BAHAGIAN PENGAKAP MUDA

Pengakap Muda – Umum

1. Pengakap Muda adalah salah satu komponen daripada beberapa bahagian di dalam Pengakap yang berpotensi akan meningkat naik menjadi Pengakap Remaja dan seterusnya.

2. Ahli Pengakap Muda merupakan kesinambungan daripada Bahagian Pengakap Tunas atau yang mula menceburi sebagai ahli baru. Umur Pengakap Muda dalam lingkungan bermula dari sebelas setengah (11 ½) tahun hingga lima belas (15) tahun.

3. Pengakap Muda ialah untuk meneruskan dan meningkatkan perkembangan rohani, jasmani, intelektual, sosial dan emosi. Ahli Pengakap yang berumur dari sebelas setengah (11 ½) hingga lima belas (15) tahun sebagai satu bahagian rancangan penuh latihan terus menerus bagi keseluruhan peringkat umur dalam Pergerakan Pengakap.

Tujuan

4. Tujuan Bahagian Pengakap Muda adalah untuk mengikuti latihan bagi meningkatkan perkembangan rohani, jasmani, intelektual, sosial dan emosi.

Persetiaan Pengakap Muda

5. Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji akan berusaha sedaya upaya saya taat kepada Allah dan Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menolong orang lain dan mematuhi undang-undang pengakap.

NOTA:
Perkataan dan sebutan bagi nama ALLAH boleh digantikan dengan perkataan dan sebutan TUHAN bagi orang-orang yang bukan beragama Islam.

Undang-Undang Pengakap

i. Seorang Pengakap adalah boleh dipercayai.
ii. Seorang Pengakap adalah taat.
iii. Seorang Pengakap adalah ramah dan bertimbang rasa.
iv. Seorang Pengakap adalah bersaudara kepada semua ahli Pengakap lain.
v. Seorang Pengakap mempunyai keberanian di dalam menghadapi semua kesulitan.
vi. Seorang Pengakap menggunakan masanya dengan baik dan berhati-hati tentang milik dan harta benda.
vii. Seorang Pengakap menghormati dirinya dan orang lain.

Moto Pengakap

6. ‘Selalu Bersedia’

Skim Lencana Kemajuan Pengakap Muda

7. Seorang budak boleh menjadi ahli dengan mendapatkan Lencana Pengakap, yang mana kelayakannya memerlukan pengetahuan asas yang ringkas dan memberikan budak tadi satu pengalaman berpengakap.

8. Seorang ahli Pengakap Tunas yang mempunyai Lencana “Link” dengan sendirinya lulus dalam pengetahuan asas serta kemahiran-kemahiran dan hanya dikehendaki memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. Pemimpin Pasukan Pengakap Muda akan memastikan kefahamannya apabila membincangkan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dengan ahli Pengakap Tunas. Pengakuan Penerimaan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap tidak seharusnya dijadikan satu sebab bagi kelewatan dalam penerimaan ahli Pengakap Tunas tersebut menjadi ahli pergerakan dalam Pasukan Pengakap Muda.

9. Kemahiran-kemahiran asas Pengakap yang mengandungi peraturan-peraturan asas berkhemah, memasak dan mengembara terkandung dalam Lencana Maju yang juga memperuntukkan bagi kegemaran-kegemaran luar dan ujian. Lencana Jaya meluaskan lagi kemahiran-kemahiran ini dan memperkenalkan unsur-unsur berdikari dan khidmat serta memberikan Pengakap satu unsur dalam pemilihan ujian.

10. Anugerah Ketua Pengakap dicipta untuk menguji ketabahan dan membuktikan kebolehannya dengan menunjukkan taraf dan tanggungjawab dan kepimpinanya.

11. Ujian-Ujian Lencana Maju, Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pengakap boleh diluluskan dalam mana-mana susunan yang mungkin sesuai bagi seseorang Pengakap. Ujian-ujian bagi Lencana Maju tidak perlu dipenuhi sebelum seorang Pengakap melayakkan diri dalam mana-mana bahagian ujian Lencana Jaya atau Anugerah Ketua Pengakap. Sebarang peluang haruslah diambil untuk melayakkan diri. Lencana Jaya tidak boleh diberikan sehingga keseluruhan ujian Lencana Maju ditamatkan dengan memuaskan.Seorang Pengakap boleh berusaha dan melayakkan diri bagi Lencana Keahlian untuk Bahagian Pengakap Remaja dalam masa tiga bulan, sebelum penukarannya dari Pasukan Pengakap.

Lencana Keahlian Pengakap

12. Dianugerahkan oleh Pemimpin Pengakap selepas berunding dengan Majlis Ketua-Ketua Patrol.

a) Pengetahuan Ugama

b) Persetiaan dan Undang-Undang

Menerima Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dan bincangkan dengan Pemimpin Pasukan mengenai fahaman kamu terhadapnya.

c) Tabik

Mengetahui erti tabik dan bila menggunakannya.

d) Pakaian Seragam

Mengetahui pakaian seragam dan penggunaanya yang betul.

e) Istiadat-Istiadat

Mengetahui cara istiadat-istiadat pembukaan dan penutup resmi bagi Pasukan.

f) Ilmu Pengetahuan Mengenai Pergerakan Pengakap

Mempunyai ilmu pengetahuan am mengetahui Pergerakan Pengakap terutama sekali dengan rujukan kepada Negara Brunei Darussalam.

