan
b) Mengetahui apa yang hendak dilakukan jika terjadi kebakaran.
c) Membuat artikel yang berguna untuk digunapakai di Pack Den atau di rumah.
d) Menunjukkan bagaimana menyediakan dan mengecat permukaan tegak (‘vertical surface’) dan membersih berus cat.
e) Menunjukkan kegunaan dan bagaimana menjaga perkakas yang berikut: Penukul (‘hammer’), gergaji, pemutar skru (‘screw driver’), sepanar (‘spanner’), playar (‘plier’).
f) Membuat kotak peralatan (toolbox) atau sebanding dengannya.

Lencana Pertolongan Di Rumah

Lencana Pertolongan Di Rumah
b) Aturkan meja dan sajikan makanan yang sederhana (Ini boleh dilakukan bersama-sama dengan perkara 1 seperti di atas).
c) Mencuci peralatan dan menunjukkan bagaimana mengemas peralatan seperti kuali, alat-alat pemotong, barang-barang kaca dan sebagainya.
d) Mencuci dan menyeterika skaf PEK kamu.
e) Menjahit lencana atau butang.
f) Mengemaskan katil.
g) Membersihkan tingkap dan barang-barang perak atau tembaga.
h) Membersihkan dan mengemaskan bilik.

Lencana Pembaca Peta

Lencana Pembaca Peta
b) Membuat model mengikut ukuran (to scale) bukit yang mempunyai ketinggian 75 meter (250 kaki) dengan menunjukkan lapisan kontur dengan selang 17 meter (50 kaki) 1 inci : 10 meter
c) Memahami semua para 1 dan 2 supaya dapat menggambarkan apa yang dilihat disepanjang jalanraya sejauh 5 kilometer (3 batu) yang diberikan oleh Pemeriksa di dalam mana-mana Ordinance Survey map yang berukuran 1 inci.
d) Menggunakan peta dan mengetahui bagaimana menggunakan kompas.

Lencana Pemuzik

Lencana Pemuzik
b) Menyanyikan dua buah lagu atau memainkan dua buah lagu yang dipilih serta menyatakan jenis dan rentak lagu.
c) Pilih dua sahaja daripada yang berikut:
i. Membaca nota muzik mudah yang disediakan oleh Pemeriksa.
ii. Menunjukkan beberapa latihan muzik untuk meningkatkan mutu permainan alat-alat muzik atau nyanyian.
iii. Memperkenalkan bahagian-bahagian alat muzik kamu atau mengetahui bagaimana suara berfungsi.
iv. Mengetahui bagaimana menjaga alat muzik atau suara.
v. Mengetahui susunan cerita drama, tarian atau nyanyian.
vi. Menepuk tangan mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Pemeriksa.

Lencana Ahli Tumbuh-Tumbuhan

Lencana Ahli Tumbuh-Tumbuhan
i. Sama ada: Mencari dan membuat laporan dalam masa sebulan dari mana-mana tiga tajuk yang berikut:
ii. Pokok dan belukar.
iii. Bunga hutan.
iv. Rama-rama, kupu-kupu atau serangga.
v. Kawan dan musuh kebun.
vi. Pakis-pakis atau rumput atau lain-lain tumbuhan.
vii. Kehidupan di pantai, kolam atau sungai.
Atau;
Mengambil bahagian di dalam dua ekspedisi atau temasya yang bersangkutan dengan ilmu alam (‘nature study’) dan membuat catatan di dalam buku log.
Atau;
Menjaga kebun kecil dalam masa selama 3 bulan. Mengetahui peralatan yang diperlukan, penggunaan dan penjagaannya. Menanam tumbuhan yang sesuai di kebun.

Lencana Jurufoto

Lencana Jurufoto
a) Mengambil 12 keping gambar atau membuat video berdurasi selama 2½ minit yang menggambarkan peristiwa atau temasya. Gambar-gambar ini hendaklah terdiri dari berbagai-bagai perkara (contohnya mengenai pemandangan alam sekitar, orang dan gambaran aksi) dan boleh dilakukan dalam format berwarna ataupun hitam putih dan diproses di rumah atau di kedai.
b) Berbincang dengan Pemeriksa serta menerangkan bagaimana teknik pengambaran yang digunakan (shutter speed, lense focusing and apertures) bagi menentukan kualiti yang baik.
c) Mengongsikan gambar-gambar atau menayangkan ‘slide show’ untuk menceritakan temasya atau peristiwa yang disebutkan dalam para 1 kepada ahli Pengakap Tunas.