13. Bekas Pengakap Tunas hanya mengulang mengenai dengan pelajaran-pelajaran yang terkandung dalam Lencana Pengakap Muda setelah ahli pengakap tersebut membuat meningkat naik.

Lencana Maju

Lencana Maju

14. Diluluskan dan dianugerahkan oleh Pemimpin Pengakap atas sokongan Majlis Ketua-Ketua Patrol selepas memperolehi 3 lencana dari perkhidmatan, 3 lencana dari kegemaran dan 4 lencana dari Ujian. Anugerah Lencana Maju seharusnya diperolehi dalam tempoh satu tahun.

a) Ketaatsetiaan Kebangsaan

Menerangkan erti Bendera Kebangsaan dan Lagu Kebangsaan.

Menaikkan bendera kebangsaan sambil menyanyikan Lagu Allah Peliharakan Sultan dan boleh menurunkan bendera kebangsaan.

b) Percaya Kepada Diri Sendiri

Berkebolehan untuk mengemaskan satu beg belakang (rucksack) bagi satu program perkhemahan Pengakap di hujung minggu.

Berkebolehan menyediakan satu alat kelengkapan pertolongan cemas persendirian untuk pengembaraan.

Berkebolehan membuatkan satu jenis minuman panas dan memasak satu jenis masakan bagi kegiatan di luar rumah.

Berkebolehan untuk memasang dan mendirikan satu khemah kecil.

Berkhemah dengan ahli Pengakap yang lain untuk sekurang-kurangnya satu malam.

c) Tanggungjawab

Berkebolehan untuk membersihkan luka dan membalut luka yang ringan.

Menunjukkan kebolehan untuk menunjukkan jalan pada orang-orang asing dan mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam dan tempat-tempat yang menarik atau mustahak, termasuk hospital, klinik kesihatan, Balai Polis, Bomba dan telefon awam yang berdekatan dengan rumah dan sekolah kamu.

d) Penjelajahan

Sediakan peta: mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kompas bearing.

Penunjuk arah “compass bearing”

Tunjukkan pengertian mengenai skel dan benda-benda biasa dengan menerangkan satu jalan pendek yang dipilih dari peta ukur. (Ukuran / skel / skala)

Terangkan sistem kontur dan boleh menunjukkan rujukan grid (grid reference) di peta ukur. Garisan peta (Kontur)

Gunakan kompas di luar rumah dan buat satu latihan mudah yang menggunakan kompas bearing. Penunjuk arah “compass bearing”

e) Kemahiran

Dengan menggunakan alat-alat tambahan, seperti tongkat pengakap (staff), buat angaran kasar tiga jarak jauh yang tidak melebihi setengah batu, dan tiga jarak tinggi tidak melebihi 30 meter. Pada tiap-tiap perkara di atas, anggaran kasar mestilah tidak terkeluar daripada 10% dari sukatan sebenarnya.

Terangkan cara menggunakan dan memelihara pisau, parang dan kapak. Gunakan sebilah pisau untuk meraut paku khemah (tent-peg) atau lain-lain benda dari sekeping papan dan kapak atau parang untuk menyediakan kayu api.

Tunjukkan enam ikatan, “bends” atau “hitches”, penting untuk khemah atau perahu.

Tunjukkan yang ia faham akan Undang-Undang Keselamatan Jalan Raya (Highway Code). Bila dia menggunakan basikal, tunjukkan bagaimana memelihara basikal dengan baiknya dan dia mestilah berkebolehan membaiki kerosakan-kerosakan ringan.

f) Kawad

Melatih patrol cara berkawad.

Lencana Jaya

Lencana Jaya

15. Diluluskan dan dianugerahkan oleh Pemimpin Pasukan Pengakap di atas sokongan Majlis Ketua-Ketua Patrol setelah lulus 3 lencana dari perkhidmatan, 3 lencana dari kegemaran dan 4 lencana dari ujian. Anugerah Lencana Jaya seharusnya dicapai sebelum umur 14 tahun.

a) Percaya Kepada Diri Sendiri

Telah berkhemah sekurang-kurangnya 12 malam.

Berenang sejauh 50 meter (atau berlari rentas desa sejauh 5 km).

Memahami tindakan keselamatan yang mesti diambil sebelum memulakan aktiviti luar.

Berkebolehan mengendalikan dan memelihara dapur pam atau gas.

Tahu memilih tempat yang sesuai untuk berkhemah dan menyediakan menu serta memasak untuk perkhemahan hujung minggu bagi 2 orang.

b) Tanggungjawab

Kecemasan : Tunjukkan cara-cara hendak memberikan penerangan ringkas dan terang bila membuat panggilan kepada polis, bomba atau ambulan.

Pertolongan Cemas : Tahu tindakan pertolongan cemas untuk luka, berdarah dari hidung, kena sengat, terbakar dan pening. Tahu cara mengelakkan “sun-burning”. Tunjukkan penggunaan kain segi tiga sebagai balut tangan (sling); Calaran matahari “sun-burning”

Perkhidmatan: Jalankan perkhidmatan sukarela didalam atau diluar berpengakap, melakukan satu kerja yang berfaedah dalam jangka waktu sekurang-kurangnya tiga jam atau memberikan perkhidmatan tetap (regular untuk satu jangka waktu yang sama.

c) Penjelajahan

Berjalan kaki pada siang hari dengan seorang Pengakap, sejauh 10 km dan buat satu laporan secara lisan mengenai satu matlamat yang telah dicapai semasa dalam perjalanan (seperti lukisan atau memperolehi pengetahuan khusus mengenai tempat atau orang).

Buat satu daripada yang berikut:

Mengambil bahagian dengan Patrol atau Pasukan sendiri dalam satu aktiviti bersama dengan satu Patrol dari Pasukan lain, misalan : berkhemah, berjalan, permainan atau pengembaraan.

Samada berkayuh dalam sebuah kanoe yang khas untuk seorang sejauh 2km atau sebuah perahu layar (dinghy) mengeliling haluan tiga segi atau memahami system belay dan abseil kebawah 10km.

d) Kemahiran

Selesaikan satu projek pioneering menggunakan sekurang-kurangnya 2 lashing yang berlainan dan/ atau blocks dan tackle. (Ini seharusnya satu projek Patrol yang biasa).

Tunjukkan tiga simpulan, bend atau hitch yang mustahak dalam kerja menyelamat.

Tunjukkan bukti bahawa kamu sedang berusaha untuk mendapatkan satu Lencana Pursuit.

e) Kawad

Boleh melatih Pasukan Pengakap dalam berkawad dan kawad tongkat.

Anugerah Ketua Pengakap

Anugerah Ketua Pengakap

16. Dianugerahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atas sokongan Pemimpin Pengakap setelah lulus 3 Lencana Perkhidmatan, 3 Lencana Kegemaran dan 4 Lencana Ujian. Anugerah Ketua Pengakap seharusnya dianugerahkan kepada ahli pengakap muda sebelum berumur 16 tahun.

a) Kejayaan


Pilih tiga kumpulan daripada kumpulan-kumpulan dibawah dan selesaikan dua kemahiran setiap kumpulan. Kamu mesti menapai darjah yang di kehendaki pada tiap-tiap kemahiran.

a) Kumpulan A – Dugaan :

a. Samada berkayuh dalam kanoe perseorangan diair yang deras sejauh sekurang-kurangnya 3 km atau belayar dalam ‘dinghy’, ‘go-about’, ‘ reach and tack’, pasangkan layar dan kemaskan baik-baik setelah selesai menggunakannya.

b. Berenang sejauh 30km.

c. Berbasikal sejauh 50 batu dalam satu perjalanan.

d. Berlari rentas desa sejauh 5km.

b) Kumpulan B – Praktik :

a. Tukarkan roda dari sebuah kereta, periksa dan cuci ‘sparking plugs’, periksa air bateri, minyak dan tayar dan tahu tempat yang hendak di ‘grease’.

b. Boleh membuat kerja-kerja yang berikut :

i. Mencat pintu atau pintu pagar.
ii. Mencat dinding dengan cat kapor.
iii. Ganti lampu letrik, tutup (shade) dan plug.
iv. Ganti ‘washer’ paip air.

c. Mempunyai satu pengetahuan praktik yang baik dalam salah satu perkara-perkara berikut:

i. Menjaga dan memelihara kelengkapan rumah tangga.
ii. Bertukang kayu.
iii. Bertukang besi.
iv. Menghias rumah dan memeliharanya.
v. Mengambil gambar, develop dan print tiga keping masing-masing mempunyai tajuk/bentuk yang berlainan – misalan : potret, gaya aksi, pemandangan, bangunan, gambar-gambar dari sudut yang luar biasa.

c) Kumpulan C – Percubaan :

a. Buat satu “Survival Kit” untuk makanan-makanan kering dan gunakan sepenuhnya dalam pengembaraan 24 jam.

b. Usahakan satu percubaan pada sukan luar yang baru atau lain-lain kegemaran luar, seperti memanah, sukan air, memancing, tenis, squash, badminton, golf, kajibumi dan pemeliharaan.

c. Siapkan : samada berjalan, berlayar menggunakan kanoe atau perahu tidak kurang daripada 20 km, mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari dan bermalam serta berkhemah disatu kawasan yang kamu pilih.

Atau berjalan malam tidak kurang 10 batu diantara waktu senja dan subuh, yang mana sekurang-kurangnya 2 batu mestilah dijalani dengan bantuan kompas.

d. Mempunyai kecekapan dalam salah satu perkara berikut :
Gimnastik, tinju atau sebarang seni mempertahankan diri.

d) Kumpulan D – Sosial :

a. Membantu mengurus latihan dan aktibiti.

b. Berjaya menamatkan mana-mana bentuk kursus tempatan selain dari kursus latihan Ketua Patrol. Pilihan kamu tidak terhad kepada kursus-kursus dikelolakan oleh Pergerakan Pengakap.

c. Mengambil bahagian dalam bahas atau bertanding dalam pidatu atau boleh member sharahan selama 3 minit pada tajuk-tajuk yang diminati.

d. Mengambil peranan yang cergas atau telah mengambil dalam beberapa bentuk hiburan amator, seperti bangsawan amatur, nyanyi ramai (nashid) atau silap mata.

b) Kepimpinan

a. Mempunyai Lencana Jaya

b. Samada menyiapkan dengan memuaskan satu kursus latihan Ketua Patrol atau memandu sekurang-kurangnya seorang Pengakap dalam patrol kamu memenuhi kehendak-kehendak bagi Scout Standard dan tunjukkan bahawa semua ahli-ahli Patrol kamu telah membuat kemajuan perseorangan.