Lencana Penyelamat

Lencana Penyelamat
b) Mengikut situasi yang ditetapkan oleh Pemeriksa.
i. Memahami dan menunjukkan cara-cara menyelamatkan seperti berikut: Jangkauan, Lemparan, mengharungi air dan berdayung.
ii. Berenang sejauh 25 meter ke satu benda, menunda semula sejauh 25 meter dengan menggunakan alat penunda seperti pelampung keselamatan, kepingan kayu dan sebagainya. Setelah selesai menunda dan selamatkan benda tersebut.
iii. Terjun dan menyelam ke dalam air, timbul semula ke permukaan air dan berenang sejauh 10 meter. Dapatkan kembali benda yang seberat 2.5 kilogram sedalam 1.2 meter. Bawa semula ke tempat berlepas dengan menggunakan gerak kuak lentang (‘back-stroke’) untuk menyelamatkan nyawa.
c) Menggunakan kaedah pernafasan (‘respiratory resuscitation’) dari mulut ke mulut sehingga Pemeriksa berpuas hati.
i. Jawab empat soalan tentang keselamatan di air.
d) Menunjukkan cara menyelamat dan langkah keselamatan yang perlu diambil ketika kejadian kebakaran dalam rumah.

Lencana Go Science

Lencana Go Science
(Eksperimen-eksperimen ini terdiri dari apa sahaja yang boleh menarik minat Pengakap Tunas dan hendaklah berdasarkan kepada hasil kerjatangan sendiri).
b) Lakukan hingga selesai mana-mana DUA eksperimen dari yang berikut:
i. Membuat model rumah dari bahan seperti kad board dan lain-lain serta memasang lampu di dalamnya dengan menggunakan litar mudah (simple circuit).
ii. Membuat kapal terbang daripada kertas. Lakukan ujian untuk mengetahui; hasil ciptaan yang terbaik iaitu terbang yang paling lama dan terbang paling jauh. Bincangkan hasil yang diperolehi dengan Pemeriksa.
iii. Menunjukkan yang lampu putih itu terdiri dari berbagai warna (Menerangkan bagaimana pelangi boleh terbentuk).
iv. Membuat satu periskop atau mikroskop. Menerangkan kepada Pemeriksa bagaimana ianya boleh digunakan.
v. Menerangkan dan menggunakan peralatan yang diperlukan untuk mencatat haluan serta kecepatan kelajuan angin (wind speed), hujan (rain gauge), kelembapan (humidity meter), awan (cloud) dan suhu (temperature) dalam masa yang sama pada setiap hari selama seminggu. Bincangkan hasil dapatan salah satu peralatan yang digunakan bersama Pemeriksa.
vi. Mengenalpasti apa yang akan terjadi kepada tumbuhan-tumbuhan dengan ketiadaan cahaya dan air. Bincangkan hasil dapatan dengan Pemeriksa.
vii. Membuat sedikit kristal dari larutan pekat mana-mana bahan kimia dengan pengawasan daripada Pemeriksa.
viii. Membuat eksperimen yang membuktikan logam itu berkembang apabila menjadi panas.
ix. Menyediakan dakwat lut sinar, menunjukkan cara menggunakannya dan menerangkan bagaimana ia berfungsi.
x. Menunjukkan yang bunyi itu bergerak. Membuat satu alat perhubungan dengan menggunakan cawan kertas dan benang.
xi. Membuat model planet yang terdapat di sistem suria (solar system).

Lencana Olahragawan

Lencana Olahragawan
b) Menunjukkan kecekapan yang sederhana dan mengambil bahagian yang aktif sekurang-kurangnya salah satu dari jenis sukan tersebut di atas.
c) Menunjukkan dan mengetahui bagaimana menjaga peralatan dan pakaian yang sesuai untuk jenis sukan yang dipilih dalam bahagian 2 seperti mengepam bola yang kempis, menjaga kasut bola (‘football boots’) dan menjaga beg.
d) Menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di dalam semua permainan dan aktiviti Pengakap Tunas.
e) Mengetahui akan kepentingan mandi dan penjagaan kebersihan selepas bermain atau menukar pakaian yang bersih.