c. Tunjukkan kebolehan memimpin dalam salah satu yang berikut :

i. Jalankan dengan jayanya satu pengembaraan patrol atau lain-lain aktibiti.

ii. Menolong merancang dan menjayakan satu pengembaraan Pasukan Pengakap yang berfaedah atau lain-lain aktibiti.

iii. Latih dan ketuai satu pasukan yang berlagak seperti ‘mangsa kemalangan’ untuk latihan bantuan kecemasan termasuk penggunaan alat solek bagi luka-luka dan tanda-tanda penyakit.

c) Tanggungjawab

a. Atur dan jalankan samada secara bersendirian atau kumpulan perkhidmatan yang berguna kepada orang lain seperti orang cacat, rumah sakit atau rumah kebajikan.

b. Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memberhentikan keluaran darah daripada urat-urat nadi itu. Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendalikan tulang leher patah (collar-bone). Memahami mustahaknya tidak mengerak kaki yang patah dan lain-lain yang disyaki patah. Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan segi tiga kepada lutut, kepala dan kaki. Tunjukkan bagaimana hendak memulihkan seseorang yang terkejut (shock).

c. Tunjukkan penerimaan tanggungjawab di rumah, sekolah atau tempat bekerja atau tempat bersembahyang.

d) Kawad

Ikut mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam dua ucapan perbarisan atau dalam dua jenis rally atau campuran satu daripada tiap-tiap bahagian.

Pemancing Ikan (Kegemaran)

Pemancing Ikan (Kegemaran)

Mengetahui peraturan-peraturan bagi keselamatan di air. Memahami bahaya-bahaya mengurung air dan tahu apa tindakan mesti diambil sebelum mengurung didalamnya.

Memancing ditempat air tawar atau masin sekurang-kurangnya 6 kali dalam 3 bulan.

Simpan sebuah buku rekod mengenai perjalanan memancing menunjukkan jenis dan ukuran ikan; ditempat didapati cara-cara dan jenis umpan yang digunakan; keadaan cuaca dan air.

Boleh mengenali nama 12 jenis ikan tempatan.

Mempunyai pengetahuan mengenai lubuk-lubuk ikan dan sifat pemakanan ikan yang dikenali; mengetahui umpan dan ukuran mata kail yang sesuai.

Tunjukkan cara membaling dan melabuhkan matakail di air yang berumbak dan bergelombang, 6 kali berturut-turut sejauh 9 meter.

Mengenali sekurang-kurang 6 jenis alat mengail seperti joran jenis-jenis tali kail, mata kail dan lain-lain.

Ahli Ilmu Kajian (Naturalis)

Ahli Ilmu Kajian (Naturalis)

a) Luangkan masa sekurang-kurangnya satu hari di salah satu lokasi ini dan kaji mengenai hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sana:

i. Kawasan Hutan Atau Taman
ii. Pantai Atau Bukit Pasir
iii. Tepi Jalan
iv. Sungai, Sungai Atau Terusan
v. Kolam Kecil
vi. Tanah Lembap Atau Paya.

b) Beritahu pemimpin/penilai anda yang berpengetahuan tentang apa yang anda perolehi dengan menyertakan nota lapangan, lakaran, foto atau peta anda.

c) Ketahui lebih lanjut mengenai tumbuhan, haiwan atau hidupan liar tertentu dari lokasi pilihan anda.

d) Buat satu kajian dengan jelasnya berkenaan dengan sebarang tumbuhan atau binatang (seperti pakis, rumput, bunga-bunga liar, pokok-pokok dan belukar, kupu-kupu, rama-rama atau lain-lain serangga, binatang yang hidup di darat dan di air, binatang yang buas, burung-burung, ikan-ikan dan lain-lain.

e) Bincangkan apa yang anda dapati dengan memberikan sumber maklumat lapangan atau internet.

f) Bincangkan bagaimana aktiviti manusia atau pengurusan tanah dapat mempengaruhi hidupan liar.

Ahli Canoe (Kegemaran)

Ahli Canoe (Kegemaran)

a) Berenang 50 meter dengan memakai pakaian lengkap untuk berkayuh tanpa memakai jaket keselamatan atau bantuan-bantuan pelampongan.

b) Sediakan satu catatan aktiviti-aktiviti berkayuh dalam masa tiga bulan yang lalu.

c) Mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis canoe dan alat-alat kelengkapannya.

d) Tunjukkan kebolehan awak untuk melaksanakan pembaikan yang muda keatas canoe yang awak gunakan.

e) Tunjukkan penggunaan simpulan-simpulan yang berikut :-

i. Kemaskan hujung tali dengan whipping pilihan awak sendiri, atau kemaskan hujung tali nylon yang terurai.

f) Mempunyai pengetahuan am mengenai undang-undang keselamatan untuk berkayuh.

g) Mengetahui cara-cara yang betul untuk mengisikan dan memperkemaskan barang-barang dalam canoe, alat-alat kelengkapan dan persediaan simpanan bagi perjalanan yang singkat.

h) Tunjukkan dalam canoe yang khas untuk seorang, latihan-latihan yang berikut :-

i. Memasuki dan melancarkannya dari satu tembok yang tinggi, pantai atau tebing sungai.

ii. Berkayuh ke depan, belakang dan beberapa cara untuk berpusing.

i) Tunjukkan salah satu daripada cara-cara menyelamat yang berikut :-

Cara menyelamat ‘H’, satu cara menyelamat ‘T’, satu cara menyelamat Eskimo (bows) atau tunjukkan kebolehan kamu dalam melakukan Eskimo rolling.

j) Sama ada :-


Bersama-sama dengan dan mengambil bahagian dalam satu pengembaraan perkhemahan bercanoe hujung minggu sejauh kira-kira 48 kilometer (30 batu). Satu taraf, perkhemahan yang tinggi mestilah dicapai dengan menggunakan alat kelengkapan yang kamu bawa bersama.



Atau :

Mengambil bahagian dalam acara pertandingan canoe dan telah menguruskan atau menolong menguruskan satu acara pertandingan canoe.

Lencana Muzik (Kegemaran)

Lencana Muzik (Kegemaran)

Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap itu mesti lulus semua ujian dalam salah satu bahagian A, B, C, D atau E.

PILIHAN A

a) Menyanyi sebuah lagu yang ada ‘chorus’.
b) Membaca dengan sendiri titinada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 lagu (melody).
c) Mengetahui erti ‘sonata’, ‘concerto’ dan ‘oratorio’ dan beri 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
d) Bincangkan dengan penguji pertunjukan-pertunjukan hiburan terbaru yang dilihat atau didengari melalui radio atau televisyen.

PILIHAN B

a) Menyanyi satu lagu secara bersendirian yang dipilihnya sendiri dan sebuah lagu yang sesuai untuk dinyanyikan dengan iringan muzik.

b) Mengetahui erti ‘sonata’, ‘concerto’ dan ‘oratorio’ dan beri 3 contoh bagi tiap-tiap satu.

c) Bincangkan dengan penguji pertunjukan-pertunjukan hiburan terbaru yang dilihat atau didengar melalui radio dan televisyen.

PILIHAN C

Buat SAMA ADA:

a) Menyanyi dengan tidak diiringi oleh alat muzik, dua jenis lagu kebudayaan tanahair yang berlainan jenisnya :-

Seperti lagu dan nyanyiannya yang menceritakan perwira, keindahan kampong nelayan ditepi pantai, keindahan gunung-gunung dan lain-lain.

Ingatan : Sebagai tambahan, tepuk-tepukan tangan dan paluan-paluan tambor boleh digunakan.

ATAU

b) Menyanyi dengan alat muzik sendiri (seperti banjo, gitar, mandolin dan lain-lain alat) dua jenis lagu kebudayaan.

c) Mengetahui sedikit sebanyak prinsip-prinsip asasi muzik seperti menala alat-alat muzik, titinada, tali dan nada suara (bass).

PILIHAN D

a) Menjadi salah seorang ahli pancaragam, sama ada di sekolah, dalam kumpulan Pengakap atau dalam lain-lain pertubuhan.

b) Menunjukkan kebolehan bermain mana satu alat muzik yang berikut :-

a) Gandang Iringan (Side Drum)

i. Mempastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.

ii. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya dengan betul.

iii. Memalu gendang dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan 3/4.

iv. Memalu gendang berhenti-henti (play off) dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan 3/4.

v. Memalu gendang dengan paluan bergulung-gulung (roll) dengan baik seperti berikut :-

3 langkah bergulung (roll)

5 langkah bergulung (roll)
7 langkah bergulung (roll)

b) Memastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.

i. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya dengan betul.

ii. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.

iii. Berjalan ‘march’ sejauh tidak kurang daripada 50 meter dengan memalu gendang 116 langkah pada satu minit.

c) Mempastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.

i. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya dengan betul.

ii. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.

iii. Berjalan sejauh tidak kurang daripada 50 meter dengan memalu gendang 166 langkah pada masa satu minit.

iv. Berjalan sejauh tidak kurang daripada 50 meter dengan memalu gendang 65 langkah pada masa satu minit.

v. Berjalan sejauh tidak kurang daripada 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan (slow time) 65 langkah pada satu minit.

d) Begol atau Terumpet (Bugle or Trumpet)

i .Mempastikan bahawa alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.

ii. Berjalan dengan segak membawa begol atau terumpet ditangan kanan diapit dihadapan pinggang dengan mengayuhkan tangan kiri.

iii. Memainkan lagu Berkumpul (Fall In), Memasak (Cookhouse), Padam Api (Lights Out), Bangun Pagi (Reveille), Hormat (General Salute) dan Matahari Turun atau Undur (Sunset or Retreat).

Ahli Renang (Kegemaran)

Ahli Renang (Kegemaran)

a) Lakukan perkara-perkara yang berikut :-


i. Berenang sejauh 200 meter gaya bebas atau sebarang cara.

ii. Berenang dengan dua cara daripada yang berikut :

a) Berenang menyelinap kehadapan sejauh 50 meter (front crawl).
b) Berenang menyelinap kebelakang sejauh 50 meter (back crawl).
c) Berenang katak sejauh 50 meter (breast stroke).
d) Berenang gaya kupu-kupu sejauh 50 meter (butterfly stroke).

iii. Terjun dari tepi kolam renang.

iv. Masuk ke air yang tohor, berenang 25 meter dengan memakai pakaian yang ringan, mengapungkan selama satu minit dan menanggalkan pakaian dalam air.

v. Memahami dan terangkan bagaimana awa menyelamatkan dengan menggunakan cara-cara yang berikut :-

a) “reach, throw, wade an row”.

b) Menyelam dari permukaan air yang dalamnya 2 meter dan dapatkan dengan kedua tangan satu benda dari dalam air. Kembali ketepian kolam sambil memegang benda itu dengan kedua tangan.