Lencana Perenang

Lencana Perenang
a) Apabila kamu lulus setiap ujian-ujian di dalam Peringkat 1, kamu mestilah memakai lencana bernombor 1.
b) Apabila kamu lulus setiap ujian-ujian di dalam Peringkat 1 dan 2, kamu mestilah memakai lencana bernombor 2.
c) Apabila kamu lulus setiap ujian-ujian di dalam semua peringkat. Kamu mestilah memakai lencana bernombor 3. Hanya satu lencana sahaja boleh dipakai.
PERINGKAT 1:
i. Lakukan yang berikut:
ii. Melompat atau menyelam dari sebuah kolam.
iii. Latihan tarik nafas.
iv. Meluncur kehadapan.
v. Meluncur ke belakang.
vi. Berkayuh ke hadapan sejauh 10 meter.
vii. Berkayuh ke belakang sejauh 10 meter.
viii. Renang secara kuak lentang (‘backstroke’) sejauh 10 meter.
ix. 25 meter sama ada gerak renang dada, merengkak kehadapan atau ke belakang.
PERINGKAT 2:
i. Dari bahagian yang cetek (tuhur) sampai ke penghujung dalam, renangi sejauh 25 meter gerak dengan berbaju dan berseluar pendek dengan tidak berhenti-henti, dengan satu renang sahaja menjejak air selama satu minit.
ii. Menyelam sedalam lebih kurang 1.25 meter (4 kaki) dengan berbaju dan berseluar pendek. Bukakan pakaian semasa dalam air dengan tidak menyentuh mana-mana bahagian bawah atau tepi kolam.
iii. Telempung Cendawan (‘mushroom float’).
iv. Berenang ke seberang kolam dengan menggunakan mana-mana gerak renang. Bila sampai ke pertengahan, balik ke belakang dan habiskan jarak itu dengan mana-mana gerak renang belakang pilihan kamu.
v. Terjun (menyelam dan melungsur) seberapa jauh yang boleh.
vi. Mulakan dengan cara lumba menyelam yang betul, berenang sejauh 25 meter, dengan jarak gerak renang dada atau rama-rama.
vii. Penerjunan dengan kepala dahulu, dengan berdiri yang baik, melompat terbang dan masuk.
PERINGKAT 3:
Lakukan yang berikut dengan memakai seluar panjang dan baju atau baju tidur (‘pijama’):
i. Melompat dari tempat yang mempunyai tinggi tidak kurang dari 2 meter (6 kaki).
ii. Jejak air selama tiga minit dalam keadaan yang tegak.
iii. Buka pakaian dalam air.
iv. Berenang sejauh 400 meter, menyelam sekali semasa berenang dan berenang sekurang-kurang 5 meter dibawah air.
v. Keluar dari air dalam tanpa bantuan, menggunakan tangga dan sebagainya.

Lencana Keselamatan Jalan Raya (‘Road Safety’)

Lencana Keselamatan Jalan Raya (‘Road Safety’)
b) Terangkan pelbagai jenis lintasan pejalan kaki dan cara menggunakannya dengan selamat.
c) Tunjukkan bahawa bagaimana memastikan keselamatan sebagai penumpang kereta, pejalan kaki (pedestrian) atau penunggang basikal.
d) Mengetahui bagaimana melintas jalan dengan selamat dan tahu menggunakan zebra crossing dan jejantas.
e) Lukiskan peta ringkas jalan raya yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tanda lalu lintas.

Lencana Pencinta Haiwan (‘Pet Lover’)

Lencana Pencinta Haiwan (‘Pet Lover’)
b) Mengetahui bagaimana mengenal penyakit-penyakit biasa dan penjagaan yang diperlukan sebelum dan selepas binatang-binatang melahirkan anak.
Atau:
Melawat taman haiwan atau muzium bersejarah atau melihat filem mengenai binatang-binatang liar dan ceritakan kepada Pemeriksa darihal binatang-binatang tadi.
c) Menyimpan buku catatan dan ceritakan kepada Pemeriksa darihal enam (6) jenis binatang (binatang yang bukan terdapat dari dalam negara) yang disimpan di dalam taman haiwan (zoo), negara asalnya, tabiat makan dan tentang cara-cara menjaganya dengan baik di dalam taman haiwan tersebut.
d) Menjaga sebidang tanah kebun kecil sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Mengetahui alat-alat yang diperlukan menggunakan dan menjaganya. Tanam sesuatu di kebun awda sesuai dengan masa tahun itu.