Ahli Olahraga (Kegemaran)

Ahli Olahraga (Kegemaran)

Pilih empat daripada yang berikut (sekurang-kurangnya satu pilihan dari tiap-tiap kumpulan) :

Berlari, Melompat, Melempar. Dapatkan standard yang minima.

 

Berlari

Dibawah 14 tahun

14 tahun

100 Meter

15 saat

14 saat

200 Meter

34 saat

31 saat

400 Meter

80 saat

71 saat

800 Meter

3 minit 8 saat

2 minit 45 saat

1500 Meter

6 minit 10 saat

5 minit 50 saat

     

Melompat

   

Lompat Tinggi

1.10 meter (3’ 7 1/4)

1.23 meter (72’ 2”)

Lompat Jauh

3.65 meter (12’ 0”)

4.26 meter (14’ 0”)

     

Melempar

   

Cakera (1 kg)

16.50 meter (54’ 2”)

22.0 meter (72’ 2”)

Peluru (4 kg)

7.30 meter (23’ 11 ½”)

8.84 meter (29’ 0”)

     

Bola Keriket

135 gms atau  

41.20 meter (134’ 2”)

45.60 meter 

(149’ 7”) 4 ¾oz)

Peringatan : Pemeriksa boleh bertolak-ansur sekiranya keadaan cuaca atau gelanggang buruk.

Lencana Ahli Perkhemahan (Kegemaran)

Lencana Ahli Perkhemahan (Kegemaran)

a) Pernah berkhemah bersama Pasukan atau Patrol selama tidak kurang dari 15 malam.

b) Pilih tempat dan dirikan kemah.

i. Arahkan pemilihan tempat dan membangunkan dan mengemaskan kemah Patrol.

ii. Mengetahui apa yang diperlukan, bila memilih kawasan perkhemahan.

iii. Tunjukkan fahaman perinsip-perinsip kesihatan dan kepentingan peraturan dan kebersihan dalam perkhemahan secara umum.

iv. Tunjukkan cara-cara menyimpan barang-barang makanan di kemah kelengkapan.

v. Dirikan secara bersendirian tempat-tempat menyimpan makanan, dapur dan dua alat lain pilihan kamu sendiri.

vi. Di kemah, masuk untuk awak sendiri dan sekurang-kurangnya untuk seorang lain tapi tidak melebihi dari satu Patrol biasa sama ada sarapan pagi atau masakan tengah hari yang mesti mengandungi dua sayur-sayuran.

vii. Mempunyai pengetahuan Perkhemahan Pengakap.

Tukang Gambar (Kegemaran)

Tukang Gambar (Kegemaran)

a) Berikan 12 keping gambar yang diambil oleh Pengakap itu sendiri. Enam daripadanya mestilah gambar hasil usahanya sendiri. 12 keping gambar itu mesti menunjukkan sekurang-kurangnya 4 perkara yang berlainan (seperti : Pemandangan Alam, Binatang, Potret dan gambarang yang bergerak).

b) Bincangkan dengan penguji :-

i. Ciri-ciri yang penting mengenai kamera seperti menutup kederasan liang (aperatures), menepatkan lensa (lens focusing) dan bagaimana cara menggunakannya untuk mendapatkan hasil yang baik daripada pengembaran itu.

ii. Jenis-jenis kamera yang boleh didapati
iii. Bagaimana menggunakan alat-alat kamera seperti kaki tiga (tripod), meter pendedahan cuaca (expouser meters), penapis cahaya dan lensa pendekatan (close-up).

iv. Huraikan kepada Penguji Proses mencuci filem yang menggunakan alat kontak (Contact Printing). Nyatakan dengan ringkas proses membesarkan gambar.

v. Huraikan kesalahan-kesalahan yang didapati dari segi pengembalian dan memproses gambar pada contoh-contoh gambar yang diberikan oleh Penguji.

vi. Tunjukkan pengetahuan mengambil gambar dengan menggunakan cahaya api tiruan (flash atau photoflood) dengan mengatur alat-alat yang disediakan olehnya sendiri atau penguji untuk mengambil gambar benda-benda yang tidak bergerak atau seumpamanya.

Pembuat (Kegemaran)

Pembuat (Kegemaran)

Selesaikan semua ujian didalam salah satu pilihan-pilihan ini :
A, B, C dan D.

a) PILIHAN A

i. Membuat sebuah model kapal terbang (penggunaan alat perkakas adalah dibenarkan), yang mana bila diterbangkan boleh mencapai minima penerbangan seperti yang dikehendaki :

a) Glider (dengan tangan)

25 saat

b) Glide (ditunda dengan 50 meter - panjang tali maksima) 

45 saat

c) Tenaga Getah     

30 saat

d) Tenaga Jentera (15 saat dari jentera maksima)    

45 saat

e) Tali Kawalan :

Tunjukkan dengan membuat pelancarang yang sempurna, 3 lap        penerbangan, tinggi lebih kurang 2 metre (6 kaki), naik dan menjunam dengan satu pendaratan yang sempurna.

ii. Mempunyai pengetahuan asas mengenai prinsip-prinsip penerbangan termasuk the “three axes” dan kesannya terhadap ketetapan dan kawalan.

b) PILIHAN B

i. Buat satu model perahu atau perahu layar menggunakan tenaga letrik atau jentera tidak kurang daripada 45 cm (18 inci) panjang (alat perkakas boleh digunakan) dan tunjukkan yang ia boleh menjalani satu jalan lurus tidak kurang dari 23 meter (25 ela).

ii. Berikan satu penjelasan mengenai Perinsip Archimedes.

c) PILIHAN C
Sama ada :

i. Membuat sebuah kereta slot letrik (tidak dari perkakas, tetapi badan komersil dan lain-lain bahagian boleh digunakan) dan pandu kepada satu jarak minima sejauh 122 meter (400 kaki) pada mana-mana trek tanpa berhenti atau meninggalkan slot (lurah) dari 4 kali.

Atau:


ii. Buat sebuah kereta dari mana-mana jenis (penggunaan perkakas dibenarkan) dan tunjukkan yang ia boleh dijalankan sekurang-kurangnya 18 meter (20 ela). Air-screw drive dibenarkan.

iii. Mengetahui bagaimana trek dan wheelbase disukat dan lukiskan serta terangkan Ackerman steering.

d) PILIHAN D

Lakukan perkara berikut:

i. Buat sebuah kereta (doach) atau wagon dan tunjukkan yang ianya boleh bergerak dengan keadaan yang memuaskan di belakang lokomotif.

ii. Buatkan satu model pemandangan seperti sebuah stesen, rumah petani dan lain-lain, (perkakas dibenarkan) mengikut skel.

iii. Lukisan lintaran letrik untuk satu trek yang mudah.

iv. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil apabila memasang trek itu.

Tukang Masak Di Khemah (Kegemaran)

Tukang Masak Di Khemah (Kegemaran)

a) Memasak 2 jenis makanan tanpa menggunakan perkakas dapur/ tetapi menggunakan kertas foil untuk diri sendiri dan seorang teman lain.

b) Masak dan hidangkan dengan sempurna mana satu daripada yang berikut :

i. Ikan Panggang
ii. Telor dadar
iii. Bubur

c) Masak dan hidangkan dengan sempurna mana satu daripada yang berikut :

i. Mee rebus atau mee goreng
ii. Ayam atau Daging masak panggang atau salai
iii. Satu masakan biasa pilihan sendiri

d) Masak dan hidangkan dengan sempurna mana satu daripada yang berikut :

i. Sejenis makanan pilihan sendiri
ii. Pulut panggang
iii. Agar-agar atau
iv. Cindul

e) Sediakan dua jenis menu (termasuk jumlah banyaknya bahan-bahan) untuk tiga kali hidangan tiap-tiap satu (tidak semesti nya semua perlu di masak) untuk satu Patrol seramai enam orang ahli.

Ingatan : Semua hidangan hendaklah di masak di bawah keadaan berkhemah.

Peladang (Kegemaran)

Peladang (Kegemaran)

a) Untuk mendapatkan Lencana ini, Pengakap itu mestilah lulus semua ujian dalam salah satu pilihan A, B atau C.

PILIHAN A

a) Mengetahui akan cara-cara pengurusan sesuatu pusat ternakan di kawasan luar Bandar atau desa.

b) Tunjukkan cara pengelolan setiap hari bagi sesuatu pusat ternakan sama ada yang berhampiran dengan tempat kediamannya atau di suatu tempat ternakan yang dipilih sendiri dengan member penerangan berkenaan dengan ternakan, tanaman dan hasilnya dan alat-alat mesin serta tenaga buruh di ladang itu.

c) Bincangkan dengan Penguji dan berikan satu penjelasan mengenai perubahan pengelolan dalam kerja-kerja ladang yang baru terjadi di tempat kamu serta beri sebab-sebab tertentu atas perubahan itu. Mengambil latihan praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan dan dimulakan.

d) Mengadakan 12 keping gambar yang diambil oleh Pengakap itu sendiri dipusat ternakan pilihannya, menunjukkan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim dalam satu tahun serta member keterangan ringkas apa yang ditunjukkan dalam gambar-gambar itu.

PILIHAN B

a) Bincangkan dengan Penguji kerja-kerja yang telah dijalankan dalam kebun dan hasil-hasil yang telah tercapai.

Perhatian : 
Penguji harus melawat kebun itu sekurang-kurangnya 4 kali dalam tempoh setahun itu.

PILIHAN C

a) Memelihara sebarang jenis ternakan dalam tempoh setahun.

i. Jika binatang itu kecil (seperti Anjing, Kucing, Arnab, Tikus, Kura-Kura dan lain-lain), mesti mengetahui sifat-sifat dan tabiat peliharaan dan cara member makan, menyedia tempat tinggalnya dan melatihnya.

ii.Jika binatang itu binatang ternakan (seperti Kuda, Lembu, Kambing Biri-Biri atau Kambing) mestilah mengetahui cara-cara member makan dan menempatkannya, cara pemeliharaan dan tahu kegunaanya dari segi ekonomi. Tunjukkan kamu tahu menggunakan binatang itu (seperti Menunggang Kuda, Mendapatkan Susu).

iii. Jika binatang itu unggas:

Burung belaan sangkar – tahu menjaga dan member makan burung itu.