Lencana Komputer (ICT)

Lencana Komputer (ICT)
b) Pandai menggunakan computer (desktop dan laptop) membuka dan menutup dengan betul.
c) Menaip surat atau menghantar emel kepada kawan Pengakap dengan menggunakan Microsoft office – words.
d) Dapat melukis sebuah rumah dengan menggunakan ‘paint’ / perisian yang bersesuaian.
e) Membuat powerpoint berkenaan dengan sejarah Pengakap Brunei dengan menggunakan Microsoft powerpoint.
f) Membuat ‘picture slide’ menggunakan ‘movie maker’
g) Mengikuti JOTA & JOTI

Lencana Seni Mempertahankan Diri (Martial Art)

Lencana Seni Mempertahankan Diri (Martial Art)
b) Tunjukkan bagaimana kemahiran anda telah bertambah baik selama ini. Aktiviti seni mempertahankan diri anda harus diakui.
c) Bincangkan dengan pemimpin apakah kemahiran yang diperlukan dan peraturan asas yang harus dipatuhi.
d) Ikuti satu perlawanan atau pertandingan.

Lencana Ikatan

Lencana Ikatan
b) Ikut serta dalam permainan ikatan dan simpulan.
c) Bina projek perintis dalaman dengan menggunakan simpulan dan tali.

Lencana Kebudayaan

Lencana Kebudayaan
b) Tunjukkan bagaimana kemahiran anda telah bertambah baik selama ini.
c) Bincangkan dengan pemimpin apakah kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kebudayaan tersebut.

Lencana Kerohanian

Lencana Kerohanian
b) Mengetahui tentang kewajiban solat dan rukun-rukun solat.
c) Berkebolehan membaca ayat-ayat lazim.
d) Menguasai asas-asas tajwid dengan baik.
e) Mewakili pertandingan musabaqah, azan, ayat-ayat lazim peringkat sekolah membaca doa dengan lancar di dalam majlis adalah merupakan satu kelebihan.

Lencana Kraftangan

Lencana Kraftangan
b) Tunjukkan bagaimana kemahiran anda telah bertambah baik selama ini dalam aktiviti kraftangan tersebut.
c) Bincangkan dengan pemimpin apakah kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kraftangan tersebut.
d) Pamerkan hasil kraftangan tersebut kepada rakan-rakan pengakap.

Lencana Permainan Kotemporari

Lencana Permainan Kotemporari
b) Tunjukkan bagaimana kemahiran anda telah bertambah baik selama ini dalam permainan tersebut.
c) Mengetahui kemahiran-kemahiran yang diperlukan serta perkara-perkara asas permainan tersebut.

Lencana Alam Sekitar (ENVIRONMENT)

Lencana Alam Sekitar (ENVIRONMENT)
b) Ketahui cara mengurangkan tenaga dan air yang anda gunakan di rumah anda.
i. Tunjukkan bagaimana anda telah mendorong keluarga anda untuk mengurangkan penggunaan air dan tenaga selama empat minggu.
c) Ketahui mengenai satu jenis tenaga boleh diperbaharui.
i. Berbincang dengan pemimpin anda mengenai kelebihan dan kekurangan teknologi.
d) Ikuti dua projek dengan sekumpulan orang lain. Kamu boleh:
i. membersihkan parit, kolam atau anak sungai
ii. membuat, mengatur dan menjaga pemakan burung, meja, kotak bersarang atau mandi
iii. menjaga sebidang tanah atau kebun
iv. membersihkan sebidang tanah gurun
v. mengambil bahagian dalam kempen alam sekitar
vi. tanam pokok
vii. dan seumpamanya yang difikirkan bersesuaian.

Lencana Persahabatan Antarabangsa

Lencana Persahabatan Antarabangsa
b) Mengenalpasti 5 buah negara yang mempunyai pergerakan pengakap dan dapat membezakan lambang-lambang pengakap dinegara-negara berkenaan.
c) Membuat , membina atau melukis sesuatu untuk mewakili sesebuah negara.
i. Sertakan perkara seperti mata wang, pakaian kebangsaan, budaya, adat istiadat dan Bahasa negara tersebut.