Ternakan (Ayam, Punai dan Merpati) – tahu menjaga, memberi makan serta mengetahui kegunaan burung-burung itu.

iv. Jika binatang itu lebah:

Memelihara dan usahakan sebuah sarang lebah untuk setahun mengetahui kegunaanya dan tunjukkan hasilnya.

v. Jika binatang itu ikan:

Buatkan dan menjaga sebuah akuarium ikan air tawar lengkap dengan rumput-rumput yang mengandungi 3 jenis ikan.

Bincangkan dengan Penguji cara menjaga akuarium sepanjang tahun itu dengan rujukan kepada penghasilan yang diperolehi.

Perhatian:

i. Penguji haruslah dipilih pada permulaan jangka waktu 12 bulan pemeliharaan.

ii. Ibu Pejabat atas permintaan boleh menyediakan syarat bagi lencana ini untuk Pengakap yang mengusulkan kehendak-kehendaknya yang tidak terkandung dengan syarat-syarat di atas.

Pelukis (Kegemaran)

Pelukis (Kegemaran)

Warnakan atau lukiskan satu pemandangan daripada satu babak cerita yang dipilih oleh penguji.

Warnakan atau lukiskan seorang manusia yang hidup atau satu benda yang diatur di hadapannya.

Warnakan atau lukiskan satu pemandangan keindahan alam semula jadi disediakan oleh penguji.

Simpan lukisan-lukisan dalam sebuah buku untuk jangka waktu selama enam bulan.

Permainan Tradisi (Kegemaran)

Permainan Tradisi (Kegemaran)

a) Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai sekurang-kurang nya DUA jenis permainan tradisional yang berikut:

Pasang, Congkak, Gasing, Kikik, Simban, Tarik Kalat, Guli, Tinting, Kayu Tiga, Majin Ajung atau seumpamanya.

b) Boleh memainkan tidak lebih daripada DUA jenis permainan yang telah disediakan.

c) Memperlihatkan sikap jujur dan semangat kesukanan semasa bermain permainan tersebut.

d) Mengetahui cara menjaga serta menyimpan alat-alat permainan tersebut setelah selesai bermain.

Penghibur (Kegemaran)

Penghibur (Kegemaran)

Pilih salah satu pilihan. Kemudian, sebagai lakukan secara berkumpulan.

PILIHAN A

a) Tulis dan rancangkan hiburan. Ia mungkin melibatkan persembahan kebudayaan atau yang melibatkan drama, muzik, bercerita atau seumpamanya. Sebagai alternatif, ini boleh berbentuk persembahan yang menampilkan lakaran, filem, slaid, kaset, fotografi atau rakaman suara.

b) Membuat latihan dan pastikan semua orang mempunyai tugas yang harus dilakukan. Anda mungkin memerlukan pelakon, penerbit, pengurus pentas dan sebagainya.

c) Membuat persembahan kepada penonton di sekolah, untuk Pasukan anda atau pada malam kebudayaan perkhemahan.

PILIHAN B

Ikut serta dalam pertunjukan Pengakap atau produksi lain. Anda perlu membuat latihan biasa.

Perhatian:
Persembahan yang berbentuk nyanyian lagu-lagu pengakap adalah diutamakan.

Penunggang Basikal (Kegemaran)

Penunggang Basikal (Kegemaran)

a) Mempunyai atau telah mengunakan dengan memuaskan sekurang-kurangnya enam bulan, sebuah basikal yang cukup lengkap dan dalam keadaan yang baik.

b) Berkebolehan membaiki kerosakan yang kecil seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub yang bocor, menggantikan alat berek, membetulkan tinggi tempat duduk dan handel untuk membolehkan penunggang yang kecil menunggangnya.

c) Tunjukkan yang kamu mengerti dan mengetahui peraturan lalu-lintas, tanda-tanda lalu-lintas, isyarat-isyarat lampu, tanda-tanda jalan, sistem, mengenal nombor jalan dan hala dan juga boleh membaca peta jalan raya.

d) Mengambil bahagian kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal.

Pengumpul (Kegemaran)

Pengumpul (Kegemaran)

a) Buat satu kerja mengumpul daripada satu jenis benda, diatur kemas-kemas dan menarik, bagi jangka waktu kira-kira enam bulan.

Perhatian :
Bahan atau perkara pengumpulan akan dipilih oleh Pengakap sendiri.

b) Cadangan-cadangan adalah seperti berikut :

Setem, Kotak-Kotak Mancis, Duit Siling dan Kulit-Kulit Siput.

c) Benda yang dikumpulkan itu mestilah banyak dan berpatutan, tetapi kualiti adalah factor yang utama.

d) Bincangkan dengan Penguji sebab barang-barang itu dipilih. Mengetahui serba sedikit tentang benda-benda yang menjadi pilihan kamu dan tunjukkan ketekunan kamu padanya.

Juru Perpustakaan (Kegemaran)

Juru Perpustakaan (Kegemaran)

Sama Ada
a) Berikan kepada Penguji satu senarai mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan. Terangkan sebab-sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatan kamu mengenai buku-buku itu dan jawab soalan mengenai isi buku-buku itu.



Perhatian:
Senarai itu hendaklah mengandungi cerita-cerita fiction dan non-fiction, dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.

Atau

b) Berikan kepada Penguji satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab-sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan-soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku tersebut.

c) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan. Apakah maklumat-maklumat yang boleh diperolehi daripada buku itu.

d) Terangkan dengan ringkas cara-cara mengatur dan menyusun buku-buku supaya mudah dicari.