Lencana Pencegahan Kebakaran

Lencana Pencegahan Kebakaran
i. Lawati balai bomba atau jemput ahli bomba ke sekolah anda.
ii. Ketahui mengenai beberapa perkara lain yang dilakukan oleh anggota bomba. Bagaimana mereka membantu dalam kemalangan jalan raya, menyelamatkan orang atau haiwan, memasang alat pengesan asap dan pemeriksaan keselamatan di rumah, sekolah atau pejabat?
b) Ikuti latihan kebakaran di sekolah anda. Apa yang harus anda lakukan sekiranya api marak?
c) Buat rancangan melarikan diri kecemasan untuk kediaman anda.
d) Ketahui mengapa pentingnya menggunakan pengesan asap dan haba. Bagaimana anda memeriksa bahawa alat tersebut berfungsi dan cara menukar baterinya?
e) Tunjukkan tiga kemungkinan bahaya di rumah atau di sekolah anda yang boleh menyebabkan kebakaran.
f) Ketahui cara menjaga keselamatan api unggun untuk semua orang. Bagaimana anda tetap selamat di sekitar unggun api tersebut?

Lencana Kesedaran Kelainan Upaya

Lencana Kesedaran Kelainan Upaya
BAHAGIAN A - Kesedaran kelainan upaya
a) Terangkan apa itu kelainan upaya. Apakah pelbagai jenis kelainan upaya?
b) Teliti orang yang terkenal dalam kelainan upaya dan buat poster atau tulis mengenai kehidupan dan pencapaian mereka.
c) Kunjungi kemudahan-kumudahan awam seperti perpustakaan, pusat membeli belah atau pawagam dan teliti adakah ianya menyediakan kemudahan asas bagi orang yang kelainan upaya. Tuliskan apa yang anda dapati.
BAHAGIAN B - Kesedaran Kelainan Upaya fizikal
a) Ketahui mengenai dua alat bantu berbeza yang dapat membantu orang kelainan upaya. Bagaimana ianya dapat membantu? Anda boleh mengetahui tentang perkara seperti kerusi roda, komputer, kerusi atau kereta yang dikhaskan.
b) Ketahui mengenai tiga cara untuk memudahkan pengguna kerusi roda menggunakan tempat awam, seperti kedai, taman, hospital atau perpustakaan. Bagaimana sekolah atau tempat perjumpaan anda dapat menyediakan kemudahan untuk pengguna kerusi roda?
c) Buat sandwic dengan hanya menggunakan satu tangan atau lukis gambar dengan hanya menggunakan kaki anda untuk memegang pen.
BAHAGIAN C - Kesedaran Kelainan Upaya Pendengaran
a) Pelajari abjad menggunakan ejaan jari. Tunjukkan anda memahami perkataan yang disampaikan kepada anda menggunakan ejaan jari.
b) Terangkan peralatan apa yang mungkin digunakan oleh Orang Kelainan Upaya Pendengaran di rumah. Anda mungkin melihat ciri khas mengenai perkara tersebut seperti penggera kebakaran, telefon atau TV.
c) Tunjukkan bagaimana anda akan mendekati Orang Kelainan Upaya Pendengaran dan bercakap dengan mereka sehingga mereka dapat membaca dengan jelas.
BAHAGIAN D - Kesedaran Kelainan Upaya Penglihatan
a) Huraikan dua cara yang boleh dibaca oleh Orang Kelainan Upaya Penglihatan. Anda boleh membincangkan bagaimana mereka menggunakan komputer atau Braille
b) Ketahui dan baca nama anda di Braille.
c) Tunjukkan cara mendekati Orang Kelainan Upaya Penglihatan. Bagaimana anda mengenali diri anda?

Lencana Permainan Game (Gamers)

Lencana Permainan Game (Gamers)
b) Belajar bermain permainan video yang baru (permainan mestilah sesuai dengan usia dan disetujui oleh ibu bapa / penjaga atau akela) dan jelaskan kesukaran yang anda hadapi ketika untuk naik ketahap/level seterusnya atau pelajaran yang telah anda pelajari melalui bermain permainan